LONDON, 17 September 2013 /PRNewswire/ --
Telnic Limited (http://telnic.org), Pengendali Daftar untuk domain peringkat atas .tel bertumpu telekomunikasi, hari ini mengumumkan semua turutan domain .tel nombor sepenuhnya yang terdiri daripada lapan digit atau lebih panjang lagi boleh didapati pada bulan Oktober.
Pedaftar yang ingin mendaftar turutan seperti 00442074676450.tel atau 0207-467-6450.tel boleh berbuat demikian melalui Pendaftar ditauliahkan ICANN mulai 15:00 GMT pada hari Selasa 15 Oktober.
"Pedaftar kini mempunyai pilihan yang lebih banyak untuk mendaftar nama .tel atau nombor .tel agar mereka boleh menerbitkan semua jenis maklumat hubungan dalam talian di bawahnya," kata Khashayar Mahdavi, Ketua Pegawai Eksekutif Telnic. "Ini bermakna jika pelanggan itu tahu sama ada nama perniagaan atau nombor telefon untuk perniagaan, ia boleh dicapai dalam talian dengan lebih mudah dan dalam cara yang lebih mesra mudah alih."
Pendaftaran akan dibuat mengikut konsep siapa cepat, dia dapat. Harga runcit ditetapkan oleh Pendaftar ditauliahkan ICANN dan wakil jualan mereka, tetapi ia dijangka akan sejajar dengan harga .tel yang sedia ada.
Senarai Pendaftar ditauliahkan ICANN semasa yang menawarkan pendaftaran domain .tel boleh didapati di http://telnic.org/get-started-buy.html.
Untuk maklumat lanjut tentang .tel dan Telnic, sila lawati http://telnic.tel.
Nota kepada Editor:
Tentang Telnic Limited - layari http://telnic.tel
Hubungan Utama - Justin Hayward, Pengarah Komunikasi, Telnic Limited: http://justin.tel
Sumber: Telnic Limited