omniture

UnionPay International Sasarkan Pertumbuhan dalam Penerimaan Pembayaran Tanpa Sentuh oleh Peniaga Lebih Kecil di Asia Tenggara

Penyelesaian SoftPOS pertama UPI mendemonstrasikan inovasi dan visinya untuk memperluaskan penerimaan tanpa sentuh dalam kalangan peniaga lebih kecil di rantau ini.
UnionPay International
2021-12-21 13:58 79

KUALA LUMPUR, Malaysia, 21 Disember 2021 /PRNewswire/ -- UnionPay International (UPI) memperkenalkan penyelesaian SoftPOS (Titik-Jualan) buat julung kalinya menggunakan teknologi pembayaran yang dikuasakan oleh pengusaha SoftPOS yang terkemuka di dunia Soft Space.

Penyelesaian SoftPOS yang akan dilancarkan di Malaysia dijangka mencipta peluang pasaran yang lebih besar untuk UPI untuk memperluaskan penerimaan tanpa sentuhnya, khususnya di Asia Tenggara, menambah kepada penerimaannya yang sudahpun agak besar  merentas 180 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Penyelesaian ini akan membolehkan UPI menawarkan penyelesaian SoftPOS kepada peniaga daripada semua saiz – terutamanya perusahaan bersaiz kecil dan sederhana (PKS) – dengan kesederhanaan dan kemudahan. Penyelesaian SoftPOS UPI ini, yang pertama untuk UPI dan akan dilancarkan di Malaysia, mentransformasikan telefon pintar Android NFC gred pengguna dengan komunikasi medan dekat (NFC) menjadi terminal pembayaran yang selamat dan mudah digunakan bagi menerima transaksi UnionPay tanpa sentuh.

"Visi UPI adalah untuk sentiasa menerobos sempadan baharu dalam inovasi pembayaran. Kami amat gembira kerana berupaya untuk bekerjasama dengan pengusaha Teknologi Kewangan yang terkemuka seperti Soft Space untuk memimpin pelancaran teknologi yang canggih ini," kata Huiming Cai, Pengurus Besar, UnionPay International Asia Tenggara. "Langkah berani yang kami ambil untuk menjadikan hal ini suatu kenyataan akan bertindak sebagai model dan batu loncatan ke arah aspirasi UPI untuk terus berinovasi di seluruh rantau ini."

"Kami memuji UPI kerana mengambil langkah ke hadapan untuk menginovasi penerimaan tanpa sentuh mereka bersama kami, membawa mereka untuk memperkenalkan penerimaan SoftPOS di Malaysia," kata Joel Tay, Ketua Pegawai Eksekutif Soft Space. "Kami percaya pengenalan SoftPOS UPI akan menjadi sesuatu yang bermanfaat memandangkan lebih daripada 50%[1] transaksi kad telahpun berciri tanpa sentuh hari ini."

Menurut SME Corporation Malaysia, PKS membentuk 97.2% daripada ekonomi Malaysia pada tahun 2020[2] dan ini menjadikan Malaysia sebagai lokasi yang ideal untuk UPI memperluaskan penerimaan tanpa sentuhnya.

Sebagai sebahagian daripada pelancaran ini, UPI bekerjasama dengan AmBank Group untuk menggunakan penyelesaian SoftPOS sedia adanya, "mTAP" untuk menggalakkan peniaga yang lebih kecil, yang mungkin teragak-agak untuk menerima pakai pembayaran tanpa sentuh ekoran kos yang tinggi dan kesulitan yang berkaitan dengan terminal pembayaran tradisional. Penyelesaian SoftPOS UPI akan boleh didapatkan di J's Gate Dining, kompleks menjamu selera makanan Jepun di tengah-tengah Kuala Lumpur.

"mTAP memberi manfaat baik kepada PKS mahupun pengguna. Penyelesaian ini berdaya maju dan menjimatkan kos yang dapat menggalakkan lebih banyak PKS menerima pembayaran kad. Dalam masa yang sama, pengguna berupaya untuk mendapat akses kepada perkhidmatan kewangan yang lebih pintar dan inovatif. Usaha ini akan mengukuhkan lagi proposisi nilai SME-in-a-Box kami termasuk produk deposit, pinjaman, transaksi dan perlindungan yang menarik, antara lain. PKS yang ingin membuka akaun dengan AmBank boleh berbuat demikian dengan mudah melalui aplikasi digital kami, AmAccessBiz atau dengan mengunjungi mana-mana daripada 170 cawangan kami di seluruh negara," kata Aaron Loo, Pengarah Urusan, Perbankan Runcit, AmBank.

