omniture

xSpend Kini Membolehkan Pengguna di Bangladesh, India, Indonesia, Malaysia dan Filipina Membelanjakan Aset Kripto Mereka

XLD Finance
2021-12-21 01:53 41
  • XLD Finance ialah ekosistem berasaskan syiling stabil yang memacu rangkuman kewangan melalui perkhidmatan kewangan dunia sebenar. Hala tuju XLD termasuk pembangunan projek Web 2.0 dan Web 3.0 seperti syiling stabilnya sendiri, dompet DeFi, akses upah awal dan platform tanjakan masuk & tanjakan keluar kripto dipermudah untuk natif kripto dan mereka yang terabai dari segi kewangan.
  • Projek pertama XLD Finance, xSpend, membolehkan pengguna menggunakan segera token atau syiling stabil GameFi untuk membayar barang keperluan dan utiliti.
  • xSpend akan disediakan kepada pengguna di Bangladesh, India, Indonesia, Malaysia dan Filipina.

MANILA, Filipina, 21 Disember 2021 /PRNewswire/ -- XLD Finance melancarkan projek pertamanya, xSpend, membolehkan pengguna untuk menggunakan segera token atau syiling stabil (stablecoin) GameFi untuk membayar barang keperluan dan utiliti.

Pengguna dengan nombor mudah alih dari Bangladesh, India, Indonesia, Malaysia dan Filipina kini boleh menggunakan token atau syiling stabil GameFi untuk membeli kredit prabayar mudah alih melalui platform ini. Pengguna juga boleh membayar pengebil yang berpangkalan di Filipina untuk barangan dan perkhidmatan, ciri yang dilancarkan di seluruh dunia menjelang tahun 2022.

xSpend disepadukan terus dengan dompet Web 3.0 termasuk Metamask dan Ronin. Platform ini hanya memerlukan pengguna untuk menghubungkan dompet kripto mereka, memilih token yang mereka ingin belanjakan, memilih pengebil untuk transaksi dan memasukkan butiran akaun. Pengguna boleh berurus niaga dengan USDT, USDC, DAI dan SLP untuk membayar lebih 350 syarikat termasuk Globe (Filipina), PLDT (Filipina), Airtel (Bangladesh dan India), Indosat (Indonesia) dan AirAsia (Filipina).

Pengguna, terutamanya mereka daripada pasaran muncul, kini perlu menangani mekanisme tanjakan keluar yang rumit, yang berkemungkinan membawa kepada transaksi yang tidak berjaya atau berunsur penipuan. xSpend membolehkan pengguna membelanjakan secara langsung aset mata wang kripto melalui platform yang selamat dan mudah berdasarkan kepada harga pasaran yang dikemas kini.

"Kami teruja untuk membantu kehidupan pengguna Main untuk Memperoleh Ganjaran (Play-to-Earn) dan ilmuwan dengan menjadikannya lebih mudah untuk membelanjakan kripto untuk barang keperluan. Sesiapa sahaja boleh menggunakan syiling stabil mereka atau SLP untuk membayar bil mereka dalam masa kurang daripada 3 minit melalui dompet Metamask dan Ronin mereka," kata Ian Estrada, Ketua Pegawai Eksekutif XLD Finance.

XLD Finance bermatlamat untuk memacu rangkuman kewangan melalui perkhidmatan kewangan dunia sebenar. Komuniti kewangan terpencar (DeFi) mengalu-alukan segmen yang baharu dan semakin berkembang dalam kalangan pemain yang bermain untuk memperoleh ganjaran memandangkan ramai yang tidak mempunyai akaun bank. XLD ingin memastikan agar infrastruktur kewangan di DeFi tidak meninggalkan sesiapa di belakang.

XLD mendedahkan bahawa hala tuju ekosistemnya termasuk pembangunan penyelesaian kewangan Web 2.0 dan Web 3.0 termasuk syiling stabilnya sendiri, dompet DeFi bukan jagaan dan akses upah awal. Projek seterusnya sudahpun berjalan dengan xMoney, bursa bermain untuk memperoleh ganjaran yang dapat memudahkan tanjakan keluar token daripada dompet kripto kepada dompet mudah alih, akaun bank, malah pengambilan wang tunai.

Kunjungi https://xspend.finance untuk menggunakan platform ini.

Source: XLD Finance
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics New products/services Blockchain