omniture

CHTF2021 Dibuka di Shenzhen China

CHTF Organizing Committee Office
2021-12-30 08:35 211

SHENZHEN, China, 30 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Pameran Teknologi-Tinggi China (CHTF2021) kali ke-23 dibuka di Shenzhen, China pada 27 Disember 2021.

Pameran Teknologi-Tinggi China 2021—Pameran Teknologi No. 1 China dibuka pada 27-29 Disember di Shenzhen China
Pameran Teknologi-Tinggi China 2021—Pameran Teknologi No. 1 China dibuka pada 27-29 Disember di Shenzhen China

CHTF 2021 merangkumi komponen dalam talian serta luar talian, masing-masing berlangsung selama lima hari dan tiga hari. Lebih daripada 1,900 perusahaan domestik dan asing muncul pada hari pertama pameran dalam talian CHTF, meliputi pelbagai bidang teknologi-tinggi seperti Internet dan teknologi komunikasi generasi seterusnya termasuk pengkomputeran awan dan 5G serta industri-industri baru muncul yang strategik mencakupi perlindungan terhadap alam sekitar, kenderaan tenaga baharu dan aeroangkasa.

Jenama-jenama korporat domestik terkenal yang hadir di CHTF pada tahun ini termasuk Huawei, ZTE, Honor dan Changhong Group. Mereka turut disertai oleh Tsinghua University, Peking University dan institusi-institusi akademik terkemuka yang lain, sementara Kementerian Perdagangan, Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat serta jabatan-jabatan kerajaan yang lain turut mengadakan pameran.

Sebagai sebuah acara sains dan teknologi yang terkenal di peringkat antarabangsa, CHTF menyediakan pentas yang penting untuk berkongsi pandangan kritikal mengenai keperluan pasaran baharu, teknologi masa depan dan trend baharu dalam pembangunan industri. CHTF pada tahun ini menumpukan kepada beberapa tema terkemuka yang berakar umbi di China, namun memiliki perkaitan global seperti "Era Baharu, Ekonomi Baharu", "Puncak Karbon dan Keneutralan Karbon" serta "Pembuatan Pintar China". Istilah tidak formal yang popular ketika ini, seperti era pasca-pandemik dan 'metaverse' dirangkumkan dengan kukuh oleh produk dan teknologi inovasi saintifik serta teknologi tegar yang dipamerkan di CHTF.

Kehadiran antarabangsa di CHTF 2021 adalah unik, menerusi pertukaran dan jalinan kerjasama antara rakan-rakan kongsi Cina dan asing yang masih berterusan walaupun dengan pandemik global ini. Perusahaan-perusahaan dari 25 negara mengadakan pameran secara dalam talian, manakala delegasi dari 11 negara termasuk Belgium, Brazil, Poland mengadakan pameran secara langsung di Shenzhen World Exhibition and Convention Center.

Satu komponen penting dalam CHTF ialah Forum Teknologi-Tinggi China yang telah menjadi platform penting untuk berkongsi perkembangan saintifik dan teknologi yang terkini, memahami ekonomi Cina mahupun global serta mengukuhkan kerjasama teknikal dan ekonomi antarabangsa. Forum tahun ini bakal dihadiri oleh hampir 50 pakar, ilmuwan dan juga wakil perniagaan.

Pameran Maya dan Forum Dalam Talian: https://online.chtf.com/pcen23/#/Home

Laman Sesawang Rasmi: https://www.chtf.com/english/ 
Facebook: @CHTFChina
LinkedIn: @China Hi-tech Fair

Source: CHTF Organizing Committee Office
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Trade show news