omniture

Yili Lancar Kilang Ais Krim Terbesar di Indonesia, Perluas Pengeluaran Joyday

Yili Group
2021-12-14 16:38 243
  • Kualiti terunggul memacu populariti dalam kalangan pengguna Indonesia. 
  • Menyasarkan untuk memperluas kehadirannya dalam pasaran global, Yili memberi tumpuan untuk memenuhi pilihan citarasa pengguna Asia Tenggara.

BANDAR BEKASI, Indonesia, 14 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Tanggal 10 Disember, fasa sulung Tapak Pengeluaran Yili Indonesia Dairy ("Yili Indonesia Dairy") mula beroperasi secara rasminya. Sebagai kilang pertama yang dibina oleh Yili Group di Asia Tenggara, tapak pengeluaran ini mengeluarkan ais krim Joyday sebagai produk utama dan produk-produk lain.

Yili Group strengthens its presence in Southeast Asian markets by launching its first self-built factory in Indonesia.
Yili Group strengthens its presence in Southeast Asian markets by launching its first self-built factory in Indonesia.

Setelah selesai dua fasa, tapak pengeluaran ini akan menjadi kilang ais krim yang terbesar di Indonesia, mengeluarkan lebih daripada empat juta produk ais krim setiap hari. Bagi menjamin tahap kebolehlihatan dan ketelusan yang tinggi, tapak ini dibuka kepada orang awam bilamana kilang ini beroperasi sepenuhnya dan pengguna boleh melihat seluruh proses pengeluaran apabila ia bermula.

Agus Gumiwang Kartasasmita, Menteri Industri di Indonesia, menghadiri majlis tersebut dan mengiktiraf usaha Yili untuk menyediakan ais krim yang lebih berkualiti tinggi kepada pengguna tempatan dengan memilih Indonesia sebagai tapak untuk membina tapak pengeluaran yang begitu canggih.

Kualiti terunggul memacu populariti dalam kalangan pengguna Indonesia 

Walaupun hanya tiga tahun lamanya sejak ia mula memasuki pasaran, ais krim Joyday telahpun dijual di seluruh negara di Indonesia. Pada bulan Jun 2021, Joyday diiktiraf dengan Choice of Customers Brand Award Info Brand 2021 daripada salah satu institusi penyelidikan jenama yang terkemuka di Indonesia.

"Rasa manis dan tekstur berais Joyday sangat menyeronokkan, membantu saya berehat daripada tekanan harian dan bersantai," kata seorang penduduk yang beratur untuk membeli Joyday di Jakarta.

Terdapat banyak perisa Joyday yang berbeza seperti Joyday Vanilla Milkshake, Joyday Cool Blueberry, dan bagi peminat keju, Joyday Crunchy Matcha Cheese yang mengadunkan dengan sempurna rasa ais krim teh hijau (matcha) yang sedap.

Berhubung bahan-bahan mentah, Joyday menggunakan sumber susu berkualiti tinggi yang disediakan oleh Tapak Pengeluaran Oceania Dairy, coklat berkualiti dari Switzerland dan bahan-bahan mentah serta tambahan yang diperoleh oleh Yili Indonesia Dairy.

Yili Launches Operation the Largest Ice Cream Plant in Indonesia, Expanding the Production of Joyday
Yili Launches Operation the Largest Ice Cream Plant in Indonesia, Expanding the Production of Joyday

Di Indonesia, produk Yili telah diterima dengan sangat baik oleh orang awam hasil daripada kualitinya yang tinggi, perisa yang enak dan imej jenama yang menarik, menurut media tempatan. Produk Joyday juga telah dieksport ke Singapura, Thailand dan Myanmar, antara negara-negara lain.

Pendekatan berorientasikan pengguna yang mantap bagi memenuhi pilihan citarasa setempat 

Bagi membantu menyediakan pengguna Indonesia dengan perkhidmatan dengan kualiti jauh lebih tinggi, Yili membuat keputusan strategik untuk menubuhkan sebuah kemudahan pengeluaran dan pusat inovasi yang menyasarkan pasaran Indonesia dan juga pasaran Asia Tenggara yang lebih luas.

Sebagai platform yang diwujudkan untuk memudahkan jalinan kerjasama berhubung inovasi bersama universiti-universiti dan institusi-institusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) di seluruh rantau ini, Pusat Inovasi Asia Tenggara Yili akan bekerjasama erat dengan pusat-pusat inovasi Yili yang tersebar di serata dunia.

Menghimpunkan secara bersama sumber global dengan cekap, Yili Indonesia Dairy akan memfokuskan untuk mengoptimumkan pengeluaran, R&D dan operasi pasarannya bagi memastikan penciptaan produk yang berkualiti tinggi dan diperibadikan.

Source: Yili Group
Related Stocks:
Shanghai:600887 Shanghai:60887.SS
Related Links:
Keywords: Beverages Food/Beverages Retail Corporate Expansion