Pencarian untuk Harry Potter seterusnya
SHANGHAI, 16 September 2013 /PRNewswire/ -- Pada musim bunga tahun 1997, Harry Potter and the Philosopher's Stone membuat kemunculan pertama kali di pesta buku kanak-kanak di Bologna. Seorang penerbit Amerika membeli hak ciptanya, dan tidak lama selepas itu gelombang keajaiban melanda seluruh dunia, menyebabkan siri Harry Potter memasuki Dewan Kemasyhuran Penerbitan.
Kini Asia Pasifik, rantau dengan populasi pembaca muda yang besar, akan menyambut kemunculan pertama kali acara buku kanak-kanaknya sendiri. CCBF pertama akan berlangsung di Pusat Pameran Pusat Membeli-belah Shanghai pada 7-9 November tahun ini, mengalu-alukan para profesional dan peminat buku tempatan serta luar negara. Para profesional industri tidak sabar-sabar untuk menyaksikan kelahiran buku super terlaris yang seterusnya di acara itu.
Perdagangan hak cipta buku kanak-kanak di AP
Statistik dalam Laporan Analisis Industri Penerbitan China 2012 menunjukkan 9,000 lagi tajuk buku kanak-kanak diterbitkan di China pada tahun 2012 dibandingkan dengan tahun sebelumnya, mewakili peningkatan tahunan sebanyak 40.4%, menawarkan prestasi lebih kuat berbanding purata peningkatan sebanyak 12% untuk tajuk yang diterbitkan secara keseluruhan. Sejak tahun 2013, 47,000 tajuk buku kanak-kanak telah difailkan di SARFT, mewakili 20.9% daripada jumlah tajuk yang difailkan dalam negara. Kini momentum buku kanak-kanak yang berterusan kuat mewakili bahagian penting dalam industri penerbitan China.
CCBF, dilancarkan bersama oleh Biro Berita dan Akhbar Shanghai, CEPMG, China Universal Press & Publishing Co. Ltd. dan diuruskan oleh Reed Exhibitions sebagai acara setara sampingan dengan Pesta Buku Shanghai dan Pesta Buku London, akan mengalu-alukan kedatangan pesta buku kanak-kanak besar yang pertama di AP yang merangkumi buku, audio/video, hiburan, dan produk pendidikan dan menghubungkan perdagangan hak cipta, penulis serta aktiviti membaca.
Kunci emas bagi membuka peluang hebat di China dan dunia secara keseluruhannya
CCBF dijangka oleh industri untuk menjadi kunci emas bagi membuka peluang besar untuk penulis China muncul di mata dunia dan untuk memberi dunia pilihan bagi memilih bahan bacaan daripada pasaran China.
Hubei Children's Press dan enam penerbit buku kanak-kanak yang meneraju di Timur China akan berganding tangan dan melancarkan Zon Yang Hongying pada acara itu. Yang ialah penulis buku kanak-kanak paling terkenal di China. Karya penerajunya Diary of a Smiling Cat telah dijual sebanyak lebih 20 juta salinan, pencapaian pasaran yang telah menggegarkan industri.
Bagi penerbit asing, pasaran China menawarkan potensi besar. Pada tahun 2012, buku kanak-kanak menduduki 52 tempat daripada 100 tempat untuk buku am paling laris dijual di China.
Walaupun acara itu akan diadakan dalam masa beberapa bulan lagi pada bulan November, sambutan dari luar negara sudah semakin hangat. Banyak penerbit buku kanak-kanak dari U.K., A.S., Australia, Sepanyol, Perancis, Belgium, India, Jepun, Korea, dan Malaysia, termasuk pemain industri yang meneraju seperti Perbadanan Kota Buku Malaysia, Back Bone Entertainment, dan Malaysia Pavilion sudah mendaftar untuk acara itu. Selain membawa bersama mereka buku kanak-kanak yang meneraju di peringkat antarabangsa, mereka juga berharap dapat menemui Harry Potter seterusnya dari tanah timur purba ini.
Anugerah Buku Kanak-kanak Terbaik CCBF
Anugerah Buku Kanak-kanak Terbaik CCBF telah dilancarkan bagi memberi penghormatan terhadap 20 tajuk yang berdasarkan kandungan, rekaan, kualiti keseluruhan, dan ciri-ciri unik. Tajuk-tajuk ini tentu akan menarik perhatian pemain yang meneraju bagi membawakan karya terbaharu dan terbaik mereka ke acara ini, dan ia menyediakan peluang untuk berhubung dengan penerbit, penulis, penterjemah, dan pelakar ilustrasi tempatan dan luar negara.
Untuk maklumat lanjut tentang CCBF, sila lawati www.ccbookfair.com