omniture

Tinjauan Global 2021: GWM Percepatkan Globalisasi

GWM
2021-12-27 09:07 144

BAODING, China, 27 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Walaupun dalam keadaan sukar akibat pandemik COVID-19 dan kekurangan cip. GWM mempercepatkan kadar globalisasinya. Ia telah mengambil bahagian secara aktif dalam beberapa pameran auto antarabangsa dan melancarkan beberapa model pilihan, lantas menunjukkan kepada dunia mengenai momentum strategi globalisasinya yang semakin berkembang.

GWM Mempercepatkan Globalisasi
GWM Mempercepatkan Globalisasi

Tahun ini, jaringan jualan GWM telah meliputi lebih 60 negara. Demi mempercepatkan pelaksanaan strateginya di Eropah, GWM menubuhkan sebuah subsidiari di Munich, Jerman dan menubuhkan ibu pejabat Eropahnya. Dalam masa yang sama, agar sentiasa membangunkan pasaran global, syarikat ini telah memperluaskan jualannya ke Asia Tenggara, Amerika Selatan, Eropah, Afrika Utara dan wilayah-wilayah lain. Inisiatif ini menunjukkan daya saing global GWM di arena antarabangsa.

Di samping itu, GWM memperoleh dan telah memulakan operasi kilang baharu masing-masing di Thailand dan Brazil yang menyediakan kapasiti pengeluaran yang mencukupi untuk pasaran globalnya. Selepas tujuh bulan membuat persiapan dan penambahbaikan, GWM memulakan operasi Kilang Rayong di Thailand pada bulan Jun dan menyediakan teknologi pengeluaran yang canggih, bagi memacu ke hadapan dalam pembangunan industri automobil tempatan. Dua bulan kemudian, ia menandatangani perjanjian pemerolehan dengan kilang Daimler AG di Brazil. Pemeteraian perjanjian ini akan membolehkan GWM meliputi Brazil dan seluruh Amerika Selatan.

Dari segi penyelidikan dan pembangunan teknologi, GWM menubuhkan Zhangjiagang (China) Technology Center pada bulan Februari tahun ini yang merupakan pusat R&D kedua yang ditubuhkan oleh GWM berdasarkan kepada strategi globalisasinya. GWM mempunyai berpuluh-puluh ribu kakitangan R&D dan reka bentuk setakat ini, dengan melakar pencapaian R&D terutamanya dalam penemuan teknologi platform L.E.M.O.N., platform Coffee Intelligence dan platform TANK.

Berdasarkan kepada kedudukan syarikat teknologi pintar global, GWM sentiasa mengukuhkan falsafah bertumpukan pengguna. Ia memberi penekanan tinggi ke atas pengalaman pengguna global dan beradaptasi secara beransur-ansur kepada budaya tempatan di seluruh dunia. Di Thailand, memandangkan Loy Krathong merupakan salah satu festival tradisional yang paling penting, iaitu versi tempatan bagi Hari Valentine, yang membawa hajat dan doa orang ramai sepanjang hayat, GWM disepadukan dengan baik dalam kehidupan penduduk tempatan dengan mencipta lampu air super. Di Chile, GWM memberi tumpuan kepada kumpulan pengguna yang menyukai pengembaraan dan menyertai rancangan realiti pandu sendiri bersama Luis Andaur, seorang pengembara tempatan yang terkenal.

Hasil daripada pencapaian cemerlang dalam kesemua aspek di atas, GWM tersenarai sebagai antara 50 Pembina Jenama Global Cina Terbaik pada tahun 2021, menurut laporan bersama oleh Google dan Kantar Brand Z

"Satu-satunya cara untuk jenama-jenama auto mengatasi pesaing dalam erti kata yang sebenar adalah dengan mengukuhkan kelebihannya sendiri dengan pesat dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang," kata Jack Wei, pengerusi GWM, di Persidangan Pelancaran Global Strategi 2025. Dijangkakan bahawa jualan tahunan global syarikat ini menyasarkan 4 juta kenderaan akan dicapai dalam tahun 2025.

Source: GWM
Keywords: Auto Banking/Financial Service Internet Technology Publishing/Information Service Retail Telecommunications Transportation