omniture

Hong Leong Bank Lancar Kemudahan Pembiayaan untuk Sistem Kuasa Solar Rumah

Hong Leong Bank
2021-12-17 08:55 115

KUALA LUMPUR, Malaysia, 17 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank ("HLB" atau "Bank") memperkenalkan HLB Solar Plus Loan/Financing-i, kemudahan pembiayaan tenaga hijau baharu untuk pemilik rumah memohon dengan lancar pembiayaan bagi sistem tenaga kuasa solar berserta permohonan pinjaman/pembiayaan rumah mereka.

HLB partners ERS Energy and Solaroo Systems for its new green energy financing facility
HLB partners ERS Energy and Solaroo Systems for its new green energy financing facility

Terbuka kepada pelanggan baharu dan sedia ada HLB Home Loan/Financing-i yang memiliki rumah kediaman sama ada yang sedang dibina atau telahpun siap, HLB Home Loan/Financing-i menawarkan margin pembiayaan sehingga 105% terhadap nilai hartanah dengan pilihan pembiayaan yang fleksibel bermula daripada RM15,000 hingga RM60,000 untuk cara milikan tiga hingga sepuluh tahun atau sehingga peminjam utama berumur 70 tahun apabila pinjaman matang, apa saja yang lebih awal.

Sebagai permulaan, Bank ini bekerjasama dengan pakar sistem tenaga berkuasa solar ERS Energy dan Solaroo Systems untuk menyediakan perkhidmatan pemasangan, pentaulihan, operasi dan penyelenggaraan sehenti yang komprehensif kepada pelanggannya.

Domenic Fuda, Pengarah Pengurusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB berkongsi bahawa HLB Solar Plus Loan/Financing-i merupakan satu lagi inisiatif daripada Bank untuk menyokong sasaran Malaysia bagi meningkatkan kapasiti terpasang untuk tenaga boleh diperbaharui kepada 31% menjelang tahun 2025 dan 40% menjelang tahun 2035.

"Kami percaya bahawa institusi kewangan merupakan komponen yang kritikal dalam membantu mengemudi peralihan ke arah sumber tenaga mampan. Tenaga boleh diperbaharui memiliki potensi pertumbuhan yang signifikan untuk menyokong agenda ekonomi rendah karbon negara serta kelebihan jangka panjang untuk isi rumah dengan penjimatan kos tenaga, mengimbangi kenaikan kos tenaga pada masa akan datang dan mengurangkan jejak karbon," kata Fuda.

Charles Sik, Pengarah Urusan Perkhidmatan Pembiayaan Peribadi HLB berkata, "Walaupun pasaran tenaga kuasa solar untuk rumah kediaman di Malaysia masih lagi baharu, kami mendapat minat yang tinggi terutamanya daripada pembeli rumah baharu yang berminat dengan gaya hidup tenaga boleh diperbaharui untuk rumah baharu mereka. Kemudahan pembiayaan baharu ini bertujuan untuk memenuhi permintaan ini dengan memudahkan proses pembiayaan yang mana pelanggan yang memiliki rumah yang sedang dibina atau telahpun siap boleh memohon untuk mendapatkan pembiayaan panel solar berserta permohonan gadai janji mereka, tidak seperti kaedah konvensional yang hanya menawarkan pembiayaan panel solar untuk rumah yang telah siap. Ia juga membantu pemilik rumah mengagihkan kos pembelian mahupun pemasangan panel solar dalam tempoh beberapa tahun dan menikmati pengurangan bil elektrik bulanan mereka sebanyak 50% hingga 80% bergantung pada kapasiti terpasang."

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.hlb.com.my/en/personal-banking/loans/property-loan/solar-plus.html atau https://www.hlisb.com.my/en/personal-i/consumer-financing-i/solar-plus-financing-i.html

Source: Hong Leong Bank
Keywords: Alternative Energies Banking/Financial Service Environmental Products & Services Utilities Licensing/marketing agreements New products/services