omniture

Menentang Sepsis untuk Selamatkan 800,000 Nyawa Setiap Tahun

World Sepsis Day Head Office
2013-09-13 01:32 431

BERLIN, 13 September 2013 /PRNewswire/ --

- Hari Sepsis Sedunia Kedua pada 13 September dengan penyertaan ramai seluruh dunia

Dengan lebih 100 acara di lebih 40 negara di setiap benua, sambutan Hari Sepsis Sedunia (WSD) tahun ini lebih hebat berbanding tahun lepas. Para penyokong Persekutuan Sepsis Global dan WSD 2013 di setiap negara mempunyai satu mesej: dengan melaksanakan garis panduan pencegahan dan pengurusan sepsis, peningkatan pesat bilangan kes sepsis boleh diperlahankan dan kadar kematian sepsis dikurangkan sebanyak 20% di seluruh dunia. Sepsis merupakan satu kecemasan. Pesakit yang menunjukkan simptom awal memerlukan diagnosis dan rawatan serta-merta, contohnya pemberian antibiotik dalam jam yang pertama.

Tindakan pencegahan berkesan, pengesanan awal dan rawatan segera masih belum dilaksanakan secara tekal, yang mengakibatkan peningkatan tahunan sebanyak 7% hingga 8% bilangan kes sepsis dan kadar kematian sebanyak 30%-40% di negara perindustrian. Setiap tahun, peratusan ini terdiri daripada kira-kira 25 juta kes sepsis dan 8 juta kematian yang merupakan beban ekonomi yang berat dan angka kematian manusia yang tragik.

Hari Sepsis Sedunia disokong oleh lebih 2,200 hospital, 180 persatuan kebangsaan dan antarabangsa, dan banyak organisasi bukan untung, semuanya bersatu dengan satu matlamat: untuk menyelamatkan 800,000 nyawa setiap tahun menjelang tahun 2020. Caranya: mengurangkan bilangan kes sepsis sebanyak 20% dan kadar kematian sebanyak 10% dengan melaksanakan garis panduan sepsis.

Latar belakang:

Sepsis ialah reaksi paling teruk terhadap jangkitan bakteria, virus atau fungus. Punca utamanya ialah pneumonia, jangkitan saluran kencing atau abdomen, dan jangkitan luka selepas pembedahan. Tindak balas keradangan badan terhadap patogen hilang kawalan, lalu mengakibatkan kerosakan tisu dan organ oleh sistem imun badan itu sendiri. Jika sepsis tidak dikesan dan dirawat dengan serta-merta, ia boleh menyebabkan renjatan, kegagalan organ berbilang dan kematian.

Maklumat lanjut: http://www.world-sepsis-day.org

Pejabat utama Persekutuan Sepsis Global
untuk Hari Sepsis Sedunia
Pusat Kawalan dan Rawatan Sepsis
Prof. Konrad Reinhart
Erlanger Allee 101
07747 Jena
Jerman
Tel:+49-3641-9323101  
Faks:+49--3641-9323102
Emel:office@world-sepsis-day.org
Pertanyaan akhbar kepada:
Anette Lejeune
Tel: +49-30-84370831  
Faks: +49-30-84370341
Bplus - PR
Mühlenstr. 38
14167 Berlin
Jerman
Emel:a.lejeune@bplus-gruppe.de

Sumber: Ibu Pejabat Hari Sepsis Sedunia

Source: World Sepsis Day Head Office
Keywords: Health Care/Hospital