BEIJING, 10 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Laporan berita oleh haiwainet.cn: Pada 28 November 2021, waktu Beijing, selepas 6 hari penilaian, Pertandingan Dalam Talian Taijiquan China-ASEAN 2021 melabuhkan tirainya dan keputusan pertandingan ini diumumkan secara rasmi.
Pertandingan ini menerima lebih daripada 4600 penyertaan daripada peminat Wushu di China serta 10 negara ASEAN: jumlah undi melebihi 8.2 juta dan jumlah keseluruhan kunjungan ke laman sesawang rasmi melebihi 40 juta: sejumlah 9306 anugerah domestik dan luar negara dipilih untuk dua kategori utama, rutin tetap dan rutin tradisional. Antaranya, 690 anugerah luar negara dianugerahkan termasuk 344 anugerah pilihan hakim, 345 anugerah populariti dalam talian dan 1 anugerah penyertaan paling popular.
Semasa berlangsungnya pertandingan ini, penyertaan yang dihantar oleh para atlet mendapat perhatian yang luas daripada peminat Wushu di serata dunia. Antara mereka, jumlah tontonan di saluran YouTube rasmi sahaja telah melebihi 320,000. Ramai warganet di Indonesia, Malaysia, Singapura dan negara-negara lain turut memanfaatkan komen yang mesra untuk menyatakan sokongan kepada atlet-atlet yang mengambil bahagian.
"Pertandingan awan" Taijiquan telah menjadi cara yang popular untuk mempromosikan Wushu Cina dan meningkatkan pertukaran antara peminat Wushu dari serata dunia. Pertandingan dalam talian Taijiquan China-ASEAN 2021 yang diadakan bersama-sama China-ASEAN Wushu Federation bukan sahaja memperlihatkan jalinan persahabatan antara rakyat China dan ASEAN dalam memerangi wabak bersama-sama, tetapi turut membuka saluran dan platform promosi yang baharu untuk Taijiquan terus berkembang maju.
Di samping aktiviti dan pertandingan luar talian, Chinese Wushu Association akan mengadakan lebih banyak pertandingan Taijiquan dalam talian seperti ini pada masa depan.