omniture

Ujian bahasa Inggeris Dikuasakan AI untuk Sektor Pengajian Tinggi & Korporat

Cambridge Assessment English
2021-12-14 14:26 202

SINGAPURA, 14 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Cambridge Assessment English, jabatan bukan untung University of Cambridge telah bekerjasama dengan Cambridge University Press untuk memperkenalkan Linguaskill. Diiktiraf secara global sebagai ujian bahasa Inggeris yang tepat, Linguaskill bertindak sebagai alat yang efektif untuk membantu majikan di seluruh Asia memastikan pasukan mereka memiliki kemahiran berbahasa yang diperlukan untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

Linguaskill from Cambridge - The accurate English Test with fast results
Linguaskill from Cambridge - The accurate English Test with fast results

Francesca Woodward, Pengarah Urusan Global, English of Cambridge University Press & Assessment, berkata: "Linguaskill membantu majikan merekrut individu dengan kemahiran berbahasa yang betul – bukan sekadar pengetahuan pasif dalam bahasa Inggeris, tetapi keupayaan untuk berkomunikasi dengan berkesan. Justeru itu, Linguaskill dibangunkan untuk memudahkan proses bagi menentukan kemahiran berbahasa pemohon pekerjaan, mengaudit kemahiran berbahasa kakitangan sedia ada untuk merancang dan menilai latihan."

Linguaskill dihasilkan oleh Cambridge Assessment English, pembangun peperiksaan utama di dunia untuk pelajar dan guru bahasa termasuk Cambridge English Qualifications dan IELTS. Ia meliputi empat kemahiran berbahasa yang penting – mendengar, bertutur, membaca dan menulis menggunakan kecerdasan buatan yang canggih bagi menyampaikan penilaian kemahiran berbahasa yang tepat dalam tempoh sesingkat 48 jam. Keputusan diselaraskan dengan Common European Framework of Reference (CEFR), piawaian global untuk menerangkan kebolehan berbahasa.

Sebagai respons kepada permintaan yang tinggi terhadap kemahiran bahasa Inggeris untuk tujuan pendidikan dan tempat kerja di seluruh dunia, Cambridge Assessment English telah membangunkan Linguaskill Test. Peperiksaan berasaskan komputer yang berteknologi tinggi ini, yang disampaikan dalam 2 versi (Linguaskill General dan Linguaskill Business) merupakan penyelesaian penilaian bahasa Inggeris inovatif yang dicari-cari oleh institusi pendidikan dan majikan.

Mengapa begitu?

  • Tepat: Linguaskill disokong oleh kajian Cambridge dan diuji oleh penutur lebih 40 bahasa dari 50 negara bagi memastikan kebolehpercayaan.
  • Adaptif: Ujian ini disesuaikan secara individu mengikut tahap keupayaan setiap calon, bagi memberi pengalaman yang diperibadikan.
  • Mudah: Linguaskill boleh dilaksanakan di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa dalam persekitaran ujian standard dan di bawah pengawasan standard.
  • Keputusannya pantas dan diiktiraf di peringkat antarabangsa: Anda akan menerima keputusan anda dalam tempoh 48 jam selepas menduduki ujian dengan keputusan segera untuk ujian Mendengar dan Membaca. Keputusan diiktiraf di peringkat antarabangsa kerana ia selaras dengan CEFR.

"Peperiksaan kami telah membantu lebih daripada 55 juta orang di seluruh dunia belajar bahasa Inggeris dan membuktikan kemahiran mereka kepada dunia manakala pengalaman dan kepakaran unik kami memposisikan Cambridge di kedudukan utama untuk membantu merapatkan jurang komunikasi di rantau Asia Pasifik. Tatkala Asia terus mengantarabangsakan, kemahiran bahasa Inggeris yang lebih mantap akan membantu perniagaan membuka peluang dan bersaing di pentas global. Linguaskill akan membantu organisasi merekrut individu yang tepat dan membentuk program latihan yang lebih berkesan," tambah Francesca Woodward.

Linguaskill mudah dilaksanakan untuk calon individu atau kumpulan kerana ia merupakan satu ujian untuk individu daripada semua peringkat bermula daripada peringkat asas hingga lanjutan. Ujian dalam talian berbilang peringkat ini turut memudahkan pengujian dengan membolehkan organisasi mengendalikan dan mengawasi di tempat mereka sendiri. Dalam tempoh 48 jam, pentadbir ujian boleh mengakses laporan yang komprehensif dan mendalam. Kepantasan laporan membolehkan organisasi membuat keputusan bermaklumat untuk merekrut calon dengan kemahiran berbahasa yang betul dan membantu individu memperbaiki kemahiran berbahasa mereka dari semasa ke semasa.

Syarikat-syarikat telahpun mengintegrasikan Linguaskill sebagai aspek teras dalam program latihan dalaman mereka. Beberapa kumpulan perbankan telah bekerjasama erat dengan Cambridge Assessment English bagi menetapkan standard bahasa Inggeris dalaman menerusi pelbagai peringkat pekerjaan dan Linguaskill digunakan untuk menapis calon-calon baharu serta menjadi alat untuk penilaian tahap kecekapan, sebagai standard untuk kenaikan pangkat dalaman. Ia telah menjadi pendorong yang sangat besar untuk kakitangan menghadiri program latihan bahasa.

Ketahui lebih lanjut mengenai Linguaskill: https://protect-eu.mimecast.com/s/lc37CKZXXu0W0V5Uvc8fd?domain=cambridgeenglish.org/

LATAR BELAKANG CAMBRIDGE ASSESSMENT ENGLISH

Cambridge Assessment English ialah penerbit dan pemilik bersama yang megah bagi IELTS, ujian bahasa Inggeris yang terkemuka di dunia untuk penghijrahan dan pengajian tinggi. Kami membantu berjuta-juta orang mempelajari bahasa Inggeris dan membuktikan kemahiran mereka kepada dunia. Sebagai sebahagian daripada University of Cambridge, kami menyediakan pelbagai kelayakan dan ujian yang terkemuka di dunia kepada pelajar dan guru bahasa Inggeris. Bagi kami, mempelajari bahasa Inggeris adalah lebih daripada sekadar peperiksaan dan gred. Ia melibatkan adanya keyakinan untuk berkomunikasi dan mengakses pengalaman dan peluang sepanjang hayat yang memperkayakan.

Sama ada anda merancang untuk menetap, bekerja atau belajar di negara anda sendiri atau di luar negara, kami boleh memberikan kemahiran bahasa Inggeris kepada anda untuk berjaya. Diiktiraf secara global oleh lebih daripada 25,000 universiti yang terkemuka, majikan dan kerajaan, penilaian kami yang berasaskan kajian merupakan lambang kecemerlangan yang membuka peluang. Usaha kami disokong di seluruh dunia oleh jaringan sebanyak 2,800 pusat peperiksaan, lebih 50,000 sekolah dan puluhan ribu pemeriksa, guru, pakar pendidikan dan penerbit. Dengan usahasama, kami memberi inspirasi kepada pelajar untuk melangkah lebih jauh. Dengan sokongan yang tepat, mempelajari bahasa merupakan suatu perjalanan yang menggembirakan. Kami bersama anda di setiap langkah perjalanan anda.

Source: Cambridge Assessment English
Keywords: Education Higher Education Not for profit Future Events