omniture

HUAWEI Ads Raih Kemenangan App Growth Awards

AppGallery, Huawei
2021-12-10 09:13 243

BERLIN, 10 Disember 2021 /PRNewswire/ -- HUAWEI Ads telah meraih kemenangan di App Growth Awards tahun ini.

HUAWEI Ads secures App Growth Awards Win at App Promotion Summit
HUAWEI Ads secures App Growth Awards Win at App Promotion Summit

Diadakan di Berlin sebagai sebahagian daripada Sidang Kemuncak Promosi Aplikasi, App Growth Awards mengiktiraf inovasi aplikasi dan kemajuan pemasaran aplikasi, menarik penyertaan dari serata dunia. Finalis dinilai oleh pakar industri, dengan HUAWEI Ads meraih anugerah UA untuk pertumbuhan yang mengagumkan sepanjang tahun lalu.

Anugerah ini menonjolkan penyelesaian UA berpandukan prestasi yang berkesan HUAWEI Ads, termasuk sokongan setempat, kos-setiap-ribu (CPM) yang kompetitif, kadar kos-setiap-klik (CPC) yang berjaya selain kos-setiap-tindakan (CPA) yang berkesan dan kos-setiap-pemasangan (CPI) untuk aplikasi, permainan dan penyelesaian e-dagang.

Selain mengiktiraf kejayaan HUAWEI Ads di UA, Anugerah ini menunjukkan pertumbuhan platform ini sepanjang tahun lalu. Ketika ini, HUAWEI Ads mencapai lebih 1 bilion peranti Huawei terhubung dan lebih 730 juta pengguna peranti Huawei dengan trafik global harian melebihi 2.7 bilion.

"Kami berbesar hati untuk menerima pengiktirafan daripada App Growth Awards ini," kata Neo Miao, Presiden Pertumbuhan Perniagaan, Huawei Mobile Services Eropah, Huawei Consumer Business Group. "Kami mengalu-alukan rakan kongsi baharu untuk menyertai kami ketika kami meneruskan pertumbuhan kami dan mengharapkan jalinan kerjasama yang lebih erat bersama rakan kongsi sedia ada kami. Secara bersama, kami akan membina ekosistem pintar yang terbuka untuk menghubungkan dunia dengan lebih baik."

HUAWEI Ads dipuji kerana pendekatannya yang disesuaikan untuk pengiklanan dengan prestasi yang mantap dalam kalangan rakan kongsinya untuk membuktikannya. Salah satu rakan kongsi utama HUAWEI Ads, selaku penyedia e-dagang, menyaksikan peningkatan 537% dalam pengaktifan harian dan peningkatan 278% dalam CTR di samping memastikan kos pengaktifan di bawah 45%.

Platform ini disediakan kepada agensi media dan penerbit aplikasi di seluruh dunia, merapatkan jurang komunikasi antara rakan kongsi dan pengguna peranti Huawei. HUAWEI Ads dapat mewujudkan audiens khas untuk iklan rakan kongsi, menggunakan Platform Pengurusan Data (DMP) bagi menyasarkan demografi yang dikehendaki.

Huawei telah berusaha untuk mencipta pengalaman pengguna dan rakan kongsi yang optimum dengan HUAWEI Ads. Pengguna boleh mengakses halaman butiran dalam aplikasi sebelum memuat turun dan program promosi disediakan kepada pengiklan dan agensi bertauliah di Eropah, menyediakan percubaan percuma, insentif pelanggan awal dan sumber pada peranti premium.

Kejayaan HUAWEI Ads di App Growth Awards tahun ini menunjukkan pembangunan pantas platform ini – ia telah digambarkan sebagai 'salah satu platform yang berkembang paling pantas di Eropah' oleh AppsFlyer. Pada tahun-tahun akan datang, HUAWEI Ads akan terus membawakan ciri-ciri baharu untuk meningkatkan lagi pengalaman rakan kongsi dan penggunanya.

Latar Belakang HUAWEI Ads 

HUAWEI Ads ialah platform pemasaran mudah alih yang disesuaikan untuk peranti Huawei. Dengan menyepadukan algoritma dan seni bina yang mendasari, ia memberi cara yang unik dan berpandukan nilai kepada pengiklan bagi mendekati audiens global yang terdiri daripada pengguna telefon pintar. Ia menyampaikan rangkaian luas format iklan merentas saluran paparan dan carian termasuk iklan natif, sepanduk, video dan iklan berganjaran, kepada lebih daripada 730 juta pengguna peranti Huawei di seluruh dunia. Di samping platform HUAWEI Ads, kami menawarkan perkhidmatan penerbit HUAWEI Ads yang membolehkan pembangun mengintegrasikan kit HUAWEI Ads dan menjana hasil tambahan daripada aplikasi mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai HUAWEI Ads, lawati: https://ads.huawei.com/

Source: AppGallery, Huawei
Keywords: Advertising Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications Awards