omniture

Penggalakan dan Pelaksanaan FTA Jadi Topik Hangat Sebelum RCEP Berkuat Kuasa

GUANGXI CA Panorama GROUP CO. LTD
2021-12-24 02:40 254

NANNING, China, 24 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Pada 22 Disember, Forum mengenai Kerjasama Antarabangsa untuk Penggalakan dan Pelaksanaan FTA China telah diadakan di Nanning, Guangxi, China. Forum ini dianjurkan secara bersama oleh China Council for the Promotion of International Trade (CCPIT) dan Kerajaan Rakyat Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi dan dikelolakan oleh Guangxi CA Panorama Group.

Para tetamu menyampaikan ucapan dan mengambil bahagian dalam perbincangan topik yang bertumpukan sekitar tema "Work Together to Promote FTA Cooperation, Map Out a Blueprint for Regional Development" ("Saling Bekerjasama untuk Menggalakkan Kerjasama FTA, Memetakan Pelan Tindakan untuk Pembangunan Serantau") dan membincangkan topik-topik yang berkaitan.

En. Liu Hongwu, Naib Gabenor Guangxi, berkata bahawa Guangxi berusaha untuk memperbesar skala pembangunan yang berkualiti tinggi, mempererat kerjasama dengan anggota-anggota RCEP, terutamanya anggota-anggota ASEAN dan mempercepatkan langkah untuk mewujudkan kedudukan unggul ASEAN-raya bagi pembukaan dan kerjasama yang menawarkan perkhidmatan kepada Jalur dan Jalan serta hab penting untuk Dwiperedaran Domestik-Antarabangsa.

Suasana Forum
Suasana Forum

Dalam ucapan video seterusnya, Cik Gao Yan, Pengerusi CCPIT, mengemukakan cadangan seperti mengamalkan multilateralisme sebenar untuk memimpin pembaharuan pengurusan ekonomi global, mempererat kerjasama dua hala, berbilang hala dan serantau untuk berkongsi pembangunan dan peluang dengan setiap negara dan sebagainya.

En. Han Seung-soo, Pengerusi Bersama Forum Kewangan Antarabangsa dan Bekas Perdana Menteri Republik Korea berkata bahawa di bawah persekitaran penyahglobalisasian China dan Korea harus bersiap siaga terhadap kejutan rantaian bekalan yang tidak diduga dengan membina sistem respons yang tepat pada masanya bagi menyediakan persekitaran yang stabil untuk perniagaan.

En. Zhang Xiangchen, Timbalan Ketua Pengarah WTO, berkata bahawa forum ini menandakan pemudahan perdagangan China melalui FTA serta refleksi dan penerokaan institusinya terhadap hubungan perdagangan global, menambah bahawa hal ini bermanfaat untuk hubungan antarabangsa bagi membangunkan hala tuju yang stabil, tersusun dan inovatif.

En. Chen Dehai, Setiusaha Agung ASEAN-China Center, berkata bahawa Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang dimulakan oleh ASEAN akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2022 yang akan merangsang daya penggerak dalaman untuk negara-negara di rantau ini, memudahkan kemakmuran jangka panjang dan pembangunan lestari di rantau ini dan menyediakan ruang yang lebih luas untuk jalinan kerjasama China-ASEAN.

Beberapa siri pencapaian telah dikeluarkan bagi memudahkan pelaksanaan dan penggalakan FTA seperti Nanning Initiative on International Cooperation for China's FTA Promotion and Implementation (Inisiatif Nanning berhubung Kerjasama Antarabangsa untuk Penggalakan dan Pelaksanaan FTA China), Guide on FTA Application (Panduan mengenai Permohonan FTA) dan Guide on the Business Environment of Foreign Countries for Chinese Investors (Panduan mengenai Persekitaran Perniagaan Negara-negara Asing untuk Pelabur Cina).

Source: GUANGXI CA Panorama GROUP CO. LTD
Keywords: Banking/Financial Service Retail Telecommunications Trade show news Financial Technology