omniture

GWM Lancar HAVAL DARGO secara global di Pameran Motor Jeddah

GWM
2021-12-10 06:13 138

BAODING, China, 10 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Pada 6 Disember, model GWM baharu HAVAL DARGO diperkenalkan di Pameran Motor Jeddah di Arab Saudi dan nama globalnya telah diumumkan di seluruh dunia buat julung kalinya.

Pameran Motor Jeddah ialah salah satu pameran motor yang terbesar dalam pasaran Timur Tengah dan ia juga merupakan salah satu pameran motor yang terbesar dan paling berpengaruh di Arab Saudi. Kali ini, ia menggamit perhatian sejumlah 45 media terkenal yang menghadiri acara ini di lapangan. Sebagai bintang yang bersinar bagi acara ini, HAVAL DARGO bukan sahaja menarik minat ramai penonton dengan reka bentuk luarannya yang tegar dan bergaya serta konfigurasi dalaman celik teknologi, tetapi turut memenangi hadiah Kereta Terbaik Dilancarkan di Pameran Motor Jeddah yang dianugerahkan oleh media LifeStyle. "DARGO kelihatan sangat berciri luar jalan dan ia amat sesuai untuk rupa bumi Saudi, dengan potensi yang besar untuk pembangunan pasaran," kata wakil pengedar GWM.

HAVAL DARGO diperkenalkan di Pameran Motor Jeddah
HAVAL DARGO diperkenalkan di Pameran Motor Jeddah

Nama global DARGO berasal berdasarkan nama Cina yang secara literalnya bermaksud "anjing besar" yang mewakili sahabt setia manusia. Nama Cina yang amat dinanti-nantikan ini diundi oleh sejumlah besar peminat HAVAL dan warganet Cina melalui pelbagai panggilan dalam talian untuk nama. Ia memulakan gelombang perbincangan pengguna dan menjadi topik hangat buat seketika. Model baharu ini juga melambangkan konsep produk "Berani mara" ("Dare to go"). David Xu, Pengurus Besar GWM GCC percaya bahawa DARGO berharap dapat memberi semangat spiritual kepada pengguna untuk berani membebaskan diri dan mara ke hadapan dengan berani.

Model canggih yang baharu ini ditakrifkan sebagai kereta berskala 3/4 yang menggabungkan kelebihan SUV bandar dan SUV luar jalan yang bertujuan untuk mencipta kategori serba baharu. Menurut kajian pemintaan pengguna, HAVAL mengkategorikan kereta sedan dan kenderaan 'crossover' semua rupa bumi kepada beberapa tahap termasuk sedan untuk kegunaan harian, gerabak stesen untuk perjalanan, SUV bandar dengan kedudukan tempat duduk tinggi dan ruang besar yang sesuai untuk pemanduan di bandar dan SUV tegar khas untuk memandu di kawasan yang tiada berkemudahan. Selain yang disebutkan di atas, perlu juga ada model yang menggabungkan SUV tegar dan bandar menjadi satu bagi memenuhi semua senario daripada memandu di bandar-bandar sehingga memandu di luar jalan untuk menikmati perjalanan desa, maka DARGO telah dicipta untuk membawakan pengalaman memandu yang jauh lebih komprehensif kepada pengguna.

Sehingga kini, DARGO telah menjadi model baharu yang popular dan terjual dengan baik dalam pasaran China. Hanya lebih setahun selepas pelancarannya, jualan kumulatifnya melebihi 100,000 unit. Baru-baru ini, kereta ini turut memenangi gelaran SUV paling popular 2021 sebagai yang pertama dalam senarai Indeks Kepuasan Pelanggan Industri Automotif China.

Sebagai model serba baharu global, HAVAL DARGO akan memulakan prajualan di Arab Saudi. Dalam tempoh terdekat, model ini juga akan disediakan di Iraq, Chile, Rusia dan negara-negara lain untuk menemani lebih ramai pengguna dalam pasaran global.

 

Source: GWM
Keywords: Auto Banking/Financial Service Internet Technology Publishing/Information Service Retail Telecommunications Transportation New products/services Trade show news