omniture

Kajian mengenai Antipenuaan bersama TCM Melangkah ke Hadapan

Yiling Pharmaceutical
2021-12-20 12:19 175

SHIJIAZHUANG, China, 20 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Pendapat pakar berhubung "Kajian mengenai Antipenuaan dengan Kapsul Bazi Bushen Berpandukan Teori Kolateral Qi" dikeluarkan di Shijiazhuang, Hebei pada 15 Disember.

Menurut pendapat tersebut, kajian awal projek berkenaan telah memperkenalkan teori intipati, qi dan semangat berdasarkan kepada teori kolateral qi buat julung kalinya dan membentuk idea baharu untuk kajian mengenai antipenuaan. Yiling Pharmaceutical mengkaji dan membangunkan ubat tradisional Cina berpaten "Kapsul Bazi Bushen", ubat ini dijangka akan menjadi ubat paten Cina berperwakilan untuk kesan antipenuaan TCM.

Seperti yang dinyatakan menerusi pendapat mereka, penuaan bukan sahaja merujuk kepada kemerosotan fungsi tubuh badan, tetapi juga merupakan salah satu faktor patogenik penting yang mengakibatkan penyakit senil berbilang sistem. Mekanisme penuaan dan faktor-faktor risiko penyakit yang diperakui secara tradisional mempengaruhi satu sama lain dan bersama-sama memainkan peranan dalam proses patologi dan fisiologi permulaan dan perkembangan penyakit senil yang seterusnya mengancam dengan teruk kesihatan dan kehidupan orang ramai.

Berdasarkan kepada teori intipati, qi dan semangat, kajian ini telah belajar daripada amalan TCM yang sangat baik dalam ubat-ubatan selama lebih dua ribu tahun. Kapsul Bazi Bushen secara keseluruhannya dapat mencegah penuaan dengan memberi tenaga kepada intipati untuk meningkatkan qi, memulihkan qi untuk meningkatkan semangat serta menyuburkan tubuh dan semangat. Seperti yang dibuktikan oleh eksperimen awal dan kajian klinikal, Kapsul Bazi Bushen memiliki kelebihan dalam mencegah dan merawat penuaan keseluruhan, penuaan sistemik serta penyakit berkaitan penuaan.

Seperti yang dinyatakan oleh pendapat berkenaan, untuk langkah yang seterusnya, rancangan kajian yang dicadangkan akan memberi tumpuan terhadap TCM daripada literatur, kajian asas dan klinikal bagi pelaksanaan kajian antara bidang. Ia mencadangkan untuk mentafsirkan konotasi saintifik mengenai teori intipati, qi dan semangat berdasarkan kepada teori kolateral qi dan mekanisme antipenuaan daripada tahap keseluruhan, sistematik, organ, sel dan tahap lain serta berusaha bersungguh-sungguh untuk menjelaskan peranan pengaruh bersama antara mekanisme penuaan dan faktor-faktor risiko dalam permulaan penyakit senil. Di samping itu, ia juga harus mencadangkan strategi baharu bagi pencegahan dan rawatan kesenilan pramatang dan intervensi penyakit yang disebabkan oleh kesenilan pramatang dan menyediakan teori serta idea baharu bagi pencegahan dan rawatan penyakit senil yang akan menjadi nilai saintifik yang besar serta membawa kepentingan strategik dalam memudahkan kelanjutan usia dengan kualiti hidup.

Source: Yiling Pharmaceutical
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Survey, Polls & Research