omniture

Pengerusi Unilumin Isytiharkan Derma 11 Juta Saham kepada Unilumin Foundation

Unilumin Group
2021-12-13 09:04 54

SHENZHEN, China, 13 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Perusahaan LED berpangkalan di Shenzhen yang terkemuka di dunia Unilumin Group, membuat satu pengumuman umum. Pengerusi Unilumin Lin Mingfeng menandatangani perjanjian untuk menderma ekuiti persendirian beliau sebanyak 11 juta saham Unilumin (bernilai hampir RMB 100 juta mengikut harga transaksi pada hari penyelesaian) kepada Unilumin Foundation untuk tujuan amal.

Lin Mingfeng, Pengerusi Unilumin
Lin Mingfeng, Pengerusi Unilumin

Melalui satu surat terbuka, Lin Mingfeng menjelaskan mengenai niat sumbangan tersebut. Beliau menyebut pengalaman yang sukar pada zaman kanak-kanak luar bandar beliau dan mengaitkan kejayaan beliau terhadap dasar terbuka di China dan juga sokongan daripada rakan-rakan beliau. Beliau berharap dapat menerangi jalan luar bandar dengan lampu jalan yang disediakan oleh kelebihan utama Unilumin dalam pencahayaan dan paparan LED agar dapat menyumbang kembali kepada masyarakat.

Selain daripada derma oleh Pengerusi, Unilumin Group sentiasa komited terhadap CSR. Umpamanya, bagi memerangi Covid-19, Unilumin mewujudkan endowmen global yang terdiri daripada 5 juta yuan dan bekalan.

Pada awal tahun 2017, Lin Mingfeng dan rakan-rakan beliau mendapat idea untuk terlibat dalam kebajikan awam, lalu menubuhkan Unilumin Foundation di Shenzhen kemudiannya. Sejak itu, beliau menyedari bahawa dengan menjadikan Unilumin Foundation sebagai platform untuk pihak berkepentingan Unilumin untuk menunjukkan kedermawanan mereka, seterusnya menjadikan yayasan tersebut berkembang maju. Hasilnya, beliau memutuskan untuk menderma ekuiti persendirian beliau sebanyak 11 juta saham Unilumin kepada Unilumin Foundation untuk memperkayakan himpunan modal yayasan dan mendorong lebih ramai kakitangan Unilumin terlibat dalam kebajikan.

Lin Mingfeng berkata bahawa beliau menggalas tanggungjawab utama untuk mengurus syarikat dengan baik dan menyediakan produk dan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan Unilumin dan dalam masa yang sama mengekalkan tanggungjawab ESG. Pada masa akan datang, Unilumin Foundation akan memfokuskan kepada "penggiatan semula luar bandar, bantuan perubatan, bantuan pelajar dan bantuan mengajar" serta mencari model kebajikan awam yang inovatif bagi pembangunan mampan.

Projek Jalanan Unilumin di Itali
Projek Jalanan Unilumin di Itali

 Hubungi: Estella Yan, estella.yan@unilumin.com

Source: Unilumin Group
Keywords: Computer/Electronics Mining/Metals Semiconductors Corporate Social Responsibility Not for profit