SHANGHAI, 13 Disember 2021 /PRNewswire/ -- OneConnect Financial Technology Co., Ltd. (NYSE: OCFT) ("OneConnect"), pemacu utama strategi teknologi kewangan untuk syarikat bersekutu Ping An Insurance Group of China ("Ping An"), telah membantu kumpulan ini mengungguli senarai Sepuluh Syarikat Teknologi Kewangan Terunggul Dunia pada tahun 2021 bagi Kualiti Paten, diikuti oleh Ant Group dan Alibaba.
Senarai ini diumumkan baru-baru ini oleh 01Caijing Research Institute, salah sebuah organisasi penyelidikan yang terkemuka di China, memaparkan inovasi dalam sektor teknologi kewangan global dengan cara analisis status dan kualiti permohonan paten. 01Caijing turut menggunakan OneConnect sebagai kajian kes semasa menyusun senarai ini yang mana organisasi penyelidikan ini menjalankan analisis mendalam mengenai pencapaian OneConnect dalam sektor harta intelek (IP).
Senarai kedudukan ini turut menunjukkan sejauh mana Ping An meletakkan kepentingan kepada penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi penting dan pengumpulan hak IP bebas dan dalam masa yang sama melanjutkan pelaksanaan pelan hala tuju teknologi kewangan dan ekologi kewangan dengan meningkatkan keupayaan teknologinya melalui pelaburan R&D yang berterusan dan memastikan aplikasi teknologinya yang luas dalam seluruh sektor kewangan.
OneConnect, pemacu utama strategi teknologi kewangan Ping An, pantas menerima pendekatan keseluruhan kumpulan ini terhadap pemerolehan dan pengurusan paten dengan meletakkan nilai yang tinggi pada permohonan dan perlindungan IP sejak hari pertama.
Keupayaan Teknologi OneConnect
Setakat 30 September 2021, OneConnect telah memfailkan 5,229 permohonan di seluruh dunia yang mana 3,929 difailkan di China manakala 1,300 difailkan di negara dan wilayah lain, meliputi kumpulan sasaran sektor teknologi tinggi, antaranya kecerdasan buatan, rantaian blok, data raya, pengkomputeran awan dan keselamatan maklumat.
Aplikasi ini memfokuskan kepada tiga bidang: teknologi perbankan (35.89%), teknologi pengurusan aset (25.12%) dan teknologi insurans (12.71%), memperlihatkan komitmen berterusan firma ini terhadap penaiktarafan produk melalui inovasi bebas.
Melalui aplikasi pelbagai teknologi canggih, termasuk pengesanan emosi dan pembacaan mesin, OneConnect membangunkan sistem panggilan pintar yang menampilkan pustaka skrip beraneka, respons pintar, suara sebenar dan konfigurasi fleksibel dengan mendayakan interaksi suara pintar yang menangani cabaran perniagaan yang dihadapi oleh bank dalam senario panggilan yang pelbagai.
Sehingga kini, aplikasi telah dibangunkan yang menumpukan perhatian kepada tujuh senario perniagaan dalam-permintaan termasuk pengurusan kekayaan berasaskan deposit, pemerolehan pelanggan pinjaman, pemasaran kad kredit, pembayaran melalui pelan ansuran untuk pemegang kad kredit, tinjauan susulan dan makluman pembayaran. Menerusi penyelesaian ini, bank saham bersama dinaik taraf kepada penyelesaian pintar untuk mengendalikan khidmat pelanggan kad kreditnya, memendekkan purata tempoh panggilan dengan berkesan bagi wakil-wakil khidmat pelangganya dengan cara aplikasi pengecaman semantik dengan hampir 85 peratus ketepatan dan keupayaan untuk mengendalikan lebih daripada setengah juta panggilan setiap bulan.
Ekosistem Digital
OneConnect komited untuk membina ekosistem digital yang terdiri daripada agensi kerajaan, pengawal selia dan syarikat selain daripada untuk memperkasa transformasi digital untuk institusi kewangan. Firma ini menjalin kerjasama strategik yang mana syarikat ini membantu rakan kongsi meningkatkan kecerdasan teknologi kawal selianya dengan menyediakan penyelesaian teknologi yang canggih kepada mereka. Di samping itu, dengan pengalaman yang luas dalam transformasi digital, syarikat ini memperdalam komitmennya terhadap infrastruktur kewangan dengan melaksanakan pelbagai projek utama di bawah naungan beberapa pengawal selia dan agensi kerajaan di seluruh dunia.
OneConnect telah berkembang ke pasaran antarabangsa sebagai langkah untuk meningkatkan kebolehlihatannya di seluruh dunia sekali gus memberi tumpuan untuk menawarkan perkhidmatan kepada insitusi kewangan domestik Cina. Sehingga kini, firma ini telah menyampaikan penyelesaian teknologi "dicipta-di-China" kepada lebih 100 institusi kewangan di 20 negara dan wilayah, kebanyakannya terletak di Asia Tenggara.
OneConnect merancang untuk terus mengukuhkan inovasi teknologi dan perlindungan IP di samping meningkatkan keupayaan R&D dalam teknologi dengan tujuan untuk menyediakan pengguna dengan produk dan perkhidmatan berkualiti lebih tinggi.