omniture

Penduduk Wenjiang bakal nikmati suasana lebih hijau

Wenjiang District Government of Chengdu
2021-12-20 09:53 160

CHENGDU, China, 20 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Dengan tujuan untuk mewujudkan persekitaran kehidupan yang lebih baik untuk penduduk, kerajaan Wenjiang meletakkan kepentingan yang tinggi terhadap pembinaan laluan hijau, demi menaik taraf sistem ekologi sungainya dan mengukuhkan perlindungan budaya yang menumpukan kepada Tokong Confucius.

The snow mountain view is among the charms of Wenjiang district of Chengdu, capital of Southwest China’s Sichuan province. [Photo by Zhang Zhiqiang]
The snow mountain view is among the charms of Wenjiang district of Chengdu, capital of Southwest China’s Sichuan province. [Photo by Zhang Zhiqiang]

Sementara Du Fu, seorang penyair daripada Dinasti Tang (618-907), menggambarkan pandangan beliau mengenai Chengdu, dengan berkata "dibingkai oleh tingkap, saljinya melitupi Gunung Salji Xiling, yang telah wujud selama seribu tahun."

Pemandangan yang sama masih boleh dilihat di daerah Wenjiang, Chengdu hasil daripada usaha kerajaan yang berterusan untuk mengukuhkan perlindungan terhadap alam sekitar.

Meliputi kawasan berkeluasan 277 kilometer persegi, Wenjiang dikenali sebagai "Wenjiang emas" lantaran iklimnya yang sederhana, sungai dan kawasan menghijau selain hasil pertanian dan perindustrian.

Wenjiang sedang membina sistem laluan hijau sepanjang 698 km dengan tujuan untuk menyokong penggiatan semula luar bandar dan meningkatkan pembangunan industri dalam bidang-bidang seperti pelancongan, kreativiti, sukan dan riadah di wilayah ini.

Kerajaan daerah telah menganjurkan acara-acara seperti maraton antarabangsa dan lumba basikal di Beilin Greenway, sebahagian daripada bahagian utara laluan hijau ini yang berukuran sepanjang 65 km.

Sungai Jiang'an dan Sungai Jinma merupakan dua batang sungai yang mengalir merentasi Wenjiang. Kerajaan Wenjiang telah memutuskan untuk menaik taraf kawasan-kawasan sepanjang dua batang sungai ini bagi menggalakkan pembangunan budaya dan pelancongan. Kemudahan perkhidmatan awam dan taman tanah lembap akan diwujudkan bagi meningkatkan taraf hidup tempatan.

Kukup lumpur Lujia, dahulunya merupakan bahagian Sungai Jinma yang kurang maju di Wenjiang, namun telah dibangunkan menjadi sebuah taman. Taman ini menarik minat hampir 1 juta pelawat setiap tahun untuk aktiviti-aktiviti seperti berbasikal, berjoging, bersiar-siar, mengambil gambar dan berkhemah.

Selain daripada mencipta infrastruktur dan pemandangan baharu, Wenjiang telah melancarkan beberapa rancangan penaiktarafan untuk komuniti lama.

Tuanjie Lane, salah satu lorong lama dengan sejarah seabad lamanya, telah mengekalkan wajah tradisionalnya selepas proses penaiktarafan. Unsur-unsur budaya dan gaya hidup tradisional seperti kerja pemahatan batu, kedai tauhu dan kedai teh lama membolehkan pelawat merasai Wenjiang purba.

Tokong Confucius merupakan sorotan khusus yang memperlihatkan sejarah Wenjiang. Kerajaan daerah mengambil keputusan untuk membangunkan zon budaya yang bertumpukan sekitar tokong ini.

Memandang ke hadapan, Wenjiang akan mengggalakkan pembangunan budaya agar dapat mengukuhkan interaksi bersama penduduk dan mencapai matlamat yang lebih tinggi dalam pembangunan sosial serta ekonomi.

Source: Wenjiang District Government of Chengdu
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Travel