omniture

CGTN: China berjanji untuk bekerjasama dengan negara-negara membangun untuk menggalakkan hak asasi manusia antarabangsa

CGTN
2021-12-13 09:45 113

BEIJING13 Disember 2021 /PRNewswire/ -- China, sebagai negara sedang membangun yang terbesar di dunia, berjanji untuk bekerjasama dengan semua negara sedang membangun bagi menggalakkan pembangunan perjuangan hak asasi manusia antarabangsa yang baik, di sebuah forum mengenai hak asasi manusia pada hari Rabu lalu.

Forum Hak Asasi Manusia Selatan-Selatan 2021, sebuah acara dwitahunan yang diadakan pada tahun ini buat kali ketiga di Beijing, bertema "mengutamakan orang ramai dan tadbir urus hak asasi manusia global."

Menegaskan bahawa amalan hak asasi manusia adalah pelbagai, Presiden Cina Xi Jinping berkata Beijing bersedia untuk bekerjasama dengan negara-negara sedang membangun yang lain untuk menggalakkan nilai bersama umat manusia, dalam surat ucapan tahniah beliau kepada forum ini.

Pencapaian dalam perjuangan hak asasi manusia China

Negara-negara di serata dunia boleh dan harus memilih laluan pembangunan hak asasi manusia yang sesuai dengan keadaan negara mereka sendiri, kata Xi.

Mengambil maklum bahawa hak asasi manusia merupakan lambang kemajuan peradaban manusia, beliau menekankan bahawa mengutamakan orang ramai dan menjadikan keinginan orang ramai terhadap kehidupan yang lebih baik sebagai matlamat merupakan tanggungjawab semua negara.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, China telah melakar kemajuan dalam pembangunan hak asasi manusia terutamanya dalam mengurangkan kemiskinan.

"Kini rakyat Cina memperoleh rasa keberuntungan, kegembiraan dan keselamatan yang lebih besar dari segi perlindungan hak asasi manusia," kata Xi.

Sejak pelancaran pembaharuan dan pembukaan pada tahun 1978, 770 juta penduduk luar bandar yang menjalani kehidupan di bawah garis kemiskinan China telah dibebaskan daripada belenggu kemiskinan, menurut kertas putih mengenai kemajuan hak asasi manusia melalui pencapaian kemakmuran sederhana yang dikeluarkan oleh Pejabat Penerangan Majlis Negeri pada bulan Ogos lalu.

Negara ini merealisasikan matlamat pengurangan kemiskinannya daripada Agenda untuk Pembangunan Mampan 2030 PBB 10 tahun lebih awal daripada yang dijadualkan, menurut kertas putih tersebut.

Pada bulan September, China melancarkan Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia China (2021-2025), memperincikan hampir 200 objektif dan tugas, bermula daripada hak terhadap taraf hidup asasi, penyertaan orang awam dalam pembuatan keputusan alam sekitar dan hak kumpulan etnik minoriti.

Kerjasama Selatan-Selatan dalam hak asasi manusia antarabangsa

Dengan pandemik COVID-19 yang memaksa perubahan besar di serata dunia, bagaimana negara-negara sedang membangun harus menangani isu-isu hak asasi manusia dalam era pasca-COVID menjadi tumpuan di forum ini.

Xi menggambarkan kerjasama Selatan-Selatan – kerjasama ekonomi dan teknikal antara negara-negara Selatan Global – sebagai satu inisiatif hebat oleh negara-negara sedang membangun yang mencari kekuatan melalui perpaduan.

Apabila forum pertama diadakan pada tahun 2017, beliau menegaskan bahawa pembangunan hak asasi manusia di seluruh dunia tidak dapat dicapai tanpa usaha bersama oleh negara-negara sedang membangun, yang menyumbang kepada lebih daripada 80 peratus daripada populasi dunia.

China meletakkan kepentingan yang tinggi kepada kerjasama Selatan-Selatan. Berserta dialog politik dan kerjasama kewangan, ia menggalakkan pertukaran pengetahuan dan kepakaran melalui program, projek dan inisiatif yang dirancang untuk menyelesaikan masalah khusus negara-negara.

Sejak penubuhan Republik Rakyat China pada tahun 1949, China telah menawarkan bantuan kepada negara-negara yang memerlukan bagi menyokong usaha mereka untuk menggalakkan pembangunan ekonomi dan sosial serta meletakkan asas yang kukuh untuk jalinan persahabatan dan kerjasama dalam tempoh jangka panjang dengan negara-negara berkenaan.

Sepanjang lima tahun lalu, South-South Cooperation Assistance Fund yang ditubuhkan oleh China telah bekerjasama erat dengan dua belas organisasi antarabangsa bagi melaksanakan lebih daripada 100 projek sara hidup di lebih 50 negara, bagi memberi manfaat kepada lebih 20 juta orang.

Di forum tahun ini, hadirin meninjau potensi sistem hak asasi manusia antarabangsa masa depan di tengah-tangah cabaran daripada isu-isu global seperti pandemik COVID-19 dan perubahan iklim.

Hampir 400 orang termasuk pegawai kanan, pakar, ilmuwan dan utusan diplomatik dari lebih 100 negara dan organisasi antarabangsa menghadiri forum ini secara dalam talian atau luar talian.

https://news.cgtn.com/news/2021-12-09/China-vows-to-work-with-developing-countries-to-promote-human-rights--15QqXuGJ9Uk/index.html

 

Source: CGTN
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Trade show news