omniture

Dana Rantaian Blok Signum Capital Manfaatkan Token TKO Tokocrypto, Token Berkembang Terpantas di Indonesia

Tokocrypto
2021-12-23 08:21 30

JAKARTA, Indonesia, 23 Disember 2021 /PRNewswire/ -- TKO oleh Tokocrypto, projek kripto Indonesia yang berfungsi sebagai tulang belakang untuk ekosistem rantaian blok lengkap yang mencakupi bursa (Tokocrypto), pasaran NFT (TokoMall) dan banyak lagi, telah memasuki portfolio pelaburan rantaian blok Signum Capital yang hebat.

Token TKO Tokocrypto, Token Berkembang Terpantas di Indonesia
Token TKO Tokocrypto, Token Berkembang Terpantas di Indonesia

Mengalu-alukan sokongan, Pang Xue Kai, Ketua Pegawai Eksekutif Tokocrypto berkata: "Kami menggunakan sumber ini untuk mempercepatkan aktiviti-aktiviti pembinaan ekosistem kami di wilayah ini, yang akhirnya meluaskan lagi keadaan penggunaan berfungsi TKO untuk tempoh jangka panjang dan mempercepatkan penerimaan kripto."

Dilancarkan melalui Binance Launchpad untuk penerimaan yang memecah rekod pada 7 April 2021 yang menghasilkan 50,000% lebihan langgan daripada had maksimumnya, Toko Token (TKO) ialah token utiliti natif Tokocrypto yang merupakan bursa digital aset kripto yang paling dipercayai di Indonesia dan juga entiti pertama di Indonesia yang didaftarkan di bawah Kementerian Perdagangan dan Bursa Niaga Hadapan (BAPPEBTI) negara ini.

John Ng Pangilinan, pengasas Signum Capital, berkata: "Misi kami adalah untuk bekerjasama dengan pengasas-pengasas berwawasan di seluruh dunia yang membina gelombang seterusnya syarikat dan platform rantaian blok yang utama dalam kategori. Kami akan memberi tumpuan kepada empat aspek utama termasuk pembinaan dan peningkatan infrastruktur, perkhidmatan dan sistem kewangan, platform tokenisasi aset serta aplikasi dan alat lain. Pelaburan dalam Tokocrypto merupakan satu demonstrasi visi kami untuk memanfaatkan teknologi kripto dan rantaian blok bagi menyediakan aplikasi yang inovatif, lantas menawarkan perkhidmatan kepada orang ramai di negara-negara sedang membangun di Asia Tenggara."

Portfolio-portfolio Dana sedia ada yang lain termasuk dompet ImToken, platform DeFi Acala, rangkaian kontrak pintar Assembly dan YGG SEA, organisasi berautonomi sub-terpencar syarikat pemula permainan rantaian blok Yield Guild Games (YGG).

Hubungan Media:
Anindita Sekar Jati
anindita@tokocrypto.com

Source: Tokocrypto
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Blockchain