SHANGHAI, 17 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Hari ini, UnionPay International mengumumkan pelancaran produk Telefon Mudah Alih sebagai POS (MPP) dalam pasaran luar negara. Perniagaan kecil-kecilan mampu menukarkan telefon pintar kepada terminal POS pada kos yang rendah dan tanpa pengubahsuaian teknikal serta menyokong pelbagai jenis pembayaran UnionPay seperti ketikan kad/telefon dan Kod QR. Syarikat teknologi kewangan Hong Kong SPECTRA Technologies, AmBank Group Malaysia dan syarikat pembayaran Soft Space menjadi kumpulan organisasi pertama yang menyediakan perkhidmatan ini kepada peniaga mereka.
Beberapa laporan tinjauan menunjukkan bahawa semakin ramai pengguna telah beralih ke arah pembayaran tanpa kontak sejak wabak COVID-19. UnionPay International, menerusi usaha sama dengan rakan pembayaran, telah berusaha untuk mengupayakan lebih daripada 10 juta peniaga di luar tanah besar Cina menyokong QuickPass mudah alih UnionPay dan pembayaran Kod QR, meminimumkan penggunaan tunai dan kontak fizikal yang boleh berlaku dalam pembayaran secara bersemuka sekaligus meningkatkan pengalaman semakan keluar. UPI turut melancarkan penyelesaian PaybyLink yang melaluinya peniaga berupaya menerima bayaran dalam talian tanpa perlu menyediakan kedai e-dagang, agar lebih banyak perniagaan kecil-kecilan dan mikro di luar tanah besar Cina mendapat manfaat daripada penerimaan pembayaran mudah alih.
Produk MPP akan menurunkan lagi ambang penerimaan untuk peniaga kerana mereka hanya perlu memuat turun aplikasi khusus pada telefon pintar, melengkapkan pendaftaran dan menyemak secara dalam talian sebelum perkhidmatan diaktifkan. Perkakasan tambahan tidak diperlukan.
Produk ini telah diterima dengan baik oleh pemeroleh dan peniaga semasa pelancaran. Di Ekspo Jenama dan Produk Hong Kong yang dibuka baru-baru ini, lebih daripada 100 pempamer cuba mengambil bayaran dengan produk MPP. Seorang jurucakap untuk AmBank Group berkata bahawa melihatkan kebolehkendalian yang kukuh dan kos rendah produk ini, Bank akan menggalakkan lebih banyak PKS menyokong UnionPay.
Penerimaan perkhidmatan pembayaran UnionPay akan membawa pelbagai trafik setempat dan rentas sempadan kepada peniaga luar negara. Ketika ini, kad UnionPay telah dikeluarkan di 70 negara dan wilayah di serata dunia dan lebih 160 juta telah dikeluarkan di luar tanah besar Cina; lebih daripada 100 dompet digital standard UnionPay telah diperkenalkan di lebih 20 negara dan wilayah dalam pelbagai bentuk serperti Aplikasi UnionPay, OEM Pay dan dompet Kod QR.