omniture

Vaksin COVID-19 yang Dibangunkan oleh WestVac BioPharma Mempunyai Antibodi Peneutralan Terhadap Omicron

WestVac Biopharma Co.,Ltd.
2021-12-28 10:30 143

CHENGDU, China, 28 Disember 2021 /PRNewswire/ -- WestVac BioPharma Co., Ltd. telah mencapai kemajuan yang besar dalam generasi kedua vaksin COVID-19 terhadap strain mutan Omicron.

Vaksin ini tergolong dalam teknologi vaksin generasi kelima, yang menyasarkan protein S-RBD daripada strain mutan COVID-19, antigen vaksin subunit trimer ini direka bentuk dengan tepat berdasarkan struktur. Pengeluaran vaksin yang berskala besar ini mengguna pakai teknologi pengeluaran sel serangga yang termaju di peringkat antarabangsa dan selaras dengan adjuvan vaksin baharu antarabangsa. Vaksin ini dapat mencetus titer antibodi peneutralan yang tinggi apabila mengimunkan haiwan seperti tikus atau monyet. Antibodi peneutralan terhadap strain varian Omicron boleh mencapai tahap sepuluh ribu (apabila darah dicairkan sebanyak 10,000 kali, ia masih berupaya untuk menghalang virus daripada menjangkiti sel). Telah diketahui sebelum ini bahawa vaksin ini mempunyai tahap sehingga sepuluh ribu antibodi peneutralan yang sepenuhnya mencegah strain Brazil, Afrika Selatan, Delta dan strain mutan Euvirus lain, yang mencadangkan bahawa vaksin ini ialah vaksin COVID-19 yang universal terhadap berbilang strain mutan, dan ia juga merupakan vaksin COVID-19 pertama yang diumumkan di peringkat antarabangsa yang mempunyai titer antibodi peneutralan yang tinggi terhadap Omicron.  Eksperimen haiwan yang dilakukan dengan vaksinasi berurutan pelbagai jenis vaksin COVID-19 menunjukkan bahawa dua dos vaksin mRNA/tak teraktif atau satu dos vaksin adenovirus, diikuti dengan vaksin ini, mengaktifkan tindak balas imun dengan cepat dan menghasilkan antibodi peneutralan perlindungan yang lebih tinggi berbanding jenis vaksin yang sama. Vaksin ini telah melengkapkan penyelidikan proses dan penyediaan berskala besar. Proses pengeluaran ini stabil dan ia telah diperakui oleh Institut Kawalan Makanan dan Ubat Kebangsaan; penyelidikan farmakodinamik ke atas keimunogenan dan perlindungan tikus kecil, tikus dan monyet, serta penilaian keselamatan pra-klinikal telah pun selesai; ia dijangka memasuki ujian klinikal pada awal 2022.


WestVac Biopharma ialah platform vaksin dan imunoterapi yang terkemuka di peringkat antarabangsa. Ia disenaraikan sebagai syarikat unikorn dalam tahun 2021. WestVac mempunyai bengkel pengeluaran GMP dengan pengeluaran tahunan sebanyak 600 juta dos, dan memperoleh "Lesen Pengeluaran Ubat" yang dikeluarkan oleh pentadbiran produk perubatan tempatan. Syarikat ini mempunyai platform ekspresi sel serangga matang, vaksin mRNA, adjuvan baharu, vaksin bakteria dan vaksin tumor dan imunoterapi, dan mempunyai 21 vaksin dalam proses. Vaksin COVID-19 rekombinan semburan hidung terhadap varian juga sedang dibangunkan. Kemudahannya akan menggalakkan vaksinasi di seluruh dunia.

Source: WestVac Biopharma Co.,Ltd.
Keywords: Banking/Financial Service Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals