omniture

Christopher Lee diumum sebagai duta jenama Jian Xia Qing Yuan R

VNGGames
2021-12-16 13:58 47

BANDAR RAYA HO CHI MINH, Vietnam, 16 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Christopher Lee telah diumumkan sebagai duta jenama Jian Xia Qing Yuan R pada penghujung November lalu. Pelakon ini, yang sangat terkenal dengan himpunan filem dan drama seni pertahanan diri beliau, kini ditemani oleh pelanduk dua serupa beliau menerusi model 3D dalam perjalanan menuju dunia Jian Xia Qing Yuan.

Ini merupakan kali pertama seumpamanya beliau muncul bersama model maya diri beliau sendiri dalam iklan dan kolaborasi kedua antara Christopher Lee dan VNGGames – salah satu penerbit permainan Vietnam yang terbesar.

Christopher Lee merupakan duta Jian Xia Qing Yuan R.
Christopher Lee merupakan duta Jian Xia Qing Yuan R.

Sepanjang kerjaya beliau selama lebih 20 tahun, Christopher Lee telah berkhidmat dalam banyak genre filem. Beliau turut melakonkan banyak watak dalam dunia hiburan. Walau bagaimanapun, kebanyakan peminat beliau mengenali beliau sebagai salah seorang pelakon yang paling mengagumkan dalam bidang drama purba. Dengan tenaga yang dibawakan itu, Christopher Lee merupakan pilihan yang terbaik untuk peranan duta Jian Xia Qing Yuan R.

Jian Xia Qing Yuan R ialah nama terakhir daripada siri permainan dalam talian popular Jian Xia Qing Yuan. Ia menghasilkan semula versi asal sepenuhnya daripada sudut visual & overhed 2D, corak permainan & pendudukan klasik, plot, runut bunyi dan butiran lain. Ia turut mengekalkan beberapa mekanisme paling digemari sepanjang zaman: PK percuma, unsur Wuxing dan terutamanya sistem perdagangan percuma yang juga merupakan ciri paling terkenal dalam siri JX dan sangat sukar ditemui dalam pasaran MMORPG pada masa kini.

Sebelum menuju ke Singapura dan Malaysia, Jian Xia Qing Yuan R dilancarkan di Vietnam, China dan Taiwan. Antara banyak permainan video dengan gaya yang mengikut perkembangan terbaharu, Jian Xia Qing Yuan R telah menakluki berjuta-juta pemain di negara-negara berkenaan menerusi ciri-cirinya yang klasik namun istimewa. Ia telah disenaraikan sebagai salah satu permainan MMORPG yang paling digemari di Viet Nam dan salah satu produk terbaik VNGGames.

Baik peminat permainan ini mahupun Christopher Lee kini teruja untuk menyertai aktiviti-aktiviti prapendaftaran di https://jxqy.onelink.me/GAu0/pr dan mengira detik menuju tarikh Beta Terbuka pada bulan Januari.

 

Source: VNGGames
Keywords: Electronics Gaming Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications