omniture

Quectel Tambahkan Teknologi Lokasi IoT Besar-besaran Polte kepada Portfolio Modul LPWA

Penggabungan teknologi lokasi IoT Besar-besaran Polte kepada portfolio modul LPWA Quectel akan membolehkan pembangun mencapai kecerdasan lokasi yang lebih selamat, tepat dan tersedia secara global untuk penjejakan aset merentas industri-industri.
Quectel
2021-12-16 10:23 67

SHANGHAI dan DALLAS, 16 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Quectel Wireless Solutions, pembekal global bagi modul dan antena IoT mengumumkan sokongan kepada Polte, penginovasi bagi teknologi Lokasi Awan melalui Selular (C-LoC), kepada portfolio modul LPWAnya. Quectel akan menggabungkan keupayaan SuperRes Polte kepada modul BG77x dan BG95x bagi menawarkan lokasi yang selamat, tepat dan global untuk penentududukan dalaman dan luaran.

Polte akan menyampaikan kepada pelanggan Quectel:

  • Keselamatan yang dipertingkat melalui pemunggahan kekompleksan pengkomputan ke awan melalui seni bina pinggir-ke-awan berpaten daripada Polte.
  • Lebih daripada 10x lebih tepat keupayaan penentududukan selular berbanding penyelesaian selular yang kompetitif untuk penjejakan aset IoT Besar-besaran.
  • Penentududukan global dalaman dan luaran, tanpa mengira pengendali rangkaian mudah alih, tanpa memerlukan penggunaan infrastruktur tambahan.
  • Kecekapan kuasa dan penjimatan kos yang lebih besar berbanding dengan teknologi lokasi tradisional yang lain seperti GPS, Wi-Fi atau Bluetooth.

BG770, BG950 dan BG951 Quectel merupakan modul LPWA sangat kompak yang menyokong LTE Cat M1, LTE Cat NB2 serta menyepadukan GNSS. Ketiga-tiga modul ini mematuhi sepenuhnya spesifikasi 3GPP Rel-14 dan menyediakan kadar data maksimum 588 kbps paut turun dan 1119 kbps paut naik. BG770 memiliki faktor bentuk SMT 14.9 mm × 12.9 mm × 1.9 mm sementara modul BG950 dan BG951 Quectel memiliki faktor bentuk SMT 23.6 mm × 19.9 mm × 2.2 mm. Ketiga-tiga modul ini membawakan penggunaan kuasa yang sangat rendah, mencapai sehingga 70% pengurangan kebocoran mod penjimatan kuasa (PSM) dan 85% pengurangan dalam penggunaan semasa penerimaan tak selanjar lanjutan (eDRX) berbanding dengan modul terdahulu.

Hanya dengan memanfaatkan infrastruktur selular 4G/5G merata dan pengkomputeran awan, teknologi unik Polte membolehkan penjejak aset IoT Besar-besaran digabungkan dengan modul LPWA Quectel bagi menyampaikan kelebihan daya saing yang signifikan kepada penjejak yang mungkin sebaliknya memerlukan penggabungan teknologi tradisional bagi mencapai kebolehlihatan yang serupa. Polte dan Quectel secara bersama akan membawa kebolehlihatan aset sejagat kepada pelbagai jenis aset, seperti bungkusan atau palet dalam rantaian bekalan, memandangkan ia diangkut antara trak dan diagihkan ke destinasi-destinasi runcit.

"Kami berdedikasi terhadap inovasi yang berterusan dan meningkatkan apa yang mungkin dengan penjejakan aset untuk pelanggan kami," kata Naib Presiden Produk Quectel Neset Yalcinkaya. "Dengan teknologi Polte, kini pelanggan kami akan mendapat akses kepada ketepatan yang utama dalam industri untuk pandangan dalaman dan luaran secara global tanpa mengorbankan kuasa, kos atau keselamatan. Kami berharap dapat menyokong keupayaan SuperRes Polte dan membantu menjejaki pelanggan bagi membina dunia yang lebih pintar."

"Kami teruja untuk bekerjasama dengan Quectel bagi membawakan teknologi lokasi IoT Besar-besaran kami kepada pelanggan mereka," kata Ketua Pegawai Eksekutif Polte Ed Chao. "Konsep kebolehlihatan aset sejagat sepatutnya ringkas. Dengan rantaian bekalan global yang semakin mencabar, pengurus pengangkutan dan logistik memerlukan kebolehlihatan dalam aset mereka yang paling kritikal di semua peringkat perjalanan mereka untuk benar-benar meraih faedah daripada peranti terhubung, termasuk kecekapan operasi yang lebih baik dan pembuatan keputusan yang proatif. Dengan perkongsian yang baharu ini, kami membantu menjadikan kecerdasan lokasi 'di mana-mana' sebagai standard untuk penyelesaian perusahaan."

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai modul-modul BG770, BG950 dan BG951 serta rangkaian modul dan antena Quectel yang lebih luas, kunjungi www.quectel.com.

Latar Belakang Quectel: 

Kesungguhan Quectel terhadap dunia yang lebih pintar mendorong kami untuk mempercepatkan inovasi IoT. Sebuah organisasi yang amat bertumpu pelanggan, kami mencipta modul dan antena selular dan GNSS unggul yang disokong oleh sokongan dan perkhidmatan yang cemerlang. Pasukan global kami yang semakin berkembang dengan lebih 3000 ahli profesional, yang terbesar dalam industri modul IoT di seluruh dunia, memastikan agar kami menjadi yang pertama untuk memasarkan dan terus mengatur langkah pembangunan. Tersenarai di Shanghai Stock Exchange (603236.SS), kepimpinan antarabangsa kami dikhususkan untuk memajukan IoT ke serata dunia.

Untuk maklumat lanjut sila lihat: www.quectel.com, LinkedIn, Facebook dan Twitter

Latar Belakang Polte: 

Polte, penginovasi bagi teknologi Lokasi Awan melalui Selular (C-LoC), menyediakan penyelesaian lokasi IoT dalaman dan luaran berkos rendah serta disruptif yang memperkasa perusahaan dengan kebolehlihatan masa sebenar yang belum pernah terjadi sebelum ini kepada semua hal yang penting. Memanfaatkan isyarat selular 4G dan 5G global, Polte mentransformasikan apa yang mungkin dengan penjejakan aset dengan memacu kebolehcapaian yang dipertingkat dan kepantasan lebih tinggi menuju ROI untuk rantaian bekalan, logistik, pembuatan dan pelbagai sektor yang lain. Untuk maklumat lanjut, kunjungi kami di www.polte.com atau terus nantikan perkembangan terkini dengan segala-gala Polte dengan mengikuti kami di Twitter, Facebook dan LinkedIn.

Source: Quectel
Related Stocks:
Shanghai:603236
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Licensing/marketing agreements