omniture

Lengan Robotik Pertama Unitree Technology Company Berkolaborasi dengan Robot Berkaki Empat

Anda pastinya dapat melihat lengan robotik menerusi pelbagai kesempatan; namun begitu, anda pasti belum pernah melihat lengan yang direka khas untuk robot berkaki empat.
Unitree
2022-01-03 10:23 311

HANGZHOU, China, 3 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Unitree Technology mengumumkan pelancaran lengan robotik Z1. Pada 20 Disember, satu perbincangan mengenai robot berkaki empat dan lengan robotik telahpun diadakan, dengan Unitree Technology membawakan penyelesaian kepada banyak persoalan menerusi lengan robotik mereka yang baru dilancarkan.


Senario Aplikasi Terpelbagai 

Daripada video secara langsung syarikat ini, lengan robotik boleh dipasang di bahagian kepala robot. Dengan lengan sedemikian, robot dapat menyempurnakan tindakan dengan lancar seperti memungut objek, membuka dan menutup pintu, menuang wain secara automatik, mengetatkan skru dan sebagainya.

Intelligentization (penggunaan teknologi pintar) baru sahaja bermula

Ketua Pegawai Eksekutif Unitree Technology Wang Xingxing membawa implikasi yang signifikan ke atas bidang robotik menerusi lengan robotik yang baru dilancarkan ini dan beliau menjelaskan mengenai matlamat dan masa depan. Wang Xingxing menarik perhatian dalam bidang robotik menerusi reka bentuk Xdog beliau pada tahun 2016.

Lengan robotik ini merupakan keperluan yang penting untuk robot berkaki empat. Ia boleh digunakan untuk memenuhi keperluan aplikasi industri dan perkhidmatan keluarga yang berbeza. Prospek pembangunan lengan robotik adalah luas. "Baik aplikasi industri mahupun kedai luar talian menjadi matlamat kami," kata Wang Xingxing.

Ketua Pegawai Eksekutif Unitree berkata, "Ketika ini, lengan robotik berada di peringkat pembangunan yang pesat dengan evolusi dan hala tuju teknologi. Namun, kami berharap agar ia akan menyertai kehidupan kita serta merta. Masalah ketika ini ialah kawalan kos dan peningkatan kecerdasan."

Kemunculan Robot Kolaboratif 

Jelas sekali bahawa lengan robotik adalah ringan dan boleh bergerak dengan fleksibel. Dengannya, anjing robot yang amat berkuasa menjadi jauh lebih hebat.

Seiring berlalunya masa, kombinasi antara anjing robot dan lengan robotik kolaboratif dapat melakukan lebih banyak perkara.

Kini, Unitree sedang meninjau untuk mengklasifikasikan kolaborasi antara anjing robot dan lengan robotik serta mewujudkan standard industri.

Ayuh kita memandang ke hadapan untuk melihat bagaimana Unitree Technology akan memimpin revolusi masa depan bidang robotik menerusi lengan robotiknya.

 

 

Source: Unitree
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Mining/Metals New products/services