omniture

Ladang Kongsi: Asas Penting dalam Penggiatan Semula Luar Bandar di Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan

Hainan International Media Center (HIMC)
2021-12-21 11:15 180

HAIKOU, China, 21 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Hutan gergasi membarisi bahagian tepi padang beralun yang dihidupkan dengan bunyi serangga dan kicauan burung. Anak sungai mengalir deras memacu kincir air. Pemandangan desa yang mengimbau kembali ke zaman dahulu kala ini kini diperkenalkan semula dengan cara yang baharu dan menarik di seluruh China.

Pada tahun 2017, wilayah pulau selatan Hainan China, dengan kelebihannya menerusi sumber pertanian tropika dan persekitaran ekologi luar bandar merupakan tempat pertama di negara ini yang mencadangkan pembangunan "ladang kongsi" dengan tujuan untuk mendorong kemakmuran bersama antara kawasan luar bandar dan petani.

Sebagai sebahagian daripada "ekonomi perkongsian" moden China, ladang kongsi menggalakkan penggunaan tanah rang. Pendekatan baharu terhadap pertanian ini memacu integrasi yang lebih mendalam antara beberapa industri termasuk pertanian, pelancongan, pendidikan, budaya, rawatan kesihatan dan kajian saintifik.

Pembangunan ladang kongsi telah menjadi satu rahmat untuk penduduk tempatan. Dengan menempatkan tanah rang dan rumah kosong di bawah pembangunan yang disatukan, mereka berupaya untuk meningkatkan pendapatan mereka melalui kerja bergaji dan dalam masa yang sama masih mampu menjual hasil pertanian tempatan mereka. Ini dapat mencipta satu penyelesaian yang memberi faedah kepada seluruh ekonomi kampung.

Ganjaran telahpun diraih oleh penduduk tempatan di Kampung Damao Sanya yang mana pendapatan per kapita tahunan petani meningkat daripada CNY 8,620 pada tahun 2017 kepada CNY 21,500 pada tahun 2020 dan juga Kampung Youwen Danzhou yang mana ia meningkat daripada CNY 13,000 pada tahun 2019 kepada CNY 21,000 pada tahun 2020.

Kabin balak di Sino-Nature Garden di Kampung Damao di Sanya di wilayah selatan Hainan.
Kabin balak di Sino-Nature Garden di Kampung Damao di Sanya di wilayah selatan Hainan.

Di samping itu, ladang kongsi memberikan produk-produk tempatan dengan nilai tambahan yang lebih besar dan menyediakan perusahaan dengan margin keuntungan yang lebih besar. Dengan menggabungkan pertanian, budaya dan pengembaraan, ladang-ladang ini berupaya membangunkan lebih banyak produk khusus melalui model perniagaan "pelancongan+" dan "ekologi+".

Ladang kongsi bukan sahaja meningkatkan secara langsung kehidupan penduduk luar bandar China, tetapi turut membantu pemulihan dan pemuliharaan warisan budaya tempatan. Bagi kerajaan tempatan, faedah kumulatif yang dibawakan oleh ladang kongsi dialu-alukan.

Dengan semakin meningkatnya jumlah ladang kongsi yang pesat, laluan menuju penggiatan semula luar bandar China menjadi semakin jelas.

Setakat November 2021, Hainan telah menyaksikan pewujudan 200 ladang kongsi. Pada tahun 2020, ladang-ladang ini menerima lebih 2.2 juta pelawat, menjana CNY 850 juta pendapatan kendalian langsung dengan keuntungan mencecah CNY 160 juta.

Pada 14-15 Disember, Ladang Kongsi Damao Sanya menganjurkan Persidangan Ladang Kongsi 2021, menggamit perhatian pakar, ilmuwan dan usahawan yang mengusahakan pembangunan dan pertanian luar bandar. Persidangan ini membincangkan mengenai pemanfaatan pembangunan ladang kongsi yang berkualiti tinggi untuk mendorong kemakmuran ekonomi bersama antara petani Cina serta kawasan luar bandar.

Ladang Kongsi Damao Sanya dianjurkan oleh Persidangan Ladang Kongsi 2021 pada 14-15 Disember.
Ladang Kongsi Damao Sanya dianjurkan oleh Persidangan Ladang Kongsi 2021 pada 14-15 Disember.

Kerja-kerja penerokaan Hainan dalam membangunkan ladang kongsi sejak lima tahun yang lalu telah menunjukkan daya maju model pembangunan ini sebagai asas penting dalam penggiatan semula luar bandar masa depan China.

Source: Hainan International Media Center (HIMC)
Keywords: Agriculture Banking/Financial Service Publishing/Information Service