omniture

Yili Group Lancar Pangkalan Pengeluaran Aiskrim Terbesar di Rantau ini di Indonesia

Kilang Binaan Sendiri Pertama Yili Group di Asia Tenggara Memulakan Operasi, Membentuk "Dua Pusat" di Indonesia dan Thailand
Yili Group
2021-12-13 13:54 203
  • Yili Group memperkukuhkan kehadirannya di pasaran Asia Tenggara dengan melancarkan kilang binaan sendiri pertamanya di rantau ini.
  • Dilengkapi dengan teknologi canggih, operasi hijau, dan penglibatan yang mendalam dengan komuniti setempat, projek ini bertujuan untuk mempercepatkan pengeluaran dan inovasi tenusu untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna Indonesia.

BEKASI CITY, Indonesia, 13 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Pengeluar tenusu terkemuka Asia, Yili Group, mengadakan majlis pembukaan untuk meraikan pelancaran rasmi fasa pertama Pangkalan Tenusu Indonesia Yili. Apabila fasa keduanya siap, pangkalan pengeluaran ini akan menjadi kilang aiskrim terbesar di negara ini dengan kapasiti pengeluaran sehari sebanyak empat juta produk aiskrim.

Pangkalan Pengeluaran Tenusu Indonesia Yili
Pangkalan Pengeluaran Tenusu Indonesia Yili

Kemudahan canggih dibina disebabkan oleh popularity aiskrim Joyday yang melonjak, satu jenama yang telah pesat mengembangkan capaiannya ke 260 bandar tempatan di 26 daerah, meliputi hampir keseluruhan Indonesia, sejak ia memasuki pasaran dalam tahun 2018.

"Pilihan jelas dan kepercayaan pengguna tempatan terhadap produk kami telah mengukuhkan keyakinan Yili tentang pelaburan dan pembangunan jangka panjang di Indonesia," kata Pan Gang, Pengerusi dan Presiden Yili Group, dalam ucapan maya yang disampaikan dalam majlis tersebut. "Yili sentiasa berdedikasi untuk mengikuti standard tertinggi untuk memacu pembangunan berkualiti dan mampan dalam tempoh yang panjang dan membina operasi setempat yang memberi faedah kepada komuniti di mana kami beroperasi. Ini memastikan bahawa kami dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna tempatan dan memberikan sumbangan yang mendalam kepada pembangunan sosio ekonomi di seluruh rantau ini."  

Memenuhi keperluan tempatan sementara memanfaatkan sumber global yang dibawa bersama oleh Yili Group, hab yang beribu pejabat di Indonesia ini bertujuan untuk mempercepatkan pengeluaran produk Joyday, usaha R&D dan pemasaran, dengan lebih banyak produk baharu akan datang, agar dapat membawakan lebih banyak perkhidmatan yang unik dan pengalaman pengguna kepada pelanggan tempatan.

Kilang yang inovatif, hijau, dan terbuka

Sebagai kilang binaan sendiri pertama Yili di Asia Tenggara, Tenusu Indonesia Yili telah menerapkan teknologi dan peralatan canggih, yang termasuk Internet Komunikasi Benda dan analisis data besar, untuk membina sebuah kilang yang inovatif dan pintar. Pangkalan pengeluaran menyepadukan teknologi digital yang maju di keseluruhan rantaian pengeluarannya. Penyelesaian robotik diperkenalkan untuk menyediakan pembungkusan automatik, penyusunan palet, dan penggudangan.

Pembinaan infrastruktur dan bangunan telah dilakukan dengan ketat selari dengan piawaian pengurusan kualiti global Yili Group. Sehingga kini, kilang ini telah pun lulus pensijilan ISO22000, HALAL, dan BPOM serta telah mendapat penarafan gred A oleh LPPOM MUI, agensi pensijilan makanan dan ubat terbesar di Indonesia.

Sebagai sebahagian daripada usahanya untuk membina kemudahan pengeluaran yang mampan dan mesra alam sekitar, Tenusu Indonesia Yili telah membina sistem rawatan sisa air dengan kapasiti rawatan harian sebanyak 2,800 tan. Air yang dipulih guna kemudiaannya diguna semula untuk pengairan tumbuhan di dalam kilang.

Untuk memastikan tahap keterlihatan dan ketelusan yang tinggi, kilang ini akan dibuka kepada orang awam apabila kilang ini beroperasi penuh, dan pengguna dapat melihat seluruh proses pengeluaran semasa ia berlangsung.

Bersedia untuk berkembang bersama dengan rakan kongsi tempatan 

Sambil memperdalamkan kehadirannya dalam pasaran global, Yili mengikuti prinsip "set minda global dan operasi tempatan," dengan tumpuan terhadap membina kilang yang sangat setempat yang memberi faedah kepada komuniti setempat.

Hari ini, Tenusu Indonesia Yili mempunyai sejumlah 383 pekerja, dengan pekerja tempatan menyumbang 95% daripada tenaga kerja. Projek ini dijangka dapat mewujudkan lebih daripada 5,000 pekerjaan baharu untuk komuniti tempatan, secara langsung dan tidak langsung.

Tenusu Indonesia Yili juga sedang giat mengejar peluang-peluang seterusnya untuk kerjasama dengan rakan kongsi tempatan. Sehingga kini, syarikat ini telah pun menjalinkan hubungan kerjasama dengan lebih daripada 90 pembekal di Indonesia. Melangkah ke hadapan, kerjasama ini akan berkembang ke pengedar tempatan dengan 200,000 cawangan jualan. Yili juga berdedikasi untuk mempromosi citarasa Indonesia yang dinilai tinggi kepada pengguna global melalui saluran pemasaran seluruh dunianya.

"Dua pusat Asia Tenggara" Yili ditubuhkan 

Penyiapan Tenusu Indonesia Yili menetapkan satu lagi tunggak utama untuk pembangunan Yili di pasaran Indonesia dan Asia Tenggara yang lebih luas. Bersama dengan pangkalan pengeluaran aiskrim syarikat yang beribu pejabat di Thailand, "dua pusat Asia Tenggara" Yili dan Pusat Inovasi Asia Tenggara telah berjaya dibentuk, dan dijangka dapat mempercepatkan pengeluaran dan R&D produk di rantau ini.

Sebagai sebuah platform yang direka untuk membantu Kerjasama ke atas inovasi bersama universiti dan institusi R&D di seluruh rantau, Pusat Inovasi Asia Tenggara Yili juga akan bekerjasama rapat dengan pusat inovasi Yili yang tersebar di seluruh China, Jepun, Eropah dan Oceania, dengan matlamat untuk melancarkan lebih banyak penyelesaian inovatif yang disetempatkan yang disesuaikan dengan teliti untuk memenuhi keperluan pengguna.

Dalam mengejar pembinaan "ekosistem kesihatan global", Yili Group telah berdedikasi untuk mencapai pasaran di mana permintaan pengguna untuk produk tenusu yang berkualiti masih belum dapat dipenuhi. Sebagai pangkalan penting yang membantu penglibatan Yili dengan pasaran global, Tenusu Indonesia Yili akan menyelaras dan berkongsi sumber dengan anak syarikat Yili Group yang lain untuk memberi perkhidmatan kepada pengguna dengan produk berkelas dunia dan berkongsi kejayaan perniagaannya dengan rakan kongsi.

Source: Yili Group
Related Stocks:
Shanghai:600887
Related Links:
Keywords: Agriculture Beverages Food/Beverages Corporate Expansion New products/services