TOKYO, 24 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Ubitus K.K. (selepas ini Ubitus), penyedia permainan awan yang terkemuka di dunia, bersama-sama Ericsson (Malaysia), mendemonstrasikan kelebihan 5G melalui permainan awannya di Announcement of Commercial Availability of 5G Services (Pengumuman Ketersediaan Komersial Perkhidmatan 5G) oleh Digital Nasional Berhad pada 15 Disember 2021 di Kuala Lumpur. 5G menawarkan kependaman rendah dan lebar jalur tinggi yang belum pernah terjadi sebelum ini yang dapat membawakan aplikasi baharu dan memberi manfaat kepada banyak perniagaan di Malaysia.
Permainan awan, aplikasi yang amat diperlukan dalam era 5G
Dengan kejayaan komersial yang telahpun dicapai di wilayah yang lain. Ubitus menawarkan tapak perkhidmatan Gamenow, membolehkan pengguna mengalami dengan jelas permainan awan dengan bermain judul-judul yang menarik seperti Shadows: Awakening, WRC8, Smoots World Cup Tennis, Trine4 dan Raiden IV: Overkill, bersama peranti pilihan mereka: mudah alih, TV, PC atau tablet. Sama seperti kemajuan 3G and 4G yang membuatkan penstriman muzik dan video tersebar luas, kuasa rangkaian 5G harus menjadikan hiburan interaktif dan intensif grafik seperti permainan awan berada di mana-mana dan mampu milik.
Ubitus, menerusi teknologinya yang berpaten dan penyelesaian yang terbukti dalam pasaran, bersedia untuk membantu pelanggan yang ingin memanfaatkan peluang yang ditawarkan oleh 5G dan permainan awan.
Latar Belakang Ubitus
Ubitus mengendalikan teknologi pemayaan GPU terbaik di dunia dan platform penstriman awan serta berdedikasi untuk memberi pengalaman pengguna yang unggul melalui teknologi canggihnya. Selagi mana pengguna terhubung kepada rangkaian jalur lebar, mereka boleh menikmati pengalaman permainan AAA menerusi pelbagai peranti, seperti telefon pintar, tablet, konsol permainan, TV pintar dan komputer peribadi.
Menerusi GDK (kit pembangunan permainan) yang komprehensif, Ubitus menyediakan penyelesaian penggabungan pantas-ke-pasaran untuk menyokong syarikat-syarikat permainan di Jepun dan luar negara yang berminat dengan permainan awan. Ubitus bekerjasama dengan pembawa telekomunikasi, penyedia perkhidmatan dalam talian dan penerbit permainan di seluruh dunia.
Hubungi Kami
TEL: +81-3-6435-3295 (Tokyo)
+886-2-2717-6123 (Taipei)
Hubungan media: pr@ubitus.net
Pertanyaan perniagaan: contact@ubitus.net