omniture

CAIDIF ke-4 Diadakan di Liuzhou, China

Ke Arah Bahasa Inovasi yang Sama
GUANGXI CA Panorama GROUP CO. LTD
2021-12-10 14:16 132

LIUZHOU, China, 10 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Dengan tema "Membantu Pembinaan Bersama Pusat Serantau untuk Inovasi Sains China-ASEAN", Forum Reka Bentuk Industri dan Inovasi China-ASEAN ke-4, dianjurkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Daerah Baharu Ekologi Utara Liuzhou Guangxi dan Guangxi CA Panorama Group telahpun diadakan di Liuzhou, China pada 8 Disember 2021.

Inovasi merupakan pemacu pembangunan yang utama. Cara untuk menjadikan reka bentuk industri sebagai bahasa bersama untuk kerjasama inovasi China-ASEAN merupakan satu keprihatinan bersama dan juga tumpuan forum ini.

Negara-negara ASEAN mengambil bahagian secara aktif dalam acara ini demi peluang kerjasama yang lebih banyak. Sandiaga Uno, Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia berkata dalam ucapan beliau bahawa walaupun dengan potensi yang besar, ekonomi kreatif Indonesia menghadapi cabaran; maka Indonesia mencari kerjasama pelengkap yang lebih mendalam bersama China untuk bersama-sama menggalakkan pembangunan strategi "Industri Indonesia 4.0".

Suasana Forum
Suasana Forum

Danuch Tanterdtid, Naib Menteri untuk Pengajian Tinggi, Sains, Penyelidikan dan Inovasi, Thailand, berkata dalam ucapan video beliau bahawa Thailand akan mengadakan perbincangan yang mendalam melalui forum ini berhubung jalinan kerjasama bersama China untuk mencapai inovasi industri dan pembangunan industri pasca-pandemik dengan hasil yang lebih praktikal dijangkakan.

Menerusi Speeches by Masters, pereka-pereka terkenal dari China dan ASEAN membincangkan mengenai keadaan semasa dan trend reka bentuk industri, pembuatan pintar dan juga pembangunan industri. Bahagian seminar menyaksikan pandangan yang berharga berhubung topik "Reka Bentuk Industri untuk Memperkasa Kerjasama Inovatif China-ASEAN."

Semasa menyaksikan perasmian Pusat Perkongsian Inovasi Reka Bentuk Industri China-ASEAN (Liuzhou) dan penandatanganan Memorandum Kerjasama Strategik Komprehensif antara kerajaan Liuzhou dan Shenzhen Artop Design Group, forum ini mengadakan majlis penyampaian anugerah bagi Pertandingan Reka Bentuk Industri China-ASEAN "Golden Bauhinia Cup" ke-2 dengan "Planting Kit" oleh Suphaporn Kunta, seorang mahasiswa Suan Sunandah Rajabhat University Thailand memenangi hadiah tempat pertama bagi kumpulan reka bentuk konsepsi.

Ditaja bersama oleh ASEAN-China Centre dan Kerajaan Rakyat Perbandaran Liuzhou dan dianjurkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Daerah Baharu Ekologi Utara Liuzhou Guangxi dan Guangxi CA Panorama Group, forum ini menyediakan platform yang saling memberi manfaat dan saling menguntungkan bagi mempromosikan penyepaduan mendalam antara reka bentuk, industri, teknologi dan budaya antara China dan ASEAN yang pastinya akan menyuntik dorongan yang kuat ke dalam pembangunan industri yang berkualiti tinggi. Dengan itu, kedua-dua pihak akan membuka peluang kerjasama yang lebih besar melalui bahasa bersama reka bentuk industri.

Source: GUANGXI CA Panorama GROUP CO. LTD
Keywords: Computer/Electronics