omniture

Ragnarok: The Lost Memories oleh Gravity Game Hub Kini Dilancar Secara Rasmi di IOS dan Android

Gravity Game Hub
2021-12-17 10:33 72

SINGAPURA, 14 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Gravity Game Hub, subsidiari Gravity Co., Ltd (NASDAQ: GRVY), mengumumkan bahawa Ragnarok: The Lost Memories, permainan mudah alih JRPG telah dilancarkan secara rasmi di Singapura, Malaysia dan Filipina di Apple App Store dan Google Play Store.


Ragnarok: The Lost Memories, susulan kepada Ragnarok Online popular memiliki lebih 120 juta pemain dari serata dunia. Kini, dengan judul mudah alih - Ragnarok: The Lost Memories, pemain boleh memulakan perjalanan mencabar yang dipenuhi dengan pencarian yang tidak berkesudahan dan kurungan bawah tanah yang pelbagai!

Menerusi Ragnarok: The Lost Memories, pemain boleh mengumpul koleksi watak wira mereka yang dipenuhi dengan penceritaan yang mengasyikkan menerusi pengalaman JRPG Newtro Sinematik. Dengan menggunakan sistem pertempuran kad yang unik, pemain akan dapat menyusun strategi kemahiran dan keupayaan kad mereka untuk bertempur dengan ketua-ketua Ragnarok yang berbeza untuk menemui pengembaraan cerita.

Dengan meraih pencapaian pra-pendaftaran 100K, semua pemain akan menerima ganjaran 100K Zeny, 30 EXP Potions (S) dan 20 pemenang bertuah akan memenangi Kad Hadiah Emas Razer bernilai $10 USD. Selain daripada ganjaran ini, bagi memperingati pelancaran besar-besaran Ragnarok: The Lost Memories, Gravity Game Hub telah menyediakan pelbagai acara untuk pemain mengambil bahagian dan menerima ganjaran yang menarik. Pemain boleh menyemak halaman Facebook Rasmi mereka untuk butiran acara yang lebih lanjut.

Latar Belakang Gravity Game Hub

Ditubuhkan pada tahun 2021, Gravity Game Hub (GGH) Pte Ltd ialah penerbit dan pembangun permainan yang memfokuskan kepada permainan dalam talian dan mudah alih. Gravity Game Hub komited untuk menyampaikan pengalaman permainan yang interaktif dan mewujudkan komuniti yang dinamik untuk semua pemain di Asia Tenggara.

Gravity Game Hub ialah subsidiari GRAVITY Co., Ltd. (NasdaqGM: GRVY), pembangun dan penerbit permainan dalam talian dan mudah alih yang beribu pejabat di Korea Selatan. Syarikat ini merupakan pencipta Ragnarok Online yang diiktiraf di seluruh dunia dengan lebih 120 juta pengguna seluruh dunia.

Dibangunkan oleh Gravity NeoCyon Inc, Ragnarok, The Lost Memories ialah permainan main peranan (RPG) 'newtro' sinematik baharu main-percuma 2D yang unik dan revolusioner. Ia akan menjadi permainan pertama yang diterbitkan oleh Gravity Game Hub di rantau ini.

Ragnarok: The Lost Memories kini boleh didapati di Apple App Store dan Google Play Store

Untuk maklumat lanjut mengenai aplikasi mudah alih Ragnarok: The Lost Memories, anda boleh mengunjungi laman sesawang yang berikut:

Laman Sesawang Pra-Pendaftaran: https://tlm.gnjoy.asia/
Laman Facebook Rasmi: https://www.facebook.com/RagnarokTLMSGMYPH
YouTube Rasmi https://bit.ly/GravityGameHub
Kit Media Akhbar: https://bit.ly/ROTLMGGHGRANDLAUNCH

Source: Gravity Game Hub
Related Stocks:
NASDAQ:GRVY
Keywords: Electronics Gaming Entertainment Internet Technology OTC/SmallCap IRW Telecommunications New products/services