omniture

Kenali Deqing yang Mempesona dan Indah

Publicity Department of the CPC Deqing County Committee
2021-12-23 10:10 222

HUZHOU, China, 23 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Video berdurasi tiga minit yang memaparkan daerah Deqing, Bandar Huzhou, Wilayah Zhejiang, timur China menjadi popular di media sosial baru-baru ini, menarik perhatian daripada warganet dari dalam dan luar negara.

 

"Kenali Deqing yang Mempesona dan Indah", disiarkan di akaun @Hi Deqing melalui Facebook dan Twitter baru-baru ini, menggambarkan pemandangan landskap dan suasana daerah Deqing yang menarik dan begitulah cara penduduk tempatan melihat kampung halaman mereka dan memberikan mereka rasa kekitaan dan kebanggaan yang kuat.

Video di Facebook sahaja memperoleh hampir 3.8 juta tontonan dan lebih daripada 67,000 interaksi. Pengikut meninggalkan pesanan untuk menyatakan pujian mereka, bahkan turut berkongsi video ini. David Smith menulis: "Tidak lama lagi saya akan kembali untuk melihat tempat-tempat berkenaan. Subramani Chetty berkata: "Lebih baik anda ke China dan tinggal di sana."

Deqing terkenal dengan anugerah alam semula jadi dan budayanya seperti gunung-ganang, tanah lembap dan bandar purba. Ekonomi tempatan telah berkembang pada kadar yang menakjubkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Dalam usaha untuk meneroka platform baharu yang menghubungkan Deqing dan dunia luar, daerah ini melancarkan akaun rasminya di Facebook dan Twitter pada 19 Ogos untuk menunjukkan sebuah daerah yang penuh dengan daya hidup, daya tarikan dan potensi pembangunan yang besar.

Selepas proses perancangan dan reka bentuk yang teliti, akaun-akaun tersebut menyediakan beberapa tema untuk mengkategorikan sumber alam semula jadi dan budaya Deqing. Di samping menyiarkan foto dan video mengenai landskap, makanan, festival dan perayaan selain kemakmuran bersama pada setiap hari, dua akaun tersebut turut mengikuti secara dekat peristiwa semasa dan mengadakan aktiviti kreatif bagi menarik interaksi dan perkongsian.

Apabila Persidangan Biodiversiti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP 15) diadakan mulai 11 hingga 15 Oktober di Yunnan, China, sebuah video mengenai bagaimana Deqing telah melindungi burung upih jambul, burung yang sukar ditemui dan terancam serta haiwan dilindungi kelas pertama negara, disiarkan di akaun-akaun tersebut. Beberapa tahun kebelakangan ini, daerah ini telah memfokuskan kepada pemupukan tiruan dan pengenalan semula burung ini ke alam liar.

Foto-foto Hujan Meteor Leonid di Gunung Mogan di Deqing disiarkan di akaun-akaun tersebut pada bulan November yang menggabungkan sumber pelancong dan ucapan selamat daerah ini.

Ketika ini, media sosial merupakan sumber maklumat utama untuk khalayak luar negara. Kedua-dua akaun ini, yang mana masing-masing mempunyai lebih 90,000 dan 15,000 pengikut kini berperanan dan akan sentiasa berperanan sebagai penghubung dialog secara langsung antara daerah ini dan khalayak luar negara.

Source: Publicity Department of the CPC Deqing County Committee
Keywords: Computer/Electronics Publishing/Information Service Social Media Travel