omniture

Penyiar Berbangsa Melayu Bertutur Bahasa Mandarin yang Mengagumkan: "Anak Jati Malaysia" Memukau Warganet Dengan Kebolehan Berbilang Bahasa

Bigo Live
2021-12-16 17:33 54

KUALA LUMPUR, Malaysia, 16 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, seorang penyiar secara langsung berbangsa Melayu dilihat bertutur dalam bahasa Melayu, Bahasa Mandarin dan Bahasa Inggeris dengan fasih, bertukar-tukar antara bahasa-bahasa tersebut dengan mudah sekali. Kebolehan berbilang bahasa beliau memberi kemasyhuran yang luar biasa kepada beliau di platform siaran langsung - Bigo Live dan warganet telah mula menggelar beliau "Anak Jati Malaysia".

Pendidikan Cina menjadi semakin popular dalam kalangan orang Melayu di Malaysia dan ia merupakan perkara biasa apabila ramai daripada mereka yang dapat bertutur dalam bahasa tersebut dengan fasih. Fenomena ini telah mencetuskan pelbagai perbincangan di Internet.

Seorang penyiar secara langsung berbangsa Melayu yang menggunakan nama "Juna" telah muncul di platform siaran langsung - Bigo Live dan lantaran kefasihan  beliau bertutur dalam berbilang bahasa, kumpulan peminat beliau semakin berkembang. Bigo Live Malaysia mengambil inisiatif untuk menemu bual beliau dan ia pastinya mencetuskan gelombang yang besar di media sosial.

Juna – penyiar Melayu secara langsung tempatan mendapat sambutan di media sosial
Juna – penyiar Melayu secara langsung tempatan mendapat sambutan di media sosial

Daripada keturunan campuran, bapa Juna berbangsa Cina manakala ibu beliau berbangsa Melayu. Mengimbau kembali, Juna mengakui bahawa beliau telah menempuh perjalanan yang panjang, mengharungi cabaran demi cabaran.

"Semasa saya kecil, orang ramai menyangka ibu saya merupakan orang gaji saya setiap kali mereka melihat kami berada di luar bersama. Ini hanya kerana beliau mempunyai warna kulit yang lebih gelap daripada saya."

"Tidak kira betapa susah payah saya cuba menjelaskan, masih sukar untuk mereka memahami," kongsi Juna.

"Pada masa lalu, terdapat satu tempoh apabila saya bergelut dengan kekeliruan identiti. Saya tidak tahu sama ada saya tergolong dalam bangsa Cina atau Melayu."

"Di rumah, kami biasa mengamalkan kedua-dua budaya secara serentak. Justeru itu, apabila saya bersama rakan-rakan berbangsa tertentu, saya benar-benar tidak tahu cara untuk bertindak sewajarnya."

Juna turut menyatakan bahawa beliau tidak dapat melayani rakan-rakan berbangsa Cina beliau seperti mana beliau melayani rakan-rakan Melayu beliau. Ini membawa kepada banyak kekeliruan dan hidup dalam ironi merupakan bahagian yang besar dalam hidup beliau.

Apabila beliau semakin membesar, beliau menghadapi lebih banyak cabaran; terutamanya di sekolah menengah.

"Apabila saya berada di sekolah menengah, rakan-rakan sekolah saya akan membincangkan secara mendalam mengenai keturunan saya."

"Kawan-kawan lelaki akan mengatakan bahawa saya harus mengikuti adat Cina kerana ayah saya berbangsa Cina dan juga ketua keluarga. Sebaliknya, kawan-kawan perempuan pula menasihati saya untuk mengikuti ibu saya dan menerima adat Melayu. Selalunya tiada jawapan yang mudah untuk hal ini."

"Saya bertuah kerana akhirnya saya bertemu dengan rakan-rakan yang dapat membimbing saya dengan ikhlas."

"Mereka mengajar saya mengenai perbezaan antara Cina dan Melayu. Seiring berlalunya masa, saya perlahan-lahan memahami perbezaan antara dua budaya ini dan saya dapat menyesuaikan diri dengan lebih baik," Juna mengimbau kembali.

Apabila beliau perlahan-lahan mendapat kembali keyakinan beliau, Juna menukar kekeliruan identiti beliau menjadi kekuatan beliau. Beliau menemui kedudukan beliau sendiri menerusi tumpuan orang ramai di Bigo Live.

"Memandangkan saya fasih dalam pelbagai bahasa, saya boleh bertutur dalam bahasa Mandarin bilamana rakan-rakan berbangsa Cina saya (pengikut) menyertai siaran langsung saya. Saya boleh bertukar serta merta kepada bahasa Melayu apabila rakan-rakan berbangsa Melayu saya berada di sini," kongsi Juna dengan bangganya.

Selain fasih dalam pelbagai bahasa, Juna turut menyanyikan lagu Mandarin di platform langsung tersebut dari semasa ke semasa.

"Jangan biarkan warna kulit anda mahupun bahasa yang anda tuturkan menentukan siapa diri anda. Sebaliknya, kita seharusnya menjalani yang kita impikan dengan melakukan apa yang kita rasa terbaik," jelas Juna.

Temu bual Juna disiarkan secara dalam talian pada hari Khamis, 18hb November lalu dan sejak itu memperoleh 250k tontonan yang luar biasa di halaman Facebook Bigo Live Malaysia. Jumlah penonton semakin meningkat mengikut minit ketika ia terus menjadi trend.

Video Temu Bual Rasmi: https://fb.watch/9qajgkk0UX/

Untuk lebih banyak perkembangan yang terkini di Bigo Live Malaysia, nantikan di halaman rasmi kami.

FB: https://fb.watch/9qajgkk0UX/
IG: https://www.instagram.com/p/CWZyybklKnM/
Muat Turun: http://bigolive.onelink.me/sG8X/SNSMY

Source: Bigo Live
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Social Media