omniture

Jenama Doritos PepsiCo Menjemput Pengguna Sedunia Untuk Mencipta Iklan Dorito Masing-Masing Untuk Peluang Memenangi Hadiah Utama $1 Juta

PepsiCo
2013-09-12 18:00 277

-- Dua Finalis Akan Memenangi Peluang Bekerja dengan Marvel Studios di Set Filem Yang Sangat Dinanti-nantikan "Marvel's The Avengers: Age of Ultron"

PLANO, Texas, 12 September 2013 /PRNewswire/ -- Jenama Doritos PepsiCo menjemput para peminat seluruh dunia untuk mencipta iklan televisyen Doritos untuk peluang memenangi hadiah utama $1 juta (A.S.) dan peluang menyaksikan hasil kerja mereka ditayangkan di hadapan penonton televisyen global. Dua pemenang bertuah akan menyaksikan iklan mereka disiarkan untuk jutaan penonton dan berpeluang bekerja dengan Marvel Studios di set "Marvel's The Avengers: Age of Ultron," filem susulan yang sangat dinanti-nantikan untuk filem blokbuster "Marvel's The Avengers," yang menjadi filem yang ketiga paling untung dalam sejarah di seluruh dunia. Tambahan lagi, salah seorang pemenang akan dianugerahkan dengan hadiah utama $1 juta. Maklumat lanjut boleh didapati di www.doritos.com.

Peluang sulung untuk pembikin filem bercita-cita di serata dunia ini merupakan sebahagian daripada bahagian terbaharu pertandingan Doritos Crash the Super Bowl, yang telah diadakan selama tujuh tahun yang lalu di A.S. Sejak pertandingan ini bermula pada tahun 2007, pertandingan tahunan ini telah menjemput pengguna A.S. untuk mencipta dan menyerah iklan buatan sendiri bertempoh 30 saat yang menunjukkan cinta mereka terhadap cip kentang tortilla Doritos. Untuk pertandingan tahun ini, orang dewasa dari serata dunia di mana cip kentang tortilla Doritos dijual boleh bertanding untuk menyaksikan iklan mereka disiarkan semasa Super Bowl XLVIII  — permainan kejohanan tahunan Liga Bola Sepak Amerika Nasional yang menarik perhatian lebih 100 juta penonton secara tetap di A.S. dan dijangkakan menjadi salah satu siaran yang paling ditonton di seluruh dunia.

Panel hakim yang berkelayakan, termasuk para eksekutif jenama Doritos, profesional pengiklanan dan Stan Lee legenda daripada Pow! Entertainment —  pengerusi emeritus Marvel Studios dan pencipta Super Hero seperti Iron Man™, Spider-Man™ dan lain-lain — akan memilih lima iklan finalis. Akhirnya, dua iklan finalis akan disiarkan semasa siaran Super Bowl — satu akan dipilih melalui undian pengguna seluruh dunia di www.doritos.com dan satu lagi oleh jenama Doritos. Para pencipta kedua-dua iklan pemenang itu akan menerima peluang untuk bekerja di set "Marvel's The Avengers: Age of Ultron" dan iklan dengan jumlah undian paling banyak akan memenangi hadiah utama $1 juta untuk penciptanya. Pemenang kedua akan menerima $50,000 (A.S.).

"Kandungan menakjubkan tidak dibatasi sempadan geografi," kata Ann Mukherjee, timbalan presiden kanan dan ketua pegawai pemasaran, divisyen Frito-Lay PepsiCo. "Sebagai jenama yang merentasi 46 negara di enam benua, kami benar-benar tahu tidak kira di mana peminat kami berada, mereka semua semestinya ingin merebut peluang yang muncul dan memberi impak dengan cara yang paling menarik. Dengan Crash the Super Bowl, kami memberikan peluang sulung untuk para peminat seluruh dunia untuk berkongsi bakat dan kreativiti mereka pada arena pengiklanan terbesar dunia."

Sejak Crash the Super Bowl mula-mula diperkenalkan, jenama Doritos telah menyaksikan para pengguna mencipta lebih 20,000 penyerahan iklan dengan tempat pemenang senantiasa berkedudukan antara iklan Super Bowl yang paling diingati dan menjadi perbualan ramai. Hasilnya, para pencipta iklan pemenang yang berkedudukan teratas ini telah dianugerahkan jutaan dolar wang hadiah utama dan telah menerima kerja pengiklanan, perwakilan Hollywood dan pengalaman lain yang mengubah hidup berikutan kemenangan mereka.

Para pemenang tahun ini bakal memperoleh peluang yang mengubah kerjaya untuk bekerja dengan Marvel Studios di set "Marvel's The Avengers: Age of Ultron." Marvel Studios, divisyen Marvel Entertainment, menghasilkan filem berdasarkan buku komik yang paling terkenal dan ikonik di dunia. Dengan pustaka yang terdiri daripada lebih 8,000 watak, Marvel Studios telah mencipta francais filem blokbuster seperti "Iron Man," "The Incredible Hulk," "Thor," "Captain America," Marvel dan "Marvel's The Avengers." Marvel Entertainment ialah syarikat subsidiari yang dimiliki sepenuhnya oleh syarikat The Walt Disney Company.