Dibangunkan berasaskan kepada penyelesaian Fasstap Soft Space, SoftPOS UPI menunjukkan kecekapan dan keserasian Fasstap yang dapat memenuhi kesemua standard penerimaan pembayaran UPI yang ketat.

Fasstap ialah penyelesaian pembayaran proprietari Soft Space yang diperkenalkan sebagai penyelesaian SoftPOS berasaskan PIN yang pertama di dunia pada tahun 2018[3]. Sejak itu ia menerima pengesahan daripada skim kad utama dan digunakan untuk beberapa institusi perkhidmatan kewangan dan perusahaan korporat terbesar di Asia Pasifik, Amerika Utara, Eropah dan Timur Tengah.

[1] Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2020
https://www.bnm.gov.my/documents/20124/3026128/ar2020_en_book.pdf 

[2] Economic Census 2016 – Profile of SMEs https://www.smecorp.gov.my/index.php/en/policies/2020-02-11-08-01-24/sme-statistics

[3] Businesses can Accept MyDebit Card Payments Using Only Mobile Phoneshttps://paynet.my/press-release/2018/PayNet-Fasstap-Pilot-Launch.pdf 

Latar Belakang UnionPay International

UnionPay International (UPI) memberi tumpuan kepada perniagaan antarabangsa UnionPay. Melalui perkongsian dengan lebih 2,400 institusi di seluruh dunia, UnionPay International telah mengupayakan penerimaan kad di 180 negara dan wilayah dengan terbitan di 70 negara dan wilayah. UPI menyediakan perkhidmatan pembayaran rentas sempadan yang berkualiti tinggi, menjimatkan kos dan selamat kepada kumpulan Pemegang Kad yang terbesar di dunia dan menjamin perkhidmatan setempat yang mudah kepada Pemegang Kad UnionPay dan peniaga global yang semakin bertambah.

Di Malaysia, kad UnionPay diterima secara meluas di ATM dan terminal POS di seluruh negara. UPI bekerjasama dengan Bank of China (Malaysia), Boost, GoPayz, Huawei, Industrial and Commercial Bank of China, Public Bank dan Sarawak Pay untuk menawarkan pelbagai jenis produk pembayaran bermula daripada kad fizikal, kad maya, Kod QR sehinggalah pembayaran mudah alih dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.unionpayintl.com/my.

Latar Belakang Soft Space

Ditubuhkan pada tahun 2012, Soft Space ialah pengusaha SoftPOS terkemuka di dunia yang beribu pejabat di Kuala Lumpur, Malaysia. Soft Space memudahkan kerumitan infrastruktur kewangan dan mencipta ciri-ciri bernilai tambah untuk perniagaan bagi mengembangkan pertumbuhan perniagaan mereka. Dengan lebih 30 institusi kewangan merentas 10 negara mengguna pakai penyelesaian pembayarannya, Soft Space disokong oleh program Rangkaian Pemecutan dan Inovasi Global (GAIN) MDEC dan mendapat sokongan kewangan melalui Dana Strategik Pelaburan Domestik MIDA pada tahun 2012. Pada tahun 2018, Soft Space menduduki tempat ke-66 daripada 1000 syarikat dalam Laporan Khas 'FT 1000: Syarikat-syarikat dengan Pertumbuhan Tinggi di Asia Pasifik' Financial Times. Seterusnya pada tahun 2020, Soft Space turut diiktiraf sebagai salah sebuah Syarikat Berkembang Terpantas IDC pada tahun 2020.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://www.softspace.com.my/

Latar Belakang AmBank Group

AmBank Group ialah kumpulan perkhidmatan kewangan terkemuka dengan lebih 40 tahun kepakaran dalam menyokong pembangunan ekonomi Malaysia. Kami memiliki lebih tiga juta pengguna dan menggaji lebih 9,000 pekerja. Kumpulan ini disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada tahun 1988. Ia merupakan kumpulan perbankan keenam terbesar mengikut aset di Malaysia dengan permodalan pasaran mencecah sekitar RM9 bilion dan aset sebanyak RM169.2 bilion setakat 31 Mac 2020. AmBank Group menawarkan perkhidmatan kepada lebih tiga juta pelanggan individu dan korporat. Ia menyediakan perkhidmatan dalam perbankan borong, perbankan runcit, perbankan perniagaan, perbankan pelaburan dan perkhidmatan kewangan yang berkaitan termasuk perbankan Islam, pengunderaitan insurans am, pembrokeran stok dan saham, pembrokeran niaga hadapan, perkhidmatan nasihat dan pengurusan pelaburan dalam aset, amanah pelaburan hartanah dan amanah saham

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.ambankgroup.com

Source: UnionPay International
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce New products/services