omniture

DOKU perluas tawaran Indonesianya dalam perdagangan mudah alih menggunakan penyelesaian teknologi berpangkalan di Singapura daripada KADDRA

Kaddra Pte Ltd
2021-12-15 11:05 157

JAKARTA, Indonesia, 15 Disember 2021 /PRNewswire/ -- DOKU, gerbang pembayaran digital yang pertama dan terbesar di Indonesia telah menjalin kerjasama strategik dengan Kaddra, syarikat teknologi berpangkalan di Singapura yang memenangi anugerah yang menyediakan penyelesaian kesetiaan, perdagangan mudah alih dan pemasaran semula untuk jenama-jenama runcit & pengguna.

Pertumbuhan mengejutkan pembayaran digital telah membuka peluang baharu untuk PKS membangunkan perdagangan digital yang lebih mantap. DOKU berada di barisan hadapan trend ini dan melalui kerjasama baharu ini, akan menyediakan generasi penyelesaian semua dalam satu yang baharu kepada peniaganya.

Perdagangan mudah alih di Indonesia menyaksikan pertumbuhan 70% yang pesat dalam separuh pertama tahun 2021, lalu menjadikan Indonesia sebagai pasaran perdagangan aplikasi ketiga terbesar di dunia. DOKU telahpun menyokong beratus ribu perniagaan Indonesia untuk melangkah ke dunia digital dan kini kami akan membantu mendorong mereka menuju era baharu perdagangan mudah alih.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Operasi DOKU Nabilah Alsagoff berkongsi, "Tingkah laku pengguna Indonesia berkembang pada kadar yang luar biasa dan kami harus memastikan perniagaan tempatan diperlengkapkan untuk menangani cabaran ini. Kami teruja untuk bekerjasama dengan Kaddra dan memanfaatkan teknologi mereka untuk menyediakan alat yang diperlukan untuk PKS berkembang dengan perdagangan mudah termaju yang mereka mampu miliki."

Disepadukan sepenuhnya dengan gerbang pembayaran, penyelesaian mudah alih e-Runcit DOKU menyediakan segala-gala yang diperlukan oleh perniagaan, membolehkan peniaga meluaskan dan memanfaatkan kehadiran berasaskan web mereka kepada aplikasi mudah alih untuk pengurusan kedai di mana-mana sahaja. Kesetiaan untuk memberi insentif kepada pelanggan untuk membeli belah; perdagangan aplikasi dengan pembayaran dan penghantaran yang selamat demi Pengalaman-Pengguna yang lancar; dan enjin pemasaran untuk menyasarkan semula pembeli belah dengan pendekatan peribadi.

"Indonesia ialah epipusat bidang e-dagang yang berkembang pesat di Asia Tenggara dan penyelesaian e-Runcit baharu DOKU akan membentuk masa depan jualan digital di seluruh negara ini," kata Quentin Chiarugi, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kaddra. "Kami gembira dapat bekerjasama dan menyokong DOKU dalam usaha mereka untuk membawa penyelesaian digital yang ketara kepada peniaga mereka, menumpukan perhatian kepada kepentingan ekosistem semua-dalam-satu."

Latar Belakang DOKU

Ditubuhkan pada tahun 2007 sebagai sebuah syarikat pembayaran elektronik, DOKU merangkumi lebih 150 ribu kebanyakan peniaga B2B merentas industri-industri dan mereka merupakan satu-satunya syarikat yang memegang lima lesen operasi daripada Bank of Indonesia. Kelima-lima lesen berkenaan membolehkan DOKU menawarkan pelbagai penyelesaian seperti gerbang pembayaran, pemindahan dana domestik, kiriman wang rentas sempadan, pembayaran pengebil, e-wang dan e-dompet. Pelanggan boleh menggunakan e-dompet DOKU untuk membeli belah secara dalam talian dan luar talian, memindahkan wang kepada pengguna DOKU yang lain, mengeluarkan wang tunai, membuat pindahan bank, menambah nilai kredit telefon bimbit dan membayar bil.

Latar Belakang Kaddra

Kaddra ialah sebuah syarikat teknologi berpangkalan di Singapura yang memenangi anugerah dan menyediakan penyelesaian kesetiaan, perdagangan mudah alih dan pemasaran semula semua-dalam-satu, memperkasa muka kedai digital untuk perniagaan dalam lebih 20 industri. Memanfaatkan kuasa teknologi telefon pintar, Kaddra dapat meningkatkan pengekalan dan penglibatan, penjualan, jangkauan pemasaran dan khidmat pelanggan pada tahap yang belum pernah terjadi sebelum ini.

Hubungi: sales@kaddra.com 

Source: Kaddra Pte Ltd
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Retail Corporate Expansion Small Business Services