"Bakat teras Marvel adalah untuk mencipta watak unik, menceritakan cerita yang menarik minat dan melibatkan para pembaca dalam cara paling menarik yang boleh, yang merupakan apa yang dilakukan pertandingan Crash the Super Bowl untuk para peminat Doritos dan menjadikan kerjasama ini sangat berkuasa," kata Stan Lee. "Para pemenang pertandingan ini akan mendapat peluang menakjubkan bukan sahaja untuk menyaksikan hasil kerja mereka disiarkan kepada jutaan penonton di Super Bowl, malah juga untuk menjadi sebahagian keluarga Marvel dan bekerja dengan bakat yang paling dinamik dalam industri hiburan hari ini."

Perluasan sedunia bagi pertandingan Crash the Super Bowl berlaku sewaktu komuniti pembikinan filem terus memperkukuh tapak globalnya, dengan pengarah dan artis yang bercita-cita seluruh dunia yang mencari peluang untuk menembusi dunia perniagaan hiburan dan meninggalkan tanda mereka. Dalam dekad yang lalu sahaja, jumlah perbelanjaan jualan terlaris telah meningkat sebanyak satu pertiga di Amerika Utara sambil jumlah perbelanjaan itu meningkat lebih sekali ganda di lain-lain bahagian dunia[1]. Dan dengan sekolah filem yang berkedudukan teratas berada di bandar seperti Beijing, Sydney, Munich, dan Prague, banyak sekali bakat sinematik sedang muncul dari serata dunia.

Setiap lima finalis Crash the Super Bowl akan memenangi jemputan ke Rutherford, N.J. untuk menghadiri Super Bowl XLVIII dan menyaksikan permainan itu dari suite mewah peribadi, di mana mereka bakal menonton permainan itu untuk mengetahui tempat finalis yang akan disiarkan untuk mendapat perhatian dunia. Tiga finalis iklan yang tidak disiarkan semasa siaran itu masing-masing akan memenangi $25,000 (A.S.). Siaran Super Bowl XLVIII dijadualkan pada hari Ahad, 2 Februari 2014, pada saluran FOX.

Sebagai salah satu jenama snek yang meneraju di dunia, Doritos dikenali di 46 negara dan enam benua. Dengan perisa yang termasuk Nacho Cheese dan Cool Ranch hinggalah Sweet Chili Pepper dan Tangy Cheese, portfolio Doritos sedunia sekarang menawarkan lebih 70 kepelbagaian unik.

Hubungan PepsiCo dengan NFL merupakan antara penajaan sukan syarikat itu yang paling lama dan paling berjaya. PepsiCo akan menggunakan kelebihan hubungannya dengan NFL untuk berhubung dengan para pengguna sepanjang musim itu dengan pengaktifan yang merentasi kebanyakan jenama makanan dan minuman terbesar syarikat itu, termasuk Pepsi, Tostitos, Quaker, Doritos dan Gatorade.

Tentang Marvel Entertainment
Marvel Entertainment, LLC, syarikat subsidiari yang dimiliki sepenuhnya oleh syarikat The Walt Disney Company, ialah salah satu syarikat hiburan berasaskan watak yang paling terkenal di dunia, yang dibina berdasarkan pustaka terbukti yang terdiri daripada lebih 8,000 watak yang dipaparkan dalam pelbagai media selama lebih tujuh puluh tahun. Marvel menggunakan francais wataknya dalam hiburan, pelesenan dan penerbitan. Untuk maklumat lanjut, sila lawati marvel.com

Tentang Doritos
Doritos ialah salah satu jenama yang meneraju daripada portfolio snek global PepsiCo (NYSE: PEP). Untuk mengetahui lebih lanjut tentang jenama Doritos, sila lawati laman webnya di www.doritos.com.

Tentang PepsiCo
PepsiCo ialah peneraju makanan dan minuman global dengan hasil bersih melebihi $65 bilion dan portfolio produk yang termasuk 22 jenama yang masing-masing meraih keuntungan lebih $1 bilion dalam jualan runcit tahunan. Perniagaan utama kami – Quaker, Tropicana, Gatorade, Frito-Lay dan Pepsi-Cola – menghasilkan ratusan makanan dan minuman yang digemari di serata dunia. Pekerja PepsiCo bersatu berdasarkan komitmen unik kami untuk pertumbuhan mampan dengan pelaburan terhadap masa hadapan yang lebih sihat untuk orang ramai dan planet kita, yang kami percaya juga bermaksud masa hadapan yang lebih berjaya untuk PepsiCo. Kami menggelar komitmen ini Prestasi Bertujuan: Janji PepsiCo untuk menyediakan pelbagai makanan dan minuman termasuk makanan ringan hinggalah makanan sihat; untuk mencari cara inovatif untuk meminimumkan impak kami terhadap persekitaran dengan menjimat tenaga dan air dan mengurangkan volum pembungkusan; untuk menyediakan tempat kerja yang hebat untuk rakan kerja kami; dan untuk menghormati, menyokong dan melabur terhadap komuniti tempatan di mana kami beroperasi. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.pepsico.com.

Ikuti PepsiCo:

SIARAN / CETAKAN / MEDIA TV: Video kualiti siaran, pegun foto dan maklumat akhbar boleh didapati untuk pratonton, dimuat turun dan dikongsi di www.magicbulletmedia.com/MNR/crashthesuperbowl

© 2013 Hak Milik NFL LLC. Semua tanda dagangan berkaitan NFL merupakan tanda dagangan Liga Bola Sepak Amerika Nasional.

[1] IHS Screen Digest, 2011

Source: PepsiCo
Related Stocks:
NYSE:PEP
Related Links:
Keywords: Entertainment Film & Motion Picture Food/Beverages Music