omniture

"Hari Shanghai Electric" di China Pavilion Dubai Expo 2020 Sambut Pelawat dengan Pencapaiannya dalam Tenaga Baharu dan Peralatan Pintar

Shanghai Electric
2021-12-23 11:01 139

SHANGHAI, 23 Disember 2021 /PRNewswire/ -- China Pavilion mempesonakan pelawat di Dubai Expo 2020 dengan acara "Hari Shanghai Electric" yang diadakan pada 1 Disember yang mana beberapa pencapaian teknologi terhebat Shanghai Electric dikhususkan untuk membantu dunia membina masa depan yang lebih pintar dan lebih mesra alam dipaparkan sepenuhnya.

 

Pameran tersebut, meliputi pencapaian terkini Syarikat dalam tenaga baharu, perlindungan alam sekitar, infrastruktur pintar dan automasi industri, membawa audiens mengikuti lawatan bagi menunjukkan perjalanan Shanghai Electric untuk menjadi salah satu peneraju dalam tenaga baharu dan pembuatan industri dalam lima dimensi: Inovasi, Penyelarasan, Hijau, Terbuka dan Kongsi.

"Hari Shanghai Electric" di China Pavilion Dubai Expo 2020 Sambut Pelawat dengan Pencapaiannya dalam Tenaga Baharu dan Peralatan Pintar
"Hari Shanghai Electric" di China Pavilion Dubai Expo 2020 Sambut Pelawat dengan Pencapaiannya dalam Tenaga Baharu dan Peralatan Pintar

"Sebagai salah satu penyedia peralatan tenaga dan industri yang terkemuka, Shanghai Electric membantu mempercepatkan peralihan tenaga bersih UAE dan membentuk semula campuran tenaganya untuk masa depan yang mesra alam dengan membawakan penyelesaian pintar yang canggih kepada Mohammed bin Rashid Al Maktoum Solar Park. Melalui acara yang penting ini, saya berharap agar Shanghai Electric dapat mengukuhkan lagi kerjasama dengan rakan kongsi di UAE dan selanjutnya," kata Wang Rui, Ketua Pengarah China Pavilion di Dubai Expo 2020.

"Hari Shanghai Electric" di China Pavilion Dubai Expo 2020 Sambut Pelawat dengan Pencapaiannya dalam Tenaga Baharu dan Peralatan Pintar
"Hari Shanghai Electric" di China Pavilion Dubai Expo 2020 Sambut Pelawat dengan Pencapaiannya dalam Tenaga Baharu dan Peralatan Pintar

Zhou Guangyao, Timbalan Pengarah China Pavilion di Dubai Expo 2020 dan Abdulhameed AlMuhaidib, Ketua Pegawai Eksekutif Noor Energy 1, menghadiri acara tersebut bersama-sama wakil-wakil syarikat daripada Shanghai Electric dan ACWA Power.

"Hari Shanghai Electric" di China Pavilion Dubai Expo 2020 Sambut Pelawat dengan Pencapaiannya dalam Tenaga Baharu dan Peralatan Pintar
"Hari Shanghai Electric" di China Pavilion Dubai Expo 2020 Sambut Pelawat dengan Pencapaiannya dalam Tenaga Baharu dan Peralatan Pintar

UAE melancarkan Strategi Tenaga Bersih Dubai 2050 pada tahun 2017 yang bertujuan untuk meningkatkan bahagian tenaga bersih dan boleh diperbaharui di Dubai daripada 7% pada tahun 2020 kepada 25% pada tahun 2030 hingga 75% pada tahun 2050 dengan melabur sebanyak AED 600 bilion menjelang tahun 2050 untuk memenuhi permintaan tenaga yang semakin meningkat dan menjamin pertumbuhan yang berterusan untuk ekonomi negara ini. Sebagai salah satu rakan kongsi utama yang komited untuk membantu negara ini mencapai matlamat ini, Shanghai Electric dilantik sebagai kontraktor Kejuruteraan, Perolehan dan Pembinaan (EPC) untuk fasa keempat Mohammed bin Rashid Al Maktoum Solar Park bagi melaksanakan kedua-dua projek 700 MW CSP dan 250 MW PV.

Sejak bermulanya projek tersebut, jurutera dan pekerja Shanghai Electric berusaha sedaya upaya untuk menyiapkan kesemua fasa pembinaan utama tanpa sebarang kelewatan walaupun dengan persekitaran yang sukar dan impak daripada pandemick COVID-19. Menara solar, berdiri setinggi 260m di tengah-tengah tapak loji menara CSP, akan turut menjadi struktur tertinggi di dunia yang seumpamanya. Setelah siap, gabungan penyimpanan tenaga haba daripada menara solar dan loji palung parabola akan membekalkan tenaga mesra alam selama 24/7 untuk lebih 320,000 isi rumah, mengurangkan sekitar 1.6 juta tan emisi karbon secara tahunan.

Fasa kelima 900 MW Mohammed bin Rashid Al Maktoum Solar Park dijangka membekalkan tenaga mesra alam kepada 270,000 isi rumah dan mengurangkan 1.1 juta tan emisi karbon sebaik sahaja ia mula beroperasi. Pada 9 November, Block A, salah satu daripada tiga blok dalam projek 900 MW telah diberikan sijil penyerahan sementara.

Sebagai World Expo pertama yang pernah diadakan di wilayah Timur Tengah, Afrika dan Asia Selatan (MEASE), Dubai Expo 2020 yang berlangsung selama 182 hari mulai 1 Oktober 2021 hingga 31 Mac 2022, menyatukan semua keajaiban teknologi di seluruh dunia yang menekankan mengenai kemajuan saintifik, teknologi, ekonomi dan sosial. Dengan temanya "Menghubungkan Minda, Mencipta Masa Depan", ia bertujuan untuk memacu inspirasi, inovasi dan kolaborasi untuk mewujudkan masa depan yang lebih baik. Dinamakan sebagai "Cahaya China", pavilion China merupakan salah satu bangunan pameran terbesar di Dubai Expo 2020 dan membolehkan audiens global mengunjungi tempat tersebut melalui "pengalaman awan".

 

Source: Shanghai Electric
Related Stocks:
HongKong:2727 OTC:SIELY Shanghai:601727
Keywords: Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Trade show news