omniture

Bigo Live Kekal Komited Untuk Memastikan Keselamatan Kandungan Sambil Menyatukan Masyarakat Tempatan Malaysia

Bigo Live
2021-12-09 14:54 76

KUALA LUMPUR, Malaysia, 9 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Bigo Live, platform penyiaran langsung global yang terkemuka, telah berjanji bahawa ia kekal komited untuk memastikan keselamatan kandungan dan meningkatkan pemantauan kandungan untuk penggunanya di platform ini. Komitmen terkini Bigo Live muncul hasil daripada siri kempen yang berjaya, dianjurkan di Malaysia sebagai sebahagian daripada usaha berterusan platform ini untuk mengeratkan masyarakat setempat semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula semasa pandemik COVID-19.

Bigo Live menggunakan "Artificial Interlligence" (AI) sebagai asas untuk mencipta pengalaman interaktif dan imersif yang lebih menarik serta bertaraf antarabangsa untuk penggunanya. Platform ini menggunakan "content management system" (CMS) dalam talian AI yang membolehkan semakan automatik dan pengurusan kandungan yang dihasilkan oleh pengguna. Teknologi ini membolehkan Bigo Live menapis kandungan yang tidak sesuai dan menyalahi undang-undang berdasarkan sensitiviti tempatan dalam tempoh 60 saat.

"Kami berbangga dapat menjadi salah satu pelopor yang membentuk masa depan penyiaran langsung dan keutamaan nombor satu kami ialah keselamatan komuniti kami. Ketika kami memasuki tahap pertumbuhan kami yang seterusnya di Malaysia, kami kekal komited untuk memastikan agar platform kami terus menjadi selamat untuk pengguna kami, dan menyediakan kepada pengguna kami dengan platform untuk berinteraksi dan menikmati kandungan yang menghiburkan dan interaktif," kata seorang jurucakap Bigo Live.

Anugerah-anugerah lain yang berperanan untuk mengukuhkan lagi komitmen Bigo Live bagi membina platform yang menghiburkan dan selamat untuk pengguna dan komuniti termasuklah anugerat "APAC Insider's Most Innovative Livestreaming Tech Company 2021",  "IT World Award's Hot Company of the Year (Artificial Intelligence)", "Singapore Business Review Technology Excellence Award 2020", "Gold Award for the 2020 Best Mobile App Awards", dan kedudukannya yang cemerlang antara 10 syarikat "Artificial Intelligence" terunggul di Singapura dan Malaysia. Baru-baru ini, Bigo Live menjalin kerjasama dengan Bark Technologies, perkhidmatan pemantauan kandungan dan pengurusan masa skrin yang memenangi anugerah, yang akan memfokuskan kepada keselamatan digital untuk belia dan penyiar di platform Bigo Live.

"Kami  mempunyai dasar toleransi sifar terhadap sebarang aktiviti jenayah atau yang menyalahi undang-undang dan telah membangunkan dasar dan proses yang ketat untuk memerangi aktiviti-aktiviti berkenaan. Bersama-sama teknologi kami yang terunggul dalam industri, kami kekal komited untuk menyediakan platform yang inklusif kepada semua pengguna kami dan memperkasa mereka untuk menonjolkan bakat mereka dan melaksanakan kebebasan bersuara dengan cara yang selamat dan bertanggungjawab. Setakat ini, kami mencapai kadar kejayaan 99 peratus dalam menjauhkan kandungan yang menyalahi undang-undang daripada platform Bigo Live kami dengan purata 390 larangan harian kandungan yang menyalahi undang-undang," sambung jurucakap Bigo Live.

Bigo Live telah berkembang pesat sejak penubuhannya pada tahun 2016 untuk muncul sebagai peneraju industri antarabangsa dalam industri penyiaran langsung, mengumpul lebih 400 juta pengguna merentas 150 negara. Platform ini turut terbukti popular di Malaysia, mencapai pertumbuhan 20 peratus berbanding tahun sebelumnya dalam kalangan pengguna langsung. Satu bukti kejayaan dan pertumbuhan platform ini selama bertahun-tahun, Bigo Live disenaraikan di tempat ke-6 dalam 'Top Apps Worldwide' App Annie mengikut perbelanjaan pengguna pada tahun 2021 dan kekal sebagai salah satu daripada 10 aplikasi sosial terbaik yang diukur melalui muat turun merentas 119 negara.

Sepanjang tahun lalu, Bigo Live melancarkan beberapa inisiatif untuk membantu menyebarkan kepositifan, kegembiraan dan harapan kepada masyarakat tempatan Malaysia ketika negara ini mengharungi tempoh PKP. Ini termasuk pelancaran Bigo Marketplace, satu inisiatif e-dagang yang bertujuan untuk membantu perusahaan mikro tempatan Malaysia dan perniagaan bersaiz kecil dan sederhana (PKS) memanfaatkan kumpulan pengguna Bigo Live yang semakin berkembang bagi meningkatkan pendedahan jenama dan memudahkan urusan jual beli. Pelancaran Bigo Marketplace menyusuli  berakhirnya  pasaran dalam talian e-dagang pertama Bigo Live 'Bigo Pasar Malam', yang diadakan pada 30 Julai dan 6 Ogos 2021 yang menyaksikan lebih 100 penyiar Bigo Live menawarkan produk untuk dijual daripada perniagaan mereka sendiri.

Inisiatif-inisiatif lain termasuk acara siaran langsung Jualan Musang King yang menyaksikan Bigo Live menyediakan vendor durian tempatan dengan platform alternatif untuk menjual bekalan durian mereka kepada rakyat Malaysia daripada keselesaan rumah mereka sendiri, sesi temu mesra peminat yang interaktif bersama selebriti tempatan Malaysia seperti Isa Isarb dan Cik B serta acara pembinaan masyarakat seperti 'Tiwalah Bersama Bigo', pertandingan tilawah al-Quran dan pertandingan makan dalam talian Malaysia yang pertama 'Bigo x Merdeka Eating Competition'.

"Ketika kami terus menyumbang kepada perjuangan memerangi pandemik COVID-19, kami berharap dapat membawa yang terbaik daripada bakat dan pencipta kandungan Malaysia kepada pengguna kami. Susulan kejayaan acara-acara sebelum ini, kami berharap agar dapat meneruskan momentum ini untuk menyatukan masyarakat tempatan Malaysia dan terus menyebarkan kegembiraan dan harapan tatkala kita meneruskan langkah ke tahun baharu," tambah jurucakap Bigo Live.

Latar Belakang Bigo Live

Bigo Live ialah salah satu komuniti sosial penyiaran langsung yang paling pantas berkembang di dunia yang membolehkan pengguna bersiaran langsung untuk berkongsi detik-detik kehidupan, menunjukkan bakat mereka dan berinteraksi dengan orang ramai dari seluruh dunia. Bigo Live mempunyai sekitar 400 juta pengguna di lebih 150 negara dan kini merupakan peneraju pasaran dalam industri penyiaran langsung. Dilancarkan pada Mac 2016, Bigo Live dimiliki oleh BIGO Technology yang berpusat di Singapura.

Source: Bigo Live
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Social Media Telecommunications