omniture

GSMA Menyeru Agenda Keterhubungan Lebih Menyeluruh Untuk Mengatasi Cabaran Pertumbuhan, Pekerjaan Dan Persaingan Eropah

GSMA
2013-09-13 02:19 148

-- Eropah Memerlukan Rangka Kerja Kawal Selia dan Dasar Ramalan Yang Meningkatkan Pelaburan, Mewujudkan Pekerjaan Baharu dan Memacu Inovasi

LONDON, 13 September 2013 /PRNewswire/ -- Suruhanjaya Eropah hari ini mengumumkan usulnya untuk pembangunan pasaran telekomunikasi tunggal untuk Eropah. GSMA mengiktiraf komitmen dan pengkhususan Pesuruhjaya Kroes dan pasukan beliau dalam membangunkan usul ini dalam tempoh yang singkat sebelum tarikh akhirnya. Walau bagaimanapun, GSMA percaya pakej yang diumumkan oleh Suruhanjaya Eropah hari ini perlu menumpukan terhadap usaha yang menangani cabaran pertumbuhan, pekerjaan dan persaingan rantau itu.

"Suruhanjaya telah benar-benar mengenal pasti pelaburan yang dipertingkat dalam prasarana telekomunikasi Eropah diperlukan untuk memacu kemajuan merentasi semua sektor ekonomi tetapi, jika semua perkara diambil kira, pakej itu perlu melakukan lebih daripada itu untuk menyokong matlamat ini," kata Anne Bouverot, Ketua Pengarah, GSMA. "Pendekatan yang lebih teliti dan menyeluruh diperlukan dan industri mudah alih bersedia untuk menyumbang ke arah usaha membangunkan agenda perkongsian bercita-cita untuk menguatkan ekonomi digital Eropah."

Komunikasi yang disertakan dengan pakej itu mengenal pasti dengan betul tempat yang masih memerlukan kemajuan, termasuk kawasan seperti penyatuan, pembatalan kawal selia dan layanan kawal selia setara syarikat yang menyediakan perkhidmatan setara daripada segi fungsi. Ini semua merupakan isu penting yang perlu ditangani secepat yang mungkin. Kawal selia itu sendiri termasuk beberapa unsur positif, secara ketaranya berkenaan spektrum, tetapi terdapat beberapa bidang kepentingan yang berisiko menjejaskan kepastian, kejelasan and ketekalan kawal selia, untuk para pengguna dan perniagaan. Secara keseluruhan, GSMA percaya usul tersebut terjejas akibat keperluan memacu prosedur untuk selari dengan rentak yang ditetapkan oleh jadual legislatif.

Minggu lepas, GSMA mengeluarkan laporan, "Ekonomi Mudah Alih Eropah 2013"(1), yang mengesahkan Eropah telah kehilangan kelebihannya dalam mudah alih dan kini kurang berprestasi secara signifikan berbanding ekonomi maju yang lain termasuk Amerika Syarikat dan kawasan Asia. Laporan itu mengetengahkan pendapatan berpotensi besar untuk ekonomi Eropah sementara teknologi mudah alih mengubah secara meningkat sektor seperti kesihatan, pendidikan, pengangkutan dan tenaga. Untuk memaksimumkan potensi pembangunan ini, industri memerlukan rangka kerja kawal selia dan dasar ramalan untuk telekomunikasi yang meningkatkan pelaburan, mewujudkan pekerjaan baharu dan memacu inovasi.

"Pembentukan semula pada hari ini akan menetapkan konteks untuk pelaburan dan inovasi dalam ekonomi digital Eropah untuk sepuluh tahun akan datang," kata Bouverot lagi. "Penting untuk kita melaksanakannya dengan betul dan proses ini patut menyertakan ulasan menyeluruh rangka kerja kawal selia yang kian tamat tempohnya untuk telekomunikasi di Eropah. Dasar yang betul merupakan dasar yang menggalakkan pelaburan, membolehkan inovasi dan membantu membina keyakinan pengguna. Kami akan terus menyokong usaha untuk membangunkan dasar ini untuk membantu memacu Eropah ke arah masa hadapan yang terhubung yang memenuhi jangkaan perniagaannya dan penggunanya."

Nota kepada Editor:  
(1) Laporan Ekonomi Mudah Alih Eropah menyediakan analisis menyeluruh tentang industri komunikasi mudah alih merentasi Eropah menjelang Jun 2013. Laporan ini telah disediakan oleh GSMA Intelligence dan berdasarkan data GSMA Intelligence serta permodelan impak ekonomi daripada Kumpulan Perunding Boston. Laporan ini menumpukan terhadap pasaran dalam 27 Negara Ahli Kesatuan Eropah (EU) tetapi tidak meliputi Croatia secara jelas, yang menyertai Kesatuan Eropah pada bulan Julai 2013. Laporan penuh boleh didapati di www.gsma.com/mobileeconomyeurope

Tentang GSMA
GSMA mewakili kepentingan para pengendali mudah alih seluruh dunia. Merentasi lebih 220 negara, GSMA menyatukan hampir 800 pengendali mudah alih dunia dengan 250 syarikat dalam ekosistem mudah alih yang lebih luas, termasuk pembuat telefon bimbit dan peranti, syarikat perisian, penyedia peralatan dan syarikat Internet, serta organisasi dalam sektor industri seperti perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, media, pengangkutan dan kemudahan. GSMA juga menghasilkan acara yang meneraju industri seperti Kongres Dunia Mudah Alih dan Ekspo Asia Mudah Alih. 

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web korporat GSMA di www.gsma.com. Ikuti GSMA pada Twitter: @GSMA. 

Source: GSMA
Related Links:
Keywords: Computer Software Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Economic news, trends, analysis European Government Survey, Polls & Research