omniture

SSI SCHAEFER Dijadualkan untuk membuka Tempat Simpanan Sejuk Automatik Terbesar Singapura Di Tee Yih Jia Food Hub pada suku pertama 2022

SSI Schaefer
2021-12-16 11:27 107

SINGAPURA, 16 Disember 2021 /PRNewswire/ -- SSI SCHAEFER, peneraju bertaraf global bagi penyelesaian gudang dan logistik, serta Tee Yih Jia Food Manufacturing Pte Ltd ("Tee Yih Jia" atau "TYJ"), pengeluar makanan sejuk beku yang terkemuka, bersedia untuk melancarkan kemudahan penyimpanan gudang ruang tinggi salut-rak automatik yang terbesar di Singapura pada suku pertama tahun 2022 di kemudahan pengeluaran baharu Tee Yih Jia yang bernilai $450 juta di Senoko – "Tee Yih Jia Food Hub".

Kemudahan Tee Yih Jia yang akan datang ini terdiri daripada tiga gudang — dua bilik sejuk dan satu stor kering suhu ambien — dan membawakan gudang ruang tinggi salut rak dengan sistem penyimpanan dan pemerolehan automatik (ASRS) yang membolehkan penempatan dan pemerolehan muatan berjumlah tinggi secara automatik dari lokasi simpanan TYJ.

Meliputi lebih daripada 100,000 kedudukan palet pada rak simpanan sejuk beku, kilang makanan dan kemudahan penyimpanan gudang TYJ terletak di kawasan tanah berkeluasan 40,000 m². Ia dipasang dengan 15 kren SSI EXYZ yang dianggarkan mampu menggerakkan sehingga 300 palet setiap jam dengan teknologi automasi.

Kerjasama ini terjalin ekoran lonjakan automasi gudang di seluruh rantau Asia-Pasifik. Pasaran sistem penyimpanan dan pemerolehan automatik (ASRS) APAC diramalkan berkembang dengan CAGR kira-kira 10% antara tahun 2021 dan 2026. Pertumbuhan ini menonjol dalam industri makanan dan minuman (F&B) kerana syarikat-syarikat mengiktiraf kelebihan yang disediakan oleh sistem ASRS dan meningkatkan tumpuan ke arah penerimaan pasaran.

"Automasi logistik telah berada dalam keadaan aliran menarik perhatian orang ramai selama beberapa tahun dan COVID-19 hanya mempercepatkan trajektori ini. Dengan F&B, farmaseutikal dan eDagang berkembang dengan pesat, pengendali rantaian sejuk dan penyedia perkhidmatan logistik perlu mengembangkan gudang mereka bagi menyokong rantaian bekalan yang mantap dan tanpa gangguan. Ketika kami beralih ke arah generasi logistik pintar yang seterusnya, organisasi-organisasi APAC perlu menggabungkan robotik dan perisian kecerdasan agar dapat menyaingi dinamik pasaran yang berubah-ubah dan memenuhi kehendak masa kini dan masa depan," kata Xavier Perello Pairada, Naib Presiden Kanan, ketua Rantau APAC & MEA di SSI SCHAEFER.

Menyelesaikan cabaran gudang dengan teknologi SSI SCHAEFER

Sebagai peneraju sistem simpanan global, SSI SCHAEFER menyediakan pelbagai jenis penyelesaian automasi gudang untuk menangani cabaran biasa yang dihadapi oleh pengendali rantaian sejuk dan penyedia logistik. Bagi mereka yang memiliki ruang menegak atau mendatar yang terhad, teknologi gudang ruang tinggi salut rak SSI SCHAEFER menawarkan kepadatan penyimpanan yang tinggi, akses terus ke setiap artikel, kelajuan pemprosesan yang pantas, keandalan dan penggunaan ruang yang optimum.

Dalam gudang, Mesin Penyimpanan dan Pemerolehan SSI EXYZ ialah sistem penyimpanan dan pemerolehan automatik sepenuhnya (ASRS) yang menyampaikan pergerakan cekap pada paksi X-, Y- dan Z-. Sesuai untuk persekitaran sejuk beku lampau serendah -30°C, SSI EXYZ mengupayakan penyimpanan dan pemerolehan pantas dalam ruang yang terlalu sejuk untuk dikendalikan oleh manusia.

Sementara itu, Kenderaan Terpandu Automatik mengoptimumkan dan mengautomasikan aliran bahan, bermula daripada mengambil palet sumber daripada penyampai dan menghantarkannya kepada pengambil untuk penyatuan pesanan — kesemuanya sambil meminimumkan risiko kesilapan manusia. Barang-barang ini juga ditandakan bagi tujuan penjejakan dan pengesanan item yang mudah.

Menyedari bahawa setiap cabaran syarikat adalah unik, SSI SCHAEFER membangunkan penyelesaian tersuai untuk keperluan setiap organisasi.

Memandangkan semakin banyak perniagaan mencari penyelesaian automasi gudang, SSI SCHAEFER berkedudukan baik untuk membantu meningkatkan pengurusan dan kecekapan rantaian bekalan, meningkatkan keselamatan dan penyimpanan makanan, mengurangkan kerugian pendapatan akibat kerosakan dan mewujudkan persekitaran yang lebih selamat untuk pekerja.

Latar Belakang SSI SCHAEFER 

SSI Schaefer Group ialah penyedia penyelesaian pergudangan modular dan logistik yang terkemuka di dunia. Menggaji seramai 10,500 pekerja merentas enam benua, SSI Schaefer membangunkan dan melaksanakan jawapan khusus-industri yang inovatif terhadap cabaran unik pelanggan mereka dengan mereka bentuk, membangunkan dan mengeluarkan sistem untuk gudang, loji perindustrian, bengkel dan pejabat. SSI Schaefer juga merupakan penyedia yang terkemuka bagi perisian modular yang dikemas kini secara tetap untuk aliran bahan dalaman. Direka bentuk oleh pasukan mantap yang terdiri daripada 1,100 jurutera, tawaran IT yang luas daripada SSI Schaefer termasuk produk WAMAS® dan SAP, menyampaikan sokongan yang lancar untuk kesemua proses aliran gudang dan bahan.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.ssi-schaefer.com/en-sg

Latar Belakang Tee Yih Jia Group 

Tee Yih Jia Food ialah pengeluar makanan sejuk beku yang terkemuka di Singapura, mengeksport lebih daripada 90% produk Spring Home terkenalnya ke lebih daripada 80 negara di Eropah, Amerika Utara, Afrika Selatan, Timur Tengah dan Asia Pasifik.

Menyediakan produk yang berkualiti tinggi dan inovatif memacu TYJ. Jenama utamanya, Spring Home, menawarkan rangkaian produk makanan mudah beku yang luas. Portfolio jenama TYJ terdiri daripada Happy Belly, Masterchef dan Ryushobo, menyasarkan untuk menawarkan pengguna dengan pengalaman makanan yang sihat dan produk makanan sejuk beku khusus dengan mudah.

Keselamatan makanan merupakan teras bagi segala-gala yang dilakukan oleh TYJ. Komitmen TYJ untuk mendukung kualiti produk dan standard kebersihan yang ketat kekal menjadi perkara asas dalam operasinya.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://tyjfood.com/

Source: SSI Schaefer
Keywords: Beverages Computer/Electronics Food/Beverages Transportation Corporate Expansion New products/services