omniture

Shanghai Electric Laksanakan Amalan Pembinaan Mesra Alam Lindungi Persekitaran Semula Jadi Dubai

Shanghai Electric
2021-12-30 08:41 135

SHANGHAI, 30 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Shanghai Electric ("Shanghai Electric" atau "Syarikat") (601727.SS dan 02727. HK) memainkan peranan penting dalam membantu negara-negara Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) membina infrastruktur rendah karbon dan tenaga bersih sekali gus melaksanakan amalan pembinaan mesra alam dalam usahanya untuk melindungi sistem ekologi tempatan dan meminimumkan kesan ke atas habitat haiwan. Komitmen berterusan Shanghai Electric terhadap perlindungan alam sekitar ini telah menyaksikan pasukan jurutera Syarikat ini bekerjasama dengan pakar ekologi untuk melindungi hidupan liar tempatan memandangkan ia menyokong Emiriah Arab Bersatu untuk menggiatkan usaha ke arah mencapai sasaran karbon sifar bersih dengan membangunkan projek kuasa terma solar yang terbesar di dunia untuk penduduk tempatan.

Shanghai Electric Laksanakan Amalan Pembinaan Mesra Alam Lindungi Persekitaran Semula Jadi Dubai.
Shanghai Electric Laksanakan Amalan Pembinaan Mesra Alam Lindungi Persekitaran Semula Jadi Dubai.

Sebagai rakan kongsi rasmi China Pavilion di Dubai World Expo 2020, Shanghai Electric telah mengambil bahagian dalam pembinaan fasa keempat 950MW Mohammed bin Rashid Al Maktoum Solar Park. Projek ini yang merangkumi loji kuasa solar (CSP) tertumpu 700MW dan loji fotovolta (PV) 250MW meliputi kawasan berkeluasan 44 kilometer persegi, bersamaan dengan 6,162 padang bola sepak. Terletak di tengah-tengah loji CSP ini ialah menara kuasa solar 100MW yang berukuran 262 meter tinggi – loji tertinggi seumpamanya di dunia – dan dijangka menyampaikan tenaga bersih kepada lebih 320,000 isi rumah Dubai dan mengurangkan 1.6 juta tan emisi CO2 setelah siap.

Shanghai Electric Laksanakan Amalan Pembinaan Mesra Alam Lindungi Persekitaran Semula Jadi Dubai.
Shanghai Electric Laksanakan Amalan Pembinaan Mesra Alam Lindungi Persekitaran Semula Jadi Dubai.

Memelihara biodiversiti sedia ada merupakan salah satu tumpuan utama buat Shanghai Electric apabila ia merancang dan menjalankan kerja-kerja pembinaan. Syarikat ini melaksanakan pelbagai langkah dengan bantuan pakar pemuliharaan dan ekologi untuk mengukuhkan pengurusan alam sekitarnya dan menjamin keselamatan ekosistem flora dan fauna. Semasa tahap perancangan, Shanghai Electric menjalankan tinjauan dan kajian yang meluas ke atas habitat haiwan dan tumbuhan tempatan yang membuka laluan untuk projek penempatan semula hidupan liarnya.

Shanghai Electric Laksanakan Amalan Pembinaan Mesra Alam Lindungi Persekitaran Semula Jadi Dubai.
Shanghai Electric Laksanakan Amalan Pembinaan Mesra Alam Lindungi Persekitaran Semula Jadi Dubai.

Menjalin kerjasama dengan agensi-agensi perlindungan haiwan tempatan, Shanghai Electric menubuhkan sepasukan pakar yang ditugaskan untuk mengkaji tingkah laku haiwan dan mencari jalan penyelesaian yang berkesan untuk membimbing haiwan liar keluar dari tapak pembinaan. Kemudian, pasukan ini mengambil keputusan untuk memagar tapak ini dan meletakkan makanan dan air di kawasan terbuka yang dijarakkan pada 200 meter untuk mengumpan haiwan agar mereka dapat menempatkan semula haiwan tersebut dengan selamat ke kawasan lain. Dengan cara ini, Shanghai Electric telah dapat melindungi pelbagai spesies haiwan yang berasal dari Dubai termasuk cicak, unta, antelop pedang (sword antelope) dan rubah.

Bagi mengiktiraf sumbangan Shanghai Electric terhadap perlindungan ke atas alam sekitar semasa pembinaan projek CSP Dubai, Emirates Environmental Group, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terbesar yang dikhususkan untuk pemuliharaan alam sekitar di UAE, menjemput Shanghai Electric untuk mengambil bahagian dalam acara "For Our Emirates We Plant" pada tahun 2020 dan 2021 serta menanam lapan batang pokok Sidra di Emirate of Ras Al Khaimah di bawah nama Shanghai Electric.

"Projek Dubai ini meliputi kawasan tanah yang luas yang menempatkan pelbagai tumbuhan dan haiwan liar, lalu merumitkan langkah-langkah pengurusan alam sekitar yang penting untuk mengekalkan keutuhan biodiversiti tempatan. Pasukan ini mengambil kira semua faktor yang mungkin menimbulkan ancaman kepada hidupan liar, melindungi sistem ekologi tempatan dan dalam masa yang sama membantu kerajaan Dubai mencapai keneutralan karbon menjelang tahun 2050," kata Zhao Hui, pengurus projek Dubai.

Bagi memenuhi tanggungjawabnya terhadap alam sekitar, Shanghai Electric juga melihat langkah-langkah untuk memulihara sumber dan mengurangkan pencemaran alam sekitar yang disebabkan oleh bahan buangan yang terhasil sepanjang tempoh kerja-kerja pembinaan. Pasukan Shanghai Electric mengumpul botol plastik, botol kaca, tin dan kartrij cetak bagi tujuan kitar semula terpusat sejak bermulanya kerja-kerja pembinaan dengan jumlah barang kitar semula yang direkodkan pada tahun 2021 mencapai tiga kali ganda lebih banyak daripada tahun sebelumnya.

Peneraju global bagi tenaga boleh diperbaharui, Shanghai Electric telah membentuk semula campuran tenaga global dengan menggalakkan pembangunan mesra alam, menyerlahkan revolusi angin dan fotovolta bagi memenuhi cabaran iklim global. Memandang ke hadapan, Shanghai Electric akan terus mendorong inovasi dalam teknologi mesra alam, memanfaatkan produk bersihnya yang berkualiti tinggi bagi memudahkan peralihan global ke arah ekonomi yang lebih mampan.

Source: Shanghai Electric
Related Stocks:
HongKong:2727 OTC:SIELY Shanghai:601727
Keywords: Construction/Building Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Animal Welfare Animals/Pets Corporate Social Responsibility