omniture

Pusat Beli Belah Terbesar Hong Kong, Harbour City Teruskan Sambutan Krismas dengan Hiasan Perayaan Berskala Besar dan Pameran Seni Bertema Snoopy

Harbour City Estates Limited
2021-12-14 14:36 249

HONG KONG, 14 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Paparan lampu Krismas luar tahunan di Harbour City, pusat membeli belah yang terbesar di Hong Kong merupakan tempat tarikan perayaan yang harus dikunjungi untuk pengunjung tempatan dan luar negara, mencipta banyak kenangan indah serta kejutan yang menggembirakan. Mulai sekarang hingga 2 Januari 2022, Harbour City telah berubah menjadi "Christmas Terminal" untuk pengunjung dan pembeli belah bagi memulakan perjalanan Krismas. Apa lagi? Snoopy telah melakukan perjalanan ke Hong Kong dari Amerika Syarikat dan telah memulakan perjalanan seni dan perayaan bersama kami.

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik: https://www.prnasia.com/mnr/HarbourCity_202112.shtml

 

Members of the public who made donations were invited to the Christmas lighting ceremony of Harbour City, Hong Kong’s largest mall.
Members of the public who made donations were invited to the Christmas lighting ceremony of Harbour City, Hong Kong’s largest mall.

Visitors enjoy the festive atmosphere and celebrate Christmas at Harbour City.
Visitors enjoy the festive atmosphere and celebrate Christmas at Harbour City.

Visitors appreciate exquisite Japanese crafts in the Snoopy Kyoto Art Voyage exhibition at the Gallery inside the mall.
Visitors appreciate exquisite Japanese crafts in the Snoopy Kyoto Art Voyage exhibition at the Gallery inside the mall.

Snoopy has travelled to Hong Kong to embark on a magical festive journey at Harbour City.
Snoopy has travelled to Hong Kong to embark on a magical festive journey at Harbour City.

Sambutan Krismas yang Rancak

Tahun ini, pengunjung boleh melihat hiasan luar Krismas berskala besar di perkarangan pintu masuk utama dan menikmati pemandangan yang mengagumkan Victoria Harbour yang ikonik. Harbour City turut menjemput 300 orang yang menderma kepada Hong Kong Blood Cancer Foundation (HKBCF) untuk mengambil bahagian dalam upacara pencahayaan Krismas pada 18 November.

Sejak tahun 2002, Harbour City bekerjasama dengan HKBCF untuk mengadakan kempen pengumpulan dana Krismas tahunan, mengumpul lebih daripada HK$30 juta bagi membantu pesakit kanser darah. Harbour City berharap dapat membawa keriangan dan menyebarkan kasih sayang kepada semua orang melalui inisiatif amal pada musim perayaan ini.

"Krismas sentiasa menjadi musim terbesar kami. Tahun ini, keadaan Covid di Hong Kong umumnya terkawal. Kami berupaya menyambut Krismas dengan set hiasan penuh kami dan menerusi beberapa promosi Krismas istimewa sekali lagi," kata Cik Yen Leng, Pengarah Eksekutif Wharf Estates Limited.

Mulakan Perjalanan Krismas Ajaib anda di "Christmas Terminal" Harbour City

Kebanyakan kita merindui keseronokan melancong. Tahun ini, pengunjung ke Harbour City akan disambut oleh "Christmas Terminal". Pengunjung boleh mendaftar masuk di pelbagai tempat foto, menyertai aktiviti dalam talian dan luar talian terhubung serta menikmati keistimewaan membeli belah dan hidangan Krismas bersama insan tersayang.

Perkhidmatan mengambil foto profesional disediakan kepada pengunjung di zon foto amal. Pengunjung juga boleh membeli cenderahati berbentuk biskut edisi terhad dan memilih perkhidmatan pembungkusan hadiah amal di Christmas Gift Shop.

Di samping itu, Harbour City melancarkan pek pelekat WhatsApp dan Signal serta permainan aplikasi mudah alih untuk pembeli belah mendapat hadiah segera selepas memburu dan mengumpul "Cookies Ornaments" ditetapkan di seluruh pusat membeli belah ini. Pembeli belah juga akan turut menerima tiket cabutan bertuah "Christmas Boarding Pass" untuk menikmati lebih 50 keistimewaan membeli belah apabila berbelanja.

Pelayaran Seni & Perayaan dengan Snoopy

Di samping hiasan Krismas luar, pengunjung dan pembeli belah boleh menyemak pameran Snoopy Kyoto Art Voyage: Experience Japanese Crafts - "Fabric, Paper, Gold, Painting and Ceramic di dalam pusat membeli belah ini di "Gallery by the Harbour" bagi mengalami kraf Jepun yang sangat menarik. Pencinta seni dan peminat Snoopy juga boleh menghargai dan membeli beberapa barang boleh kumpul seni Jepun terhad seluruh dunia dan cenderahati eksklusif. Tambahan pula, pengunjung boleh bermain "Merry Go Round" bersama Snoopy and Friends dan menyertai "Magic Christmas Party" di rumah Snoopy untuk mencipta kenangan foto.

#harbourcity #hcxmas #hcart

Muat turun siaran akhbar, foto dan video:
https://www.dropbox.com/sh/rzob64b6ushtxsk/AAC-PK7E5qV4LK0GHYVpjl_sa?dl=0

Pertanyaan Pelanggan: (852) 2118 8666 | Laman Sesawang: www.harbourcity.com.hk

Source: Harbour City Estates Limited
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Entertainment Retail Travel New products/services Not for profit