omniture

Upacara penyampaian anugerah untuk Pertandingan Video Pendek Inisiatif Jalur dan Jalan ke-3 diadakan di Beijing

GLOBAL TIMES ONLINE
2021-12-23 09:03 102

BEIJING, 23 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Berita daripada Global Times Online: Upacara penyampaian anugerah untuk "Pertandingan Video Pendek Inisiatif Jalur dan Jalan" ketiga diadakan pada 21 Disember di Beijing.

Upacara penyampaian anugerah untuk Pertandingan Video Pendek Inisiatif Jalur dan Jalan ke-3 diadakan di Beijing
Upacara penyampaian anugerah untuk Pertandingan Video Pendek Inisiatif Jalur dan Jalan ke-3 diadakan di Beijing

Menerusi tema "Kongsikan peluang demi masa depan yang hebat", acara ini bertujuan untuk berkongsi kisah yang berkaitan dengan pembinaan Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) dalam era pasca-pandemik melalui video pendek dan mendemonstrasikan penghargaan yang ditunjukkan oleh orang ramai dari negara-negara sepanjang laluan BRI ke arah inisiatif ini demi peluang pembangunan yang dibawakan olehnya.

Pertandingan ini menceritakan kisah-kisah bertema BRI dalam bentuk yang disukai oleh orang ramai dan menerusi perkataan yang mudah difahami, seraya mengukuhkan hubungan insan dan menggalakkan kerjasama antarabangsa, kata Zhu Jingjin, Presiden Bahagian Produk Biologi dengan Sinopharm yang menyokong pertandingan ini.

Sejak pertandingan ini dimulakan pada bulan Jun, ia menerima hampir 1,000 penyertaan daripada 89 negara dan wilayah seluruh dunia. Selepas pusingan semakan oleh jawatankuasa penganjur, undian awam dan penggredan oleh pakar, 70 pemenang dipilih untuk 12 hadiah termasuk hadiah untuk anti-pandemik melalui perpaduan, hadiah kerana menggalakkan integrasi antara tamadun berbeza, hadiah kerana menyampaikan suara Generasi Z dan hadiah kerana mendorong amal sosial.

Mula diadakan pada tahun 2019, "Pertandingan Video Pendek Inisiatif Jalur dan Jalan" berjaya diadakan buat kali ketiga. Dari perspektif pembina dalam projek BRI, video-video tersebut diharapkan dapat menceritakan kisah projek BRI dalam membantu menyerlahkan potensi ekonomi tempatan dan menyampaikan dividen pembangunan kepada penduduk tempatan. Pertandingan ini memainkan peranan aktif dalam mengukuhkan pertukaran dan kerjasama antara negara-negara yang mengambil bahagian dalam BRI.

Source: GLOBAL TIMES ONLINE
Keywords: Computer/Electronics Construction/Building Entertainment Film & Motion Picture Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Awards New products/services