omniture

Kopi Kenangan, rangkaian F&B Runcit Baharu berkembang paling pantas di Indonesia, capai status unikorn dengan pengumpulan dana Siri C

Kopi Kenangan
2021-12-28 12:00 184

JAKARTA, Indonesia, 28 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Kopi Kenangan, rangkaian makanan dan minuman (F&B) Runcit Baharu yang berkembang paling pantas di Indonesia, terkenal dengan rasa kopinya yang enak, hari ini mengumumkan bahawa ia telah mengumpul sebanyak $96 juta dalam penutupan pertama pendanaan Siri C, lalu memberi penilaian sebanyak lebih daripada $1 bilion kepada syarikat ini. Pusingan Siri C terpohon beli berlebihan ini diketuai oleh Tybourne Capital Management, dengan penyertaan daripada pelabur-pelabur sedia ada termasuk Horizons Ventures, Kunlun, dan B Capital, serta pelabur baharu Falcon Edge Capital.

Pusingan pendanaan ini dibuat tatkala Kopi Kenangan menyaksikan permintaan domestik yang kukuh untuk tawaran produknya yang diperluas seperti jenama rotinya Cerita Roti dan jenama "ayam di mana-mana sahaja" Chigo, dan biskut lembut jenama Kenangan Manis, serta pertumbuhan pantas yang berterusan jenama kopi yang ditanam sendiri termasuk penambahan hiasan atas terkini, Sultan Boba. Syarikat ini telah menunjukkan pertumbuhan jualan kasar yang mantap sepanjang 12 bulan yang lalu, dengan jualan berbanding tahun sebelumnya meningkat lebih dua kali ganda dan ia mengekalkan keuntungan lantaran margin peringkat-kedai yang mantap dan tempoh bayar balik-pelaburan yang menarik. Sepanjang tahun lalu, aplikasi Kopi Kenangan telah menjadi aplikasi kopi yang paling banyak dimuat turun dan diberi penilaian terbaik di Indonesia.

Dengan pusingan pendanaan yang terkini, Kopi Kenangan akan mempercepatkan pengembangan jenama-jenama baharunya, Cerita Roti, Chigo dan Kenangan Manis di seluruh Indonesia dan akan terus membangunkan jaringan Kopi Kenangan dan meluaskan jejaknya di peringkat antarabangsa.

Edward Tirtanata, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kopi Kenangan berkata: "Saya amat berbesar hati untuk mengumumkan mengenai pengumpulan dana ini, yang meletakkan kami di kedudukan sebagai Unikorn F&B Runcit Baharu yang pertama dari Asia Tenggara. Sokongan yang berterusan daripada pelabur kami serta penyokong baharu dalam pusingan pendanaan ini, merupakan bukti terhadap tumpuan berterusan kami untuk meningkatkan produktiviti kedai dan menggunakan teknologi untuk mencipta pengalaman buat pelanggan kami. Misi kami adalah untuk menjadi jenama pengguna yang paling disukai di Asia Tenggara dan sebagai sebahagian daripada visi lima tahun kami, kami kekal komited untuk meluaskan jejak kami dengan pantas ke beribu-ribu kedai di seluruh Asia Tenggara dan turut meluaskan tawaran kami."  

Kopi Kenangan ditubuhkan pada tahun 2017 oleh Edward Tirtanata, James Prananto dan Cynthia Chaerunnisa, menyasarkan jurang dalam pasaran di Indonesia antara kopi berharga tinggi yang dihidangkan di rangkaian kopi antarabangsa serta kopi segera yang dijual di banyak gerai jalanan negara ini. Pelanggan ditawarkan dengan kemudahan memesan melalui aplikasi dan diberi pilihan sama ada kopi dihantar ke pintu rumah mereka atau mengambil sendiri di salah satu daripada banyak kedai Kopi Kenangan di seluruh negara ini.

Model dalam talian dan luar talian runcit baharu ini telah diterima baik oleh pengguna dan dalam tempoh hanya 4 tahun Kopi Kenangan telah berkembang untuk menggaji lebih daripada 3,000 kakitangan hampir di 600 kedai merentas 45 bandar. Sepanjang pandemik COVID-19, Syarikat ini belajar untuk beradaptasi dengan pantas terhadap persekitaran perniagaan yang berubah-ubah dan cabaran dengan menggunakan strategi baharu seperti menggunakan permintaan tempahan tanpa sentuh yang mempercepatkan pendapatan dan kumpulan penggunanya. Ia telah menghidangkan 40 juta cawan kopi dalam tempoh 12 bulan yang lalu dan dijangka untuk menyajikan hampir 5.5 juta cawan sebulan dalam Suku Pertama 2022.

Bosun Hau, Pengarah Urusan Tybourne Capital Management berkata: "Dalam beberapa tahun yang singkat, Edward dan James, berserta pasukan pengurusan yang amat berpengalaman, telah mengembangkan perniagaan ini dengan ketara dan membantunya menangani cabaran akibat krisis COVID-19 yang masih berlaku. Kami amat teruja dengan potensi Kopi Kenangan ketika ia terus memanfaatkan pasaran F&B yang berkembang pesat di Asia Tenggara. Kekuatan pasukan Kopi Kenangan, digandingkan dengan semangat keusahawanannya, pengetahuan yang mendalam mengenai industri F&B serta kebolehan mereka menggunakan teknologi untuk mengekalkan dan berinteraksi dengan pelanggan serta meningkatkan kecekapan dan penjualan, memberi petanda baik untuk masa depan unikorn Indonesia yang baharu ini."

Latar Belakang Kopi Kenangan

Kopi Kenangan ialah rangkaian makanan dan minuman (F&B) Runcit Baharu yang berkembang paling pantas di Indonesia untuk rasa kopinya yang cukup enak, dengan lebih 600 outlet merentas 45 bandar. Kopi Kenangan ditubuhkan pada tahun 2017, menyasarkan jurang dalam pasaran antara kopi berharga tinggi yang dihidangkan oleh rangkaian kopi antarabangsa dan kopi segera yang dijual di banyak kios tepi jalan dan gerai jalanan negara ini. Pada tahun 2020, Kopi Kenangan berkembang ke dalam industri makanan dengan melancarkan jenama roti yang dikenali sebagai Cerita Roti, dan kemudiannya pada 2021, melancarkan jenama "ayam di mana-mana sahaja" bernama Chigo dan biskut lembut jenama Kenangan Manis. Dengan memahami dan menerokai citarasa tempatan serta model dalam talian dan luar talian 'runcit baharu' yang memfokuskan kepada pengalaman pelanggan, Kopi Kenangan mempunyai visi untuk menjadi perniagaan makanan dan minuman terbesar di Indonesia dan di Asia Tenggara, melalui produk berkualiti yang berpatutan, perkhidmatan yang pantas dan mesra, kawalan kualiti serta pembangunan perniagaan yang kreatif. Kopi Kenangan telah mengumpul lebih $[240j] setakat ini daripada pelabur-pelabur berkualiti tinggi seperti Sequoia Capital India, Verlinvest, Sofina, Horizon Ventures, B Capital dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.kopikenangan.com dan ikuti perjalanan kami di Facebook: Kopi Kenangan, Instagram: @kopikenangan.id, Twitter: @kopikenangan_id and Linkedin: Kopi Kenangan. 

Latar Belakang Tybourne Capital Management:

Tybourne Capital Management ialah pelabur pertumbuhan global dalam pasaran ekuiti awam dan persendirian, memfokuskan kepada pelaburan dalam sektor Pengguna, Kewangan, Rawatan Kesihatan dan TMT. Firma ini ditubuhkan pada tahun 2012 dan beribu pejabat di Hong Kong dengan sebuah pejabat di San Francisco. Tybourne mengurus modal jangka panjang bagi pihak organisasi bukan untung yang terkemuka, endowmen universiti, badan berdaulat, pencen korporat dan pejabat keluarga.

Source: Kopi Kenangan
Keywords: Beverages Food/Beverages Non-Alcoholic Beverages Retail Venture Capital