KUALA LUMPUR, Malaysia, 24 Disember 2021 /PRNewswire/ -- HUAWEI Ads, bahagian pengiklanan mudah alih oleh Huawei, mengumumkan bahawa ia telah menyertai Malaysian Digital Association (MDA) sebagai ahli dan turut menandatangani perjanjian perkongsian dengan syarikat pelaburan media, GroupM, yang mana pihak ini akan berperanan sebagai rakan agensi bertauliah untuk memacu jualan pengiklanan di Malaysia. Hubungan yang diperkukuh dengan badan industri dan jenama pengiklanan terkemuka tempatan ini, membantu organisasi-organisasi untuk memanfaatkan kekuatan satu sama lain dan membolehkan HUAWEI Ads menyumbang kepada pertumbuhan industri teknologi pengiklanan (adtech) di Malaysia.
HUAWEI Ads berganding bahu dengan MDA dan GroupM untuk meluaskan kehadirannya dalam industri pengiklanan mudah alih Malaysia. Dilancarkan pada tahun 2020 di rantau Asia-Pasifik, HUAWEI Ads merupakan pasaran pengiklanan sehenti, programatik yang disesuaikan untuk peranti Huawei. Melalui HUAWEI Ads, pengiklan boleh memilih daripada pelbagai pilihan iklan untuk ditempatkan dalam aplikasi natif dan pihak ketiga Huawei, mengikut objektif-objektif kempen mereka.
MDA ialah sebuah pertubuhan bukan untung yang memfokuskan kepada pertumbuhan ekonomi digital Malaysia. Penyertaan keahlian ini dapat menghubungkan HUAWEI Ads dengan kumpulan ahli profesional pengiklanan digital yang komited termasuk penerbit digital, platform, agensi pengiklanan dan kreatif. Ini akan membolehkan HUAWEI Ads kekal berada di barisan hadapan trend iklan digital dan memainkan peranan dalam membentuk dasar digital serta standard pengiklanan Malaysia.
MDA turut menyediakan platform untuk perkongsian ilmu. Pada awal bulan Disember, HUAWEI Ads dijemput untuk menjadi salah satu penceramah di "Digital Wednesday" MDA baru-baru ini, sebuah program dalam talian yang berkongsi mengenai teknologi baru muncul di Malaysia. Semasa berlangsungnya sesi tersebut, wakil Huawei menyebut tentang titik sentuh berbilang digital yang disediakan dalam ekosistem mudah alih Huawei yang dapat membantu jenama-jenama mendekati khalayak baharu dengan berkesan dalam dunia yang hiper terhubung ini.
Memeterai perkongsian strategik untuk meluaskan tempat bertapak di Malaysia
Selain mengambil bahagian dalam gabungan industri ini, HUAWEI Ads turut memeterai perkongsian dengan GroupM, syarikat induk untuk agensi-agensi digital terkemuka seperti Wavemaker, Mindshare, Mediacom dan m/SIX. Sebagai "Agensi Bertauliah HUAWEI Ads ", GroupM dan agensi-agensinya akan mendapat akses eksklusif kepada pilihan inventori yang tersedia melalui HUAWEI Ads di Malaysia.
"GroupM ialah salah satu jenama yang paling terkenal dalam bidang pengiklanan digital dengan rekod pencapaian dan bahagian pasaran yang kukuh. Perkongsian ini akan membolehkan kami mendedahkan penyelesaian iklan berbeza kami kepada pengiklan GroupM semasa dan yang berpotensi," kata Rei Xiao, pengarah Ekosistem Peranti Huawei Malaysia.
HUAWEI Ads juga merupakan Penaja Titanium SourceCode 2021, persidangan tahunan yang dianjurkan oleh GroupM yang menumpukan perhatian kepada inovasi, cabaran dan tinjauan terkini dalam industri pemasaran digital.
Di persidangan berkenaan, Xiao berkongsi bahawa pertumbuhan era mudah alih telah menunjukkan petanda mendatar dengan penggunaan aplikasi dan MAU memuncak masing-masing kepada kira-kira 5 jam/hari dan 1.55 bilion. Sebaliknya, kos pemerolehan pengguna meningkat 3 hingga 5 kali ganda sepanjang 5 tahun yang lalu, seterusnya menimbulkan cabaran untuk keberkesanan pengiklanan.
"Menurut ResearchGate, pada penghujung tahun 2025, secara purata setiap orang akan memiliki lebih daripada 9 peranti pintar. Data berada di sekeliling kita, terkumpul dalam pelbagai platform. Walau bagaimanapun, pemecahan dalam sistem pengendalian menyebabkan halangan dalam perkongsian rentas ekosistem, pertukaran data dan keupayaan yang tidak serasi; meninggalkan kami dengan himpunan besar data yang bertaburan dan tidak teratur," kata Xiao.
"Dalam senario iklan mudah alih, HUAWEI Ads bermatlamat untuk menghubungkan ketersambungan data dan meminimumkan kerumitannya bagi menyediakan jangkauan yang tepat dan pengedaran iklan yang lebih pintar. Ini dapat dijayakan dengan strategi '1+8+N' semua-senario daripada Huawei."
Di bawah strategi '1+8+N', telefon pintar berperanan sebagai Satu (1) pusat dan rakan kongsi ekosistem Huawei berhubung merentas Lapan (8) peranti sokongan untuk mewujudkan persekitaran IoT terhubung sepenuhnya yang merangkumi perkhidmatan Tak Berpenghujung (N) menjadi kelebihan utama untuk data yang lebih padu.
"Dibina berdasarkan ekosistem kukuh Huawei, HUAWEI Ads memanfaatkan sinergi antara peranti Huawei, aplikasi natif, keupayaan terbuka dan lebih 33,000 media aplikasi pihak ketiga yang disepadukan dalam rangkaiannya untuk menyambungkan titik data dalam pelbagai peranti pintar dan aplikasi serta membantu pengiklan mendekati lebih daripada 730 juta pelanggan berpotensi global di ekosistem mudah alihnya," simpul Xiao.
Ciri-ciri iklan baharu seperti pembidaan dalam aplikasi dan iklan kontekstual akan diperkenalkan ke seluruh dunia bagi memenuhi keperluan pengiklan yang semakin berkembang. HUAWEI Ads juga aktif dalam perbincangan bersama firma-firma media lain yang disegani untuk membentuk pakatan yang lebih strategik dan meluaskan kedudukannya di peringkat tempatan.
Latar Belakang HUAWEI Ads
HUAWEI Ads, yang dilancarkan di rantau APAC pada tahun 2020, merupakan pasaran pengiklanan programatik sehenti yang dirancang khusus untuk peranti Huawei. Perkhidmatan ini berinteraksi dengan algoritma dan seni bina asas peranti Huawei, menjadikannya platform yang paling berkesan untuk mendekati kumpulan pengguna global Huawei seramai lebih 730 juta orang melalui peranti seperti telefon pintar, komputer peribadi (PC) dan tablet.