omniture

TCL Kembali ke Las Vegas sempena CES 2022

TCL akan menjadi tuan rumah kepada reruai interaktif yang memaparkan keterujaan gaya hidup AI x IoT, teknologi paparan Mini LED, pemproses audiovisual, AR dan tawaran berbilang kategori
TCL Electronics
2021-12-20 10:22 73

HONG KONG, 20 Disember 2021 /PRNewswire/ -- TCL, jenama barangan elektronik pengguna yang terkemuka, akan kembali semula ke CES 2022 secara langsung. Tatkala industri barangan elektronik pengguna berhimpun bersama-sama di Las Vegas sekali lagi selepas acara maya sepenuhnya pada tahun 2021, TCL akan mempamerkan teknologi paparan, enjin audiovisual, televisyen, monitor, peranti mudah alih, cermin mata AR dan perkakas rumah yang terkini di reruai yang interaktif mencakupi kawasan seluas 1,600m2 (lebih 17,000 kaki persegi). 


"Kami teruja dapat kembali semula ke CES 2022 dengan reruai TCL interaktif dan hebat serta berbangga dapat menjadi sebahagian daripada industri yang dinamik ini. Tahun ini, kami melancarkan tema kami #InspireGreatness dan sebagai salah satu jenama barangan elektronik pengguna yang terkemuka di dunia, kami akan terus membantu orang ramai menjalani kehidupan, bekerja dan bermain dengan lebih baik setiap hari menerusi produk dan perkhidmatan kami," kata Juan Du, Pengerusi TCL Electronics.

Pameran luar talian TCL akan mempamerkan teknologi generasi seterusnya, produk terbaharu dan menawarkan demonstrasi langsung di lapangan, bagi membolehkan pengunjung mengalami nilai estetika, prestasi unggul dan fungsian dalam paparan, bar bunyi, peranti mudah alih, cermin mata AR, rangkaian penuh perkakas rumah pintar dan pelbagai prototaip TV baharu. Menerusi peluang secara langsung untuk meneroka teknologi di sebalik inovasi TCL, kami juga akan memperkenalkan AI pembelajaran mendalam yang membawakan kualiti imej tahap seterusnya.

Kunjungi kami di Reruai #17017 di Dewan Tengah, Pusat Konvensyen Las Vegas, mulai 5-8 Januari 2022. TCL akan turut membentangkan secara dalam talian Pengumuman Akhbar Global dan Amerika Utara masing-masing pada 4 Januari 2022. Klik di sini untuk maklumat siaran langsung yang lebih lanjut.

Ikuti kami di saluran media sosial TCL dengan #TCLInspireGreatness #TCL_MiniLED #CES2022 untuk perkembangan terkini semasa CES 2022.

Twitter: @TCL_TV_Global & @TCL_USA
Facebook: @TCLElectronicsGlobal & @TCLUSA
Instagram: @tclelectronics & @TCL_USA
YouTube: @TCL Electronics & @TCL USA

Latar Belakang TCL

TCL ialah sebuah syarikat barangan elektronik pengguna yang berkembang pesat dan pengusaha yang terkemuka dalam industri televisyen global. Ditubuhkan pada tahun 1981, kini ia beroperasi dalam lebih 160 pasaran di seluruh dunia. TCL mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan dan pembuatan produk elektronik pengguna bermula daripada TV, audio dan perkakas rumah pintar.

Source: TCL Electronics
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Trade show news Future Events