omniture

UMKM EXPO(RT) BRILIANPRENEUR 2021: BRI Promosikan Pendigitalan PMKS Indonesia

Bank Rakyat Indonesia
2021-12-13 22:03 262

JAKARTA, Indonesia, 13 Disember 2021 /PRNewswire/ -- PT Bank Rakyat Indonesia (BRI) Tbk (IDX:BBRI) menyampaikan UMKM EXPO(RT) BRILIANPRENEUR tahun ini dalam format digital sepenuhnya mulai 9-16 Disember 2021. Ia akan meraikan pengunjung dengan pengalaman 3D daripada 500 PMKS yang dipilih susun, menjadikannya bazar maya terbesar yang dianjurkan oleh BRI.

BRI presents 500 MSMEs at the MSME EXPO(RT) 2021 event, held from 9-16 December 2021
BRI presents 500 MSMEs at the MSME EXPO(RT) 2021 event, held from 9-16 December 2021

Acara ini akan mempamerkan kawasan bertema luar, menonjolkan lima destinasi pelancongan Indonesia: Raja Ampat (Papua Barat), Borobudur (Jawa Tengah), Toba (Sumatera Utara), Ubud (Bali) dan Tanjung Kelayang (Belitung).

"BRI telah menyokong PMKS Indonesia untuk berkembang sebagai sebuah perniagaan mantap dan menuju global untuk bersaing dalam pasaran antarabangsa. Sebagai agen pembangunan, BRILIANPRENEUR merangkumkan komitmen untuk menyediakan peluang yang sangat besar kepada PMKS bagi mencapai matlamat ini," kata Sunarso, Pengarah Presiden BRI.

BRI bermatlamat untuk mencapai sasaran transaksi berpotensi sebanyak US$65J tahun ini. Untuk berbuat demikian, BRI telah melaksanakan inisiatif "Go Digital" untuk memilih PMKS termasuk bengkel digital, latihan "Go Online" dan kolaborasi dengan pasaran seperti Shopee dan PADI UMKM.

Salah satu peserta BRILIANPRENEUR 2021, Restu Mande, berkembang maju daripada sesi ini. Sebagai pelopor bagi masakan Padang pembungkusan vakum seperti rendang dan kari ayam, mereka mencapai kadar pusing ganti kedua tertinggi untuk produk yang dijual secara digital di pasaran dan dianugerahkan UMKM EXPO(RT) BRILIANPRENEUR 2020 PMKS Terbaik.

"Klinik bimbingan oleh BRI telah memastikan kami mendigitalkan sepenuhnya perniagaan kami dengan mendorong kehadiran kami dalam beberapa pasaran dan media sosial. Anugerah berkenaan turut menyediakan kami dengan lebih kredibiliti, lalu menarik pasaran berpotensi domestik dan antarabangsa," kata Nenden Rospiyani, Pengasas Bersama dan Pemilik Restu Mande.

BRILIANPRENEUR 2021 akan turut menampilkan "MSMEs x Designer Auction" maya 10 hasil kerja pereka, yang mana hasil kutipan akan disumbangkan kepada Sahabat UMKM Foundation. Rancangan bual bicara akan disiarkan secara langsung di laman sesawang. Pengunjung boleh belajar daripada pihak berkepentingan pakar, dengan topik-topik bermula daripada pemasaran global hingga prosedur undang-undang dan inkuiri pentadbiran untuk mengeksport produk ke luar negara.

BRI akan menyediakan Anugerah PMKS dalam Pemadanan Perniagaan untuk PMKS Pendatang Baharu dan PMKS Urus Niaga Terbaik menerusi urus niaga berpotensi tertinggi; Ekspo Terbaik untuk kesediaan PMKS menuju digital dan dalam talian; dan PMKS Kegemaran berdasarkan kepada kempen media sosial. Pengiktirafan khas akan diberikan untuk menarik lebih ramai pembeli daripada 30 negara yang disasarkan di luar negara seperti "Aktiviti Pemadanan Perniagaan Tertinggi" dan "Urus Niaga Komitmen Tertinggi". 

Untuk mengambil bahagian dalam pameran maya, mendaftar atau memuat turun katalog, kunjungi www.brilianpreneur.com.

Source: Bank Rakyat Indonesia
Related Stocks:
Jakarta:BBRI OTC:BKRKY
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Small Business Services Trade show news Financial Technology Future Events