omniture

Tongyu Communication kini Pembekal Rasmi untuk Samsung

Tongyu
2021-12-17 06:49 229

ZHONGSHAN, China, 17 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Guangdong Tongyu Communication Inc. (002792.SZ, "Tongyu"), penyedia penyelesaian komunikasi terkemuka yang berpangkalan di China, mengumumkan bahawa ia telah disenaraikan secara rasmi sebagai pembekal untuk Samsung Electronics ("Samsung"). Tongyu lulus audit kelayakan pembekal Samsung hanya dalam tempoh tiga bulan, seraya memperlihatkan rantaian bekalan syarikat yang matang, komitmen terhadap kawalan kualiti produk dan piawaian teknikal yang tinggi.


Pada bulan April 2021, Tongyu memperoleh kelayakan pembekalnya daripada Samsung untuk teknologi antena 5G yang utama dan kualiti produk yang cemerlang. Susulan kelayakan pembekalnya, Tongyu dan Samsung akan saling bekerjasama untuk pertukaran teknikal dan pembangunan projek. Tongyu akan turut menyediakan cabang Samsung dengan perkhidmatan pengujian berbayar selama tiga tahun.

"Menerusi pengalaman Tongyu selama 26 tahun dalam industri telekomunikasi, teknologi kami telah digunakan dalam pelbagai jenis aplikasi serta senario dan kami telah mendapat pengiktirafan daripada operator dan vendor peralatan global atas semangat syarikat kami iaitu 'kesetiaan, kerja keras, inovasi dan kecekapan'. Kami percaya bahawa keupayaan Tongyu untuk inovasi teknologi berakar umbi untuk mendapat kepercayaan pelanggan kami. Dengan memanfaatkan keperluan pengguna kami sebagai daya penggerak untuk pembangunan, kami dapat menyelesaikan masalah teknikal pelanggan dengan cepat dan bertindak balas kepada keperluan yang berterusan," kata Zhonglin Wu, Ketua Pegawai Eksekutif Guangdong Tongyu Communication Inc.

Sejak tahun 2001, Tongyu melakukan usaha yang berterusan untuk memperluas jejak globalnya dan hari ini pasaran asing menyumbang sebanyak lebih separuh daripada perniagaan keseluruhannya. Dalam era 5G, Tongyu komited terhadap pembangunan produk berbilang port dan berbilang sistem. Dengan menggunakan produknya untuk mengurangkan kependaman dan meningkatkan keandalan, Tongyu membantu operator telekomunikasi mudah alih mewujudkan kelebihan teknikal – pada masa kini dan masa depan.

Latar Belakang Tongyu 

Guangdong Tongyu Communication Inc. ditubuhkan pada tahun 1996 dan terlibat sebahagian besarnya dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengeluaran, penjualan dan perkhidmatan antena komunikasi mudah alih, antena gelombang mikro, peranti frekuensi radio, modul optik, pengecasan pintar, sistem pensuisan dan sebagainya. Syarikat ini menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan telekomunikasi bersepadu kepada operator rangkaian mudah alih domestik dan global. Sejak penubuhannya, Tongyu diperakui oleh operator dan vendor peralatan utama di serata dunia dan mendorong rangkaian rakan kongsi operator global yang mantap termasuk Ericsson, Nokia, Huawei, ZTE, Datang, Vodafone, Telenor, TPG, Telstra, Optus, Softbank, Docomo, Rogers, Telus dan TESSCO. Ketika ini, lebih 7 juta produk antena Tongyu digunakan di 60 negara.

Source: Tongyu
Related Stocks:
Shenzhen:002792
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Semiconductors Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Licensing/marketing agreements