omniture

Game Fest AppGallery Kembali Mengundang Pemain Meneroka Dunia Permainan Anda

AppGallery, Huawei
2021-12-09 05:10 185

Pemain akan mengharapkan permainan yang lebih bermanfaat dengan hadiah eksklusif dalam permainan yang mengambil bahagian tahun ini.

LONDON, 9 Disember 2021 /PRNewswire/ – Susulan kejayaan Game Fest sulung Huawei tahun lalu, kempen ini kembali dengan edisi keduanya tahun ini, membawakan hadiah eksklusif dan keterujaan kepada pemain untuk meneroka dunia permainan serba baharu di AppGallery.


Mulai sekarang hingga 31 Disember 2021, pengguna di seluruh dunia boleh menantikan tawaran istimewa untuk permainan AAA daripada penerbit terkenal seperti Shadow Fight 3, Lords Mobile dan Top Eleven, diberi ganjaran kepada pemain AppGallery, termasuk item dalam-permainan bernilai sehingga US$10 bagi setiap pakej hadiah.

"Di AppGallery, kami bekerja keras untuk memastikan agar audiens global kami yang pelbagai mendapat akses kepada semua aplikasi dan permainan yang mereka inginkan dan dalam masa yang sama memberikan pengalaman pengguna yang sebaik mungkin kepada mereka," kata Alexandre Salem, Pengarah Global, Jabatan Perkongsian & Pembangunan Perniagaan Eko-Pembangunan Global di Huawei. "Kami bekerjasama erat dengan pembangun kami, menawarkan penyelesaian kepada mereka untuk membantu mereka memenuhi keperluan pengguna. Game Fest merupakan satu lagi contoh bagaimana kami berkolaborasi dengan rakan kongsi kami, menawarkan promosi yang menarik dan hadiah percuma kepada pengguna kami agar mereka dapat meneroka cara baharu untuk bermain di AppGallery."

Menampilkan permainan terkenal seperti Rovio's Angry Birds 2, Playrix's Township dan Fishdom, AppGallery meningkatkan pengalaman permainan melalui tawaran kandungan yang tidak berkesudahan dan keterujaan pada musim cuti ini.

AppGallery memperkasa pengguna dengan cara baharu untuk bermain dengan setiap log masuk

Dengan menjalin kerjasama bersama pembangun permainan yang berpandangan jauh dalam industri ini, AppGallery berusaha untuk memastikan penggunanya diberi cara baharu untuk bermain setiap kali. Game Fest sulung tahun lalu menyaksikan kejayaan dalam kalangan pengguna dan pembangun yang menyaksikan peningkatan 90% dari segi purata muat turun harian dalam kalangan pengguna dan menghasilkan lebih daripada 600 juta impresi digital untuk judul-judul yang bekerjasama dengan AppGallery.

Sejak pelancaran, AppGallery telah mendaki kedudukan yang semakin tinggi, mengukuhkan kedudukannya sebagai pilihan utama untuk pengguna. Sebagai salah satu daripada tiga pasaran aplikasi global terunggul, ketika ini AppGallery mempunyai 560 juta pengguna aktif bulanan dan 5.1 juta pembangun berdaftar, dengan lebih 332.2 bilion muat turun aplikasi antara Januari hingga September 2021 dan tersedia di lebih 170 negara dan wilayah.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://consumer.huawei.com/en/mobileservices/appgallery/

Senarai penuh judul-judul yang mengambil bahagian termasuk: 

Nama Aplikasi 

Penerbit 

Promosi 

Shadow Fight 3 

Nekki

Tawaran Pek Permulaan Eksklusif

  • Tersedia pada nilai $4.99 selepas menyelesaikan tutorial

Maraton Pemenang

  • Tersedia selepas menewaskan bos pertama

Tawaran Wiraan 1

  • Tersedia pada nilai $4.99 selepas membeli Pek Permulaan

Tawaran Wiraan 2

  • Tersedia pada nilai $6.99 selepas menyelesaikan Maraton Pemenang

Lords Mobile 

IGG

Kod hadiah terhad untuk pemain baharu bernilai $5

  • Tebus sebelum 31 Disember 2021

Top Eleven 

Nordeus

Pek Hadiah*

  • 5x Semangat
  • 5x Rehat
  • 5x Rawatan

Fishdom 

Playrix

3 jam nyawa tanpa had, 10k syiling, syiling berganda

Evony: The King's Return 

TG Inc

Pek hadiah eksklusif (bernilai $10)*

  • 888 Permata
  • 3x 24-Jam Pemecutan
  • Gunakan kod: HUAWEI01, tebus sebelum 31 Disember 2021

* Untuk pengguna baharu sahaja

 

Source: AppGallery, Huawei
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications Trade show news