omniture

Dr. Rongxiang Xu, Pemilik Paten AS untuk Laluan Saintifik "Pertumbuhan Semula Organ Rosak" yang Digalakkan oleh Presiden Obama, Mencipta "Sel Pertumbuhan Semula Berpotensi" (PRC)

Dr. Rongxiang Xu
2013-09-16 09:08 196

LOS ANGELES, 16 September 2013  /PRNewswire/ -- Dr. Rongxiang Xu, pengasas "sains pemulihan pertumbuhan semula tubuh manusia" dan seorang saintis sains hayat serta perubatan yang terkemuka mengumumkan yang beliau telah mendapat kelulusan paten baharu (Keutamaan: US10/004,103, 30 Oktober, 2001; Nombor Paten: ZL200610153824.8) oleh Pejabat Harta Intelek Negara P.R. China (SIPO) bagi ciptaan beliau yang dinamakan "Sel Pertumbuhan Semula Berpotensi" (PRC), yang bermakna ini menegaskan kewujudan dan fungsi PRC dalam tubuh manusia dan pengesahan lanjut untuk potensi pertumbuhan semula yang semula jadi dalam manusia serta asal-usulnya. Dr. Xu telah mendapat kelulusan beberapa paten (termasuk US6991813) di Amerika Syarikat sejak 2004 untuk laluan saintifik beliau dan aplikasi paten platform untuk "mengkulturkan PRC menjadi sel stem pluripoten dan menumbuhkan semula organ rosak," di mana laluan "pertumbuhan semula organ rosak" dikenal pasti sebagai keutamaan dalam pembangunan sains hayat dalam Ucapan Rasmi Presiden dalam Negara 2013 oleh Obama.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130912/LA78368-a)

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130912/LA78368-b)

Dalam tubuh manusia, PRC ialah sel tisu dewasa yang boleh bertukar kepada keadaan berfungsi sel stem pluripoten; PRC boleh bertukar menjadi sel stem pluripoten melalui kultivasi dalam tabung uji atau dalam badan manusia; PRC boleh diaktifkan, sama ada dalam badan atau dalam tabung uji, bagi menyerlahkan fungsi sel stem pluripoten dan menumbuhkan semula organ tisu berfungsi. "Sel Pertumbuhan Semula Berpotensi" ialah ciptaan revolusioner dalam pembangunan sains hayat manusia.

"PRC" ialah entiti hidup boleh tumbuh semula yang terpendam dalam badan manusia. Dengan mengaktifkan dan menyuburkan fungsinya, setiap organ boleh menjana hidup tumbuh semulanya sendiri, menggunakan kemampuan pertumbuhan semulanya sendiri bagi melindungi, menyelamatkan, memulihkan dan memudakan semula organ itu sendiri, satu proses yang dianggap tidak mungkin sebelum ciptaan Dr. Xu. Membolehkan "PRC" memberi kesan dengan kultivasi dalam tubuh manusia telah diaplikasikan secara amali secara berkadar selama 29 tahun, dengan ribuan pesakit ulser dan luka kebakaran telah diselamatkan di 73 negara. Pemulihan dengan pertumbuhan semula untuk organ dalaman berpenyakit manusia dan rejuvenasi pertumbuhan semula organ yang menua telah berlaku di banyak negara. "Tujuan 'Pengumuman untuk teknologi pertumbuhan semula organ yang berjaya untuk manusia' yang saya umumkan pada bulan Jun 2013 adalah untuk memaklumkan orang ramai tentang teknologi saintifik yang ada bagi menumbuhkan semula dan memulihkan organ yang rosak atau tua," kata Dr. Xu.

Permohonan paten untuk "Sel Pertumbuhan Semula Berpotensi" dan "laluan saintifik pertumbuhan semula organ rosak" tertakluk pada platform paten yang sama yang difailkan dengan keutamaan di AS pada tahun 2002. Menurut strategi Dr. Xu bagi melindungi harta intelek beliau, pemeriksaan menyeluruh untuk permohonan paten bagi laluan saintifik pertumbuhan semula organ yang dilakukan oleh PRC mula-mula telah difailkan dengan Pejabat Paten dan Tanda Dagang Amerika Syarikat ("USPTO") pada tahun 2002, permohonan paten beliau untuk Sel Pertumbuhan Semula Berpotensi telah difailkan dengan SIPO China untuk pemeriksaan menyeluruh pada tahun 2002. Sekitar tahun 2005-2006, USPTO meluluskan beberapa paten kepada Dr. Xu untuk kaedah kultur PRC serta laluan saintifik untuk "penukaran PRC menjadi sel stem pluripoten dalam badan manusia bagi menumbuhkan semula tisu dan organ fisiologi". Sebaliknya pula dengan SIPO China yang mengaturkan jawatankuasa khusus bagi menjalankan penelitian ketat PRC untuk tujuan yang telah dinyatakan sebagai, dalam sejarah sains hayat, tidak ada maklumat rujukan yang ada untuk istilah dan fungsi "Sel Pertumbuhan Semula Berpotensi" yang diaplikasi oleh Dr. Xu. Daripada penegasan kepada penolakan menjadi penegasan semula, SIPO telah terus menjalankan kaji semula yang ketat dan mengharungi perdebatan selama 11 tahun dengan Dr. Rongxiang Xu, dan akhirnya meluluskan paten itu pada 28 Ogos 2013, menegaskan kewujudan dan fungsi PRC dalam badan manusia yang boleh membawa kepada penemuan dan ciptaan sejenis sel soma dalam badan manusia yang boleh mendorong fungsi sel stem pluripoten. Dengan mengaplikasikan proses kultivasi Dr. Xu, manusia boleh mengaktifkan secara langsung jenis sel ini bagi mendorong fungsi sel stem pluripoten untuk memulihkan satu organ apabila ia rosak atau berpenyakit dan ini akan membawa manfaat besar kepada umat manusia.

Agar orang ramai dapat memahami sumbangan saintifik daripada faedah PRC, Dr. Xu memberikan penerangan lanjut untuk soalan-soalan berikut:

S. Apakah perbezaan antara "PRC" dengan konsep sel stem manusia?

J. Seperti yang ditunjukkan dalam primer sel stem (NIH, Mei 2000), sel stem ialah sel yang boleh sentiasa mengekalkan fungsi pertumbuhan pesat dan pembezaan sewaktu pembentukan embrio dan selepas kelahiran tubuh manusia. Sel yang dapat berkembang menjadi tubuh badan manusia dinamakan sel totipoten; sel yang hanya mampu berkembang menjadi tisu fisiologi dan organ pula dinamakan sel stem pluripoten; dan sel yang meneruskan fungsi perkembangan pesat dan pembezaan selepas kelahiran ialah sel stem dewasa.

Sebaliknya, "PRC" ialah sel soma yang wujud dalam tisu organ manusia dewasa. Sebagai sel tisu biasa, "PRC" biasanya tidak menunjukkan fungsi pertumbuhan pesat dan pembezaan, namun begitu, apabila satu organ atau tisu telah rosak (keadaan kehilangan fungsi), "PRC" terus bertukar dalam badan manusia itu sendiri menjadi sel stem pluripoten dan menumbuhkan semula sel, tisu dan organ yang diperlukan dalam badan manusia itu sendiri dan selepas proses itu, "PRC" akan bertukar semula menjadi sel soma dan terpendam dalam tisu dan organ. "PRC" ialah entiti bebas yang wujud sejak lahir dalam tubuh badan manusia, dan merupakan "ibu" segala sel stem boleh tumbuh semula bagi manusia, serta sel pertumbuhan semula bantuan untuk pertumbuhan semula organ dan tisu yang ditinggalkan oleh proses semula jadi sesudah manusia itu diciptakan.

S. Apakah perhubungan antara "PRC" dengan "laluan saintifik pertumbuhan semula organ rosak"?

J. "Laluan saintifik pertumbuhan semula organ rosak" yang dipatenkan adalah seperti berikut: sel tisu dalam organ manusia bertukar dalam badan manusia itu sendiri menjadi sel stem pluripoten dan kemudian menumbuhkan semula sel, tisu dan organ-tisu yang baharu bagi memulihkan organ yang rosak tersebut serta fungsi yang berkaitan. "PRC" ialah sumber asal untuk pertumbuhan semula, dan merupakan batu asas laluan saintifik ini. Jika tiada "PRC", maka tiadalah laluan saintifik untuk "pertumbuhan semula organ rosak".

S. Apakah perbezaan antara "PRC" dengan penyelidikan titisan sel stem embrio?

J. Titisan sel ialah kultur sel yang diwujudkan secara kekal yang akan berkembang pesat tanpa henti jika mendapat medium segar dan ruang yang diperlukannya. Ramai ahli biologi sel akan menganggap satu titisan sel ditakrifkan sebagai sudah abnormal dan ia bakal menjadi kultur yang setara dengan sel neoplastik. Penyelidikan titisan sel stem embrionik adalah untuk mengeluarkan sel stem embrionik sewaktu pembentukan embrio bagi mewujudkan titisan sel dalam tabung uji untuk tujuan penyelidikan. Menurut pertimbangan akal biologi sel, sekali sel itu menjadi titisan sel, ia akan kehilangan sifat asalnya. Dalam cara lain, "PRC" ialah kajian fungsi sel itu sendiri dalam badan manusia, yang tertakluk pada kajian tentang fungsi pertumbuhan semula fisiologinya sendiri dalam badan manusia. Sifat dua jenis penyelidikan ini adalah berbeza: titisan sel stem embrionik ialah kajian tentang model sel eksperimental; "PRC" pula ialah kajian gunaan untuk pertumbuhan semula tisu dan organ fisiologi manusia dalam tubuh badan manusia itu sendiri yang dilakukan oleh sel soma pada tempat yang sama dalam badan manusia.

Tentang Dr. Rongxiang Xu

Dr. Rongxiang Xu ialah pengasas "Sains Pemulihan Pertumbuhan Semula Tubuh Manusia" (HBRRS), seorang saintis sains hayat dan saintis perubatan yang terkemuka serta pengerusi lembaga MEBO International, Syarikat Pengurusan harta intelek yang berpusat di California dan Beijing yang bertanggungjawab untuk menguruskan HBRRS. Dr. Xu juga ialah Ahli lama Persatuan Doktor Perubatan China, dan Pengerusi Kehormat untuk Persatuan Kecederaan Kebakaran China untuk Integrasi Perubatan Tradisional dan Barat.

Untuk maklumat lanjut tentang PRC dan Dr. Xu, lawati www.mebo-international.com

Hubungi:
Jane Westgate: +1-336-209-9276, Jane@westgatecom.com
Cheryl Riley: +1-703-683-1798, cherylrileypr@comcast.net

Source: Dr. Rongxiang Xu
Keywords: Medical/Pharmaceuticals Supplementary Medicine Patent Law