omniture

Korea Ginseng Association perkenal faedah fungsian ginseng Korea untuk peningkatan kesihatan hati

The Korea Ginseng Association
2021-12-15 15:44 130

SEOUL, Korea Selatan, 15 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Korea Ginseng Association mengumumkan bahawa ginseng Korea didaftarkan sebagai 'bahan fungsian untuk meningkatkan kesihatan hati' oleh Kementerian Keselamatan Makanan dan Ubat-ubatan.

photo provided : The Korea Ginseng Association
photo provided : The Korea Ginseng Association

Istilah "Bahan fungsian" merujuk kepada sifat makanan atau ramuan yang diiktiraf oleh Kementerian Keselamatan Makanan dan Ubat-ubatan, sebuah agensi kerajaan negara yang memantau keselamatan makanan dan makanan fungsian kesihatan di Korea.

Pengiktirafan oleh Kementerian Keselamatan Makanan dan Ubat-ubatan terhadap ginseng Korea sebagai 'bahan fungsian untuk meningkatkan kesihatan hati' adalah berdasarkan kepada kajian klinikal selama 5 tahun yang dijalankan oleh pasukan penyelidikan Geumsan Ginseng Herb Industry Promotion Institute.

Pasukan penyelidikan ini memberi ekstrak ginseng sebanyak 2.4g sehari selama 12 minggu kepada 60 orang lelaki dan wanita berumur antara 19 dan 70 tahun yang mana paras hati mereka agak tinggi sedikit berbanding julat normal. Selepas 12 minggu, ALT, yang meningkat dengan sel hati yang rosak, menurun sebanyak 15.67%.

Di samping itu, dalam kes penyakit hati berkaitan alkohol atau penyakit saluran hempedu, GT gama turut menurun sebanyak 5.93%, lantas menunjukkan peningkatan yang ketara. Hasil daripada kajian ini, faedah-faedah kesihatan ginseng Korea yang diiktiraf secara rasmi meningkat kepada 4 faktor: kesihatan tulang yang lebih baik, sistem imun, pemulihan keletihan dan kini kesihatan hati.

Para penyelidik mendapati bahawa memanaskan saponin ginseng dari masa ke masa dapat menghasilkan saponin dan sebatian gula amino seperti ginsenosida Rg3, Rg5 dan Rk1. Komponen-komponen ini menunjukkan kesan-kesan yang sangat baik dalam aktiviti bersifat antioksida, antikanser, peningkatan peredaran darah dan peningkatan daya ingatan. Khususnya, komponen polisakarida dalam ginseng diketahui bermanfaat dalam meningkatkan sistem imun.

Ban Sang-bae, presiden Korea Ginseng Association berkata, "Memandangkan ginseng Korea didaftarkan secara rasmi sebagai bahan fungsian kesihatan oleh Kementerian Keselamatan Makanan dan Ubat-ubatan, kemungkinan membangunkan pelbagai makanan fungsian kesihatan menggunakan ginseng dan cara untuk meningkatkan kebolehgunaan ginseng telah bermula. Saya berharap ramai orang akan memanfaatkan faedah ginseng untuk memastikan hati sihat."

Sementara itu, Korea Ginseng Association ialah sebuah syarikat di bawah bidang kuasa Kementerian Pertanian, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar Republik Korea. Tujuannya adalah untuk menggalakkan pembangunan industri ginseng yang sihat, demi mengglobalkan ginseng Korea. Anda boleh menemui maklumat terperinci mengenai ginseng Korea daripada laman sesawangnya. (http://korean-ginseng.org/en2/)

Source: The Korea Ginseng Association
Keywords: Food/Beverages