omniture

Forum Pemasaran Antarabangsa CHINT ke-9 Terokai Penyahkarbonan Digital demi Dunia Hijau

CHINT
2021-12-10 15:14 223

SHANGHAI, 10 Disember 2021 /PRNewswire/ -- CHINT, penyedia penyelesaian tenaga pintar yang terkemuka, menganjurkan dengan jayanya hari pandangan, perbincangan dan perangkaian di Forum Pemasaran Antarabangsa CHINT (CIMF) ke-9. Perhimpunan maya bertema "Penyahkarbonan Digital demi Dunia Hijau" ini berlangsung pada 9 Disember dengan pakar-pakar berwibawa daripada bidang tenaga baharu, grid pintar serta aplikasi penyimpanan tenaga dan bidang-bidang lain turut hadir.

Forum Pemasaran Antarabangsa CHINT Kesembilan Teroka Penyahkarbonan Digital untuk Dunia Hijau
Forum Pemasaran Antarabangsa CHINT Kesembilan Teroka Penyahkarbonan Digital untuk Dunia Hijau

"Menangani isu perubahan iklim dan menggalakkan pembangunan mesra alam telah menjadi satu konsensus global. CHINT akan merebut peluang untuk memanfaatkan trend ini dan membantu mencapai matlamat neutral karbon global," kata Cunhui Nan, Pengerusi CHINT.

Selepas pesanan COP 26, CHINT menghimpunkan semua pihak untuk menerokai laluan penyahkarbonan digital menerusi sesi utama forum ini iaitu "Sidang Kemuncak Penyahkarbonan Digital". Prof. Xiangwan Du, seorang ahli akademik di Chinese Academy of Engineering, berkata bahawa "Kapasiti penjanaan sistem kuasa baharu China sedang dibangunkan daripada tidak signifikan kepada signifikan. Saya percaya amalan CHINT telah memainkan dan akan memainkan peranan penting bukan sahaja di China bahkan di dunia."

Sehingga tahun 2021, CHINT memiliki kapasiti fotovolta terpasang kumulatif sebanyak 8GW di seluruh dunia yang bersamaan dengan pengurangan emisi CO2 sebanyak lebih daripada lapan juta tan setahun. Seterusnya, CHINT akan mempercepatkan penaiktarafan produk mahupun perkhidmatan di seluruh dunia dengan meningkatkan bilangan pusat operasi dan penyelenggaraan kepada tiga, pusat perkhidmatan antarabangsa kepada 14, pusat logistik kepada 17 dan tapak pembuatan kepada 13.

"Dengan penglibatan dalam pembangunan sistem kuasa baharu China, CHINT komited untuk memudahkan kemajuan standard industri dan menggalakkan susun atur global tenaga mesra alam," kata Lily Zhang, Pengarah dan Naib Presiden Zhejiang CHINT Electrics, Presiden CHINT Global. 

Semasa berlangsungnya forum ini, CHINT melancarkan inisiatif Komitmen Perlindungan Alam Sekitar dengan tujuan untuk membina masa depan bebas karbon. Forum ini turut menyaksikan CHINT memperkenalkan logo baharunya dan melancarkan dua ibu pejabat Singapura-Shanghai CHINT yang membuka platform antarabangsa kepada rakan kongsi globalnya.

Ditubuhkan pada tahun 1984, perniagaan CHINT dalam elektrik pintar, tenaga mesra alam, kawalan dan automasi industri, rumah pintar dan banyak lagi yang lain, membentuk kelebihan rantaian industri penuh yang merangkumi "keelektrikan". CHINT beroperasi di lebih daripada 140 negara dan wilayah, dengan pendapatan mencecah hampir $13.7 bilion pada tahun 2020.

Source: CHINT
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Mining Mining/Metals Utilities Trade show